Al-Mi'raj mosque @ R&R KM97, Bandung - Jakarta Highway

10:16 am

Dok belek2 gambar dalam HD, tetiba nampak ada beberapa keping gambar yang tak sempat di share kat blog terchenta ni.
walaupun ceritanya dah 3 bulan berlalu, tapi anies tetap nak share juga.
pedulik apa kak ton...

okey, berbalik kepada tajuk.
otw balik dari Bandung, kami singgah sekejap kat R&R yang juga dikenali sebagai KM97.
kenapa KM97?
nanti beleklah gambar2 kat bawah ni yek.

R&R kat sini sama je dengan R&R kat highway kita tu.
ada kedai makan, surau / masjid, stesen minyak etc.
anies pasti, kalau yu ols ke sana, pasti pak supir akan bawa yu ols singgah kat sini.

tapi ada 1 perbezaan antara R&R KM97 ni dengan R&R yang ada kat sini.
apa dia?
R&R ni terletak di lereng bukit.
so view kat sini, amat2 cantik dan sejuk mata memandang.
suasananya pun nyaman.
dan tetiba rasa, best nyer kalau dapat berumah bertangga kat sini...
eh, melalut lah pulak!

satu lagi, sempena Isra' Mi'raj yang jatuh pada hari ni, anies up kan sekali gambar masjid Al-Mi'raj yang terseragam indah kat R&R ni.
apa yang menarik tentang masjid ni?

tengok je la yek apa yang anies share ni.
cekidaut!

ni la masjid Al-Mi'raj.
masa anies sampai, cuaca memang dah mendung.
tunggu masa nak hujan je.
syukur, bila masuk ke dalam bas, hujan pun turun selebat2nya.
btw, i loooiiiikkkeeee this pic!

masjid, dari jarak dekat.
masjid ni agak besar.
kalau tak silap boleh memuatkan 500 jemaah dalam 1 masa.

view masjid, dari restoran yang kami singgah.

sekali lagi tayang gambar masjid.
tengok dari luar masjid ni macam 2 tingkat.
tapi sebenarnya setingkat je.

ada sesuatu yang menarik perhatian anies masa berada kat masjid ni.
apa dia tu?
acu tengok pic ni:

eh, ada orang jual cermin mata ke?
bukan...
habis tu?

etalase = almari / kabinet.

see?
terserlah kejujuran di situ.
err... masjid / surau / musolla kat Malaysia ada tak macam ni?
anies tak pasti.
yang anies tahu, tabung duit yang berantai besi segala bagai pun orang boleh kebas.
apatah lagi cermin mata, jam, etc.

Subhanallah! cantiknyaaaaa...
tu yang rasa nak berumah bertangga kat sini.
sayangnya, kawasan ni dah berpagar.
kalau tak, pasti anies akan turun ke bawah tu.
2 minit pun cukup untuk posing2.
;-)

ada kawasan penempatan kat situ.
yang berkabus tu bukan orang tengah bakar sampah ya.
tapi kabus yang berawan.
err... betul ke ayat ni?

entah apa la yang kami tengok tu...
rileks sekejap lepas solat.

kat Indon ni banyak patung dan replika.
so tak heranlah kat tempat macam ni pun ada.

melayan budak ticit sementara menanti bas.
kat belakang tu, stesen minyak.
saja nak beritahu... ;-)

oh ya!
lupa nak beritahu.
kenapa R&R ni dipanggil KM97?
acu tengok benda yang anies bulatkan tu...
nampak tak?

:: selamat menyambut Isra' dan Mi'raj.
kepada yang bercuti, selamat bercuti.
kepada yang bekerja, jangan ngulor or tido yek!

Kisah Silam Untuk Masa Depan

25 Words of Lo♥e

  1. Salam Israk Mikraj Anies...cantik masjid tu. may b pengurusan Masjid Andalusia BLM boleh' tiru' langkah yg diambil oleh Masjid Al-Mi'raj.

    ReplyDelete
  2. Salam Israk Mikraj untuk anies jugak..
    bercuti ke bandung or jakarta mmg syiook..
    kalu arasy dah besar nnt, n ada rejeki boleh sopink baju FOS anakechil... adui hai...

    ReplyDelete
  3. ada juga yg tertinggal ye..boleh bt pameran ni...indah semuanya..harap2 isi pun penuh..dgn manusia.

    ReplyDelete
  4. Gambar masjid tu memang cantik, akak suka. R&R tu terletak di kilometer 97 kot.

    ReplyDelete
  5. Indahnya bila kejujuran dijadikan pegangan. :)

    ReplyDelete
  6. Cntiknyer masjid tu... Mcm suka plak tgk koleksi pengunjung disimpan dgn baik :)

    ReplyDelete
  7. selamat menyambut israk mikraj

    ReplyDelete
  8. salam israk mikraj...

    indahnya masjid tuh..
    duduk kat lereng bukit...

    ReplyDelete
  9. cantik masjid tu. yg bestnya dia RnR dia mesti ada masjid yg agak besar.. kita kat sini just mussolah kecikkk sangat.. berasak2.. just few places je ada musolah yang selesa..

    ReplyDelete
  10. wah bagusnyer ada tempat khas bg brg2 yang tertinggal... kalau kat mesi alamatnyer hilang terus lah kan hehehe

    ReplyDelete
  11. salam israk & mikraj Anies....

    cantik masjid tu....

    ReplyDelete
  12. salam isra' mikraj anies...wahhh...mmg terserlah kejujuran tu..klau kt malaysia..hrmmm..mls nk ckp..klau kes kejadian kehilangan selipar jepun,yg paling femes kt masjidlakan,uhukuhkhuk!!btw..mmg cantik masjidnya :)

    ReplyDelete
  13. dari luar masjid tu nampak kecik..tapi cantik la..kaler dia tu..kan??

    ReplyDelete
  14. Chantek masjid tu...eeehh jujurnye org dsana....yg dsini habis dikebas semua....

    ReplyDelete
  15. ohh patut la igtkan nama minyak macam kt sini..hehe
    cantik masjid tu

    ReplyDelete
  16. cantik senibina masjid tuh...

    ReplyDelete
  17. cantiknye view...masjid tu nampak unik dan lain yang lain..betol cakap anis dari luar nampak macam 2 tingkat

    ReplyDelete
  18. salam irakmikraj ...
    dala blog anis ni gambar semuanya cantik² .. terang .. puashati tengok...

    ReplyDelete
  19. cantiknyer gambar... cantikjer masjidnyerkan...

    ReplyDelete
  20. cantik nya gambar masjid tu.

    banyaknya barang yang tertinggal.dah boleh wat pameran

    ReplyDelete
  21. subhanallah.. cantiknya senibina masjid tu.. ternyata orang di situ jujur, tak kira barang tu mahal atau murah disimpan dengan rapi..

    ReplyDelete
  22. wahhh bagusnyer.. ingatkan jual barang td..rupanya..barangan pengunjung yg tertinggal barang..

    ReplyDelete
  23. paling kagum tengok kejujuran tu siap ade tempat untuk letak barang2 orang yang tertinggal..kat malaysia takde lagi..

    ReplyDelete
  24. wah sudah sampai ke Indonesia ya
    terima kasih ya

    ReplyDelete
  25. wah kota bandung sejuk dan dingin kak,, apalagi kalau jalan ke gunung tangkuban perahu, makin dingin disana :D

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆