Chaupadi

9:43 am

...السلام عليكم

Meskipun kita telah memasuki era yang serba-serbi canggih lagi terkini, namun masih ada masyarakat di dunia ini yang belum terbuka fikiran mereka sepenuhnya akibat 'dibelenggu' oleh adat, amalan tradisi  kuno dan sebagainya.
salah satu daripadanya adalah 'Chaupadi'.
amalan tradisi ini masih diamalkan oleh sebahagian masyarakat di negara Nepal.


menurut amalan ini, mana2 wanita yang didatangi haid hendaklah mengasingkan diri mereka.
ini bermakna, mereka tidak dibenarkan berada di dalam kediaman mereka sepanjang proses haid berlaku.
mengapa?
mereka percaya, wanita yang didatangi haid ini akan membawa 'sial' (kepada keluarga) dan kediaman mereka akan dimasuki haiwan liar.

di mana mereka akan ditempatkan?
sebuah bilik khas (hut) dibina berdekatan dengan kediaman dan kaum wanita akan 'tinggal' di situ selama haid berlangsung.
jika mereka didatangi haid selama 14 hari, maka 14 harilah mereka akan berada di situ.
pun begitu, mereka tetap diberi makan, mandi dan membuat aktiviti yang lain.
bezanya, mereka tidak diebnarkan berada di dalam kediaman.

pun begitu, masih ada individu / NGO yang menentang amalan ini disebabkan beberapa perkara.
antaranya, kes rogol yang terjadi ke atas wanita yang 'sedang mengamalkan Chaupadi' ini sehingga melahirkan anak.
pun begitu, tentangan ini ibarat 'mencurahkan air ke atas daun keladi' kerana wujud masyarakat / individu yang masih berpegang teguh dengan amalan ini.

p/s alhamdulillah, Islam tidak mendiskriminasi kaum wanita seperti amalan ini. malah mereka yang didatangi haid tetap dipandang mulia di sisi-Nya.

Yang Ni Pun Best Juga Taw!

22 Your Words of Lo♥e

  1. masih ada yang negara begitu anies..

    ReplyDelete
  2. begitu indah nya islamkan..tidak memandang rendah terhadap kaum hawa..

    ReplyDelete
  3. Macam kes naya untuk wanita tersebut..
    Setiap bulan akan kena 'kurung'

    ReplyDelete
  4. betapa sedihnya menjadi wanita di negara tersebut ye anies.

    dah le datang haid tu siap dengan senggugut bagai. kalau dah duduk terasing, sape la nak gosok gosok minyak, sapu sapu belai dan bermanja.

    kalau la anak akak, idak sesekali akak biarkan. mesti nak gosok gosok di abila dia sakit senggugut kan..

    sape yang start adat ni? org lelaki ke orang perempuan? kalau perempuan tak kan dia tak tau betapa sakitnya senggugut tu. adei.. dah umah pun dekat ngan hutan sure la ada binatang liar masuk rumah. biasalah tu.

    ReplyDelete
  5. malangnya mereka yg amalkan adat ini

    ReplyDelete
  6. tengah datang haid la kita nak dok umah kan??guling2 atas katil,tengok tv..apa punya amalan la depa nih..

    ReplyDelete
  7. salam,first time here...alahai kesiannya kaum wanita di nepal,iyerlah kalau diasingkan dari keluarga soal keselamatan sedikit terabai kan..

    ReplyDelete
  8. Kesiannya mereka ni kan Anies, risiko kena rape lagi,banyak adat yang pelik2 menganiayai wanita.
    Syukur sangat rasa dilahirkan sebagai Islam.Islam meletakkan hak wanita pada tempatnya.

    ReplyDelete
  9. peliknya adat ni.. kalau masih ada yang mengamalkannya memang ketinggalan zaman..

    ReplyDelete
  10. yea ke anies baru tau..

    macam jahiliah

    ReplyDelete
  11. even di malaysia ada amalkan, dulu2 classmate KA waktu di form 1 pun cuti sekolah almost 2 weeks , bila ditanya reasonnyer sebab inilah...

    ReplyDelete
  12. kesiannya..setiap bulan kena bertapa hehe...

    ReplyDelete
  13. nice sharing anies. Islam adalah agama paling sempurna.

    ReplyDelete
  14. Rasanya kalau tak salah di Pakistan wanita yang sedang haid tak di benarkan buat kerja2 rumah terutama memasak tapi ereka tidaklah di asingkan.

    ReplyDelete
  15. erm ada lg negara yg suka mengarut-ngarut nie

    ReplyDelete
  16. ya,Allah..kesiannya..knp la masih ad alg kepercayaan mcm ni :((

    ReplyDelete
  17. ade jugak yg masih lg mengamalkan tradisi ni kat nepal.

    ReplyDelete
  18. kesiannya... masih ada lagi yang berfikiran macam ni... hm...

    ReplyDelete
  19. tak pernah tahu pun pasal ni. terima kasih atas perkongsian :)

    ReplyDelete
  20. 1st time tau...kalau kat hostel dulu, memang diasingkan kalau yg datang bulan...time maghrib je...sebabnya,yg boleh solat akan berjemaah di surau...yg datang bulan akan berkumpul dan berzikir ramai2...cukup 5 tahun...semua zikir dah boleh hafal dengan jayanya :))

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆