Bila tiba musim buah-buahan...

11:12 am

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Bila sebut fasal musim buah-buahan, secara peribadi anies rasa bersyukur sangat kerana Malaysia mempunyai tanah yang subur selain iklim yang baik sepanjang tahun untuk menghasilkan pelbagai tanaman.

kalau diimbas semula zaman kanak-kanak, bila tiba musim buah ni, tak sah kalau tak panjat pokok buah-buahan jiran anies. pendek kata seharian makan buah pun dah cukup kenyang.😅😅but don't worry... buah-buah tu bukan buah curi ya... sebelum kami panjat dah minta izin kat tuan rumah dulu.

ni bukan buah beli. bukan juga dari kebun sendiri. sebaliknya ni orang bagi. Alhamdulillah... macam tau2 je ni buah favourite anies. sebelah rambutan gading tu, buah duku langsat tau. tapi anies taklah 'melantak' semua buah ni sorang2... of coz laa share dengan orang lain...

duku langsat. dahlah manis, tak ada biji pula tu. perghh... terbaiklah👍👍👍 memang puas hati. tengoklah kulitnya yang nipis tu... 👍👍👍

segugus duku langsat ni... anies belasah sorang😅😅😅

manggis. manis yakmat! 👍👍👍 anies ni kalau dapat manggis rela makan sorang2 daripada share😆😆 yang saiz kecil ni tak ada biji. boleh terus ngap masuk mulut tanpa waswas😅😅

rambutan gading. so far tak pernah jumpa lagi rambutan gading yang masam. betul tak?😅😅
dulu zaman budak-budak, bila makan rambutan ni, anies akan masuk semua dalam mulut. lepas tu pura-pura buat pipi kembung macam sakit gigi😆😆😆 siapa pernah buat macam ni dulu? baik mengaku!😆😆😆

durian... (no photo😄) tahun ni tak beli pun. sebab mahal sangat. ingatkan time lockdown ni harga runtuh ke apa... rupanya... hmm... cekik darah

so, musim buah kali ni, buah apa yang korang dah jamah? berbaloi ke tak dengan $$ yang dikeluarkan tu? atau... petik je kat kebun sendiri? jom share kat ruangan komen di bawah👇👇

tu jelah bebelan di hari Isnin. masih lagi BW yang tak sudah2 tu😆😆 bertabahlah anies oiii... tulah akibatnya bila ghaib tanpa dikesan😆😆😆

thanks 4 reading
daaa

Kisah Silam Untuk Masa Depan

47 Words of Lo♥e

  1. Alhamdulillah dapat percuma semua buah yang Anies beritahu.
    Sama, suka manggis. Ikutkan tidak mahu kongsi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannnn... nk makan sorg2 x mo share😆😆

      Delete
  2. paling febret rambutan la! sedapnyaaa..
    untung duk kat kg.. dpt mkn buah byk2.. hehe

    ReplyDelete
  3. Memang puas makan buah-buahan tempatan tahun ni.. Durian, manggis, rambutan dan macam-macam lagi..

    ReplyDelete
  4. Timm petik sendri, xpernh beli..hihi..

    ReplyDelete
  5. Baru je makan manggis dan rambutan tu

    ReplyDelete
  6. Musim buah masuk dusun memang best.
    Sedapnya duku langsat tu..
    bila tengok duku langsat teringat kat rambai..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu laa tp mn laa nk cari rambai skrg ni...

      Delete
  7. Manggis! Lamanyaaaa tak makan! Tengok anies makan terliur pulakk, anies cakap manis yakmat, double terliur!

    ReplyDelete
    Replies
    1. meh laa sini. ada lg ni haa x abis mkn😆

      Delete
  8. Oh darling so interesting fruits sweetheart
    xx

    ReplyDelete
    Replies
    1. lets come here to eat our tropical fruits😊

      Delete
  9. Boa tarde. Fiquei impressionado porque nunca vi nada igual aqui no Brasil, deu vontade de sentir o sabor. Obrigado pela postagem.

    ReplyDelete
    Replies
    1. então vamos orar a Deus com a esperança de que estaremos livres da pandemia em breve. então eu irei ao Brasil e levarei essa fruta para vocês. ;-)

      Delete
  10. Seronok bile tiba musim buah. musim kalini dapat merasa durian je. Itupun orang bagi. Sedapnya kalau dapat manggis dan dukong tu. Favourite gak. Ingat zaman kanak kanak dulu pernah panjat pokok manggis je. Sebab tu je macam senang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. selagi pokok x de kerengga kita panjat, kan?😆😆😆

      Delete
  11. buahan tempatan sedap semuanya

    ReplyDelete
  12. skrg ni musim buah pulasan pula., ;p

    ReplyDelete
  13. Wah, tuan rumah sudah kembali! Gembiranya saya!
    Yuri pesan makan manggis tu tolong tengok bawah kulit dan kirakan putik tu untuk dia. Lepas tu tolong check sama tak bilangan dengan isi. 🤣

    Bilalah kita dapat pergi makan doyan kat Saujana Utama ni. Kalau kat sana habis, gi Paya Jaras pun boleh gak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yuri nk sm kn putik manggis dgn paws dia ke?sori laa yuri... paws mu itu buat stok kunyah2 je😆😆😆

      Delete
  14. mujur kat kampung ada dusun rambutan dan manggis , dapat la merasa jugak ,

    ReplyDelete
  15. Alahai sedapnya. Mama suka makan rambutan separa masak mcm tu sedapp

    ReplyDelete
  16. Baru berpeluang makan rambutan and durian je. Tu pun orang bagi. Tunggu ko datang hantar manggis ke rumah

    ReplyDelete
    Replies
    1. ko nk anak pokok manggis ke?nnt naa kite g MAHA😆😆

      Delete
  17. Such interesting fruits! I would like to try. I love everything new and unusual))

    ReplyDelete
  18. hello , ım following you.

    ReplyDelete
  19. antara durian, rambutan dan manggis...saya pilih semua

    sebab nikmat makan buah umpama syurga di dunia hehehehe

    ReplyDelete
  20. Musim buah-buahan sudah tiba. Pelbagai buah-buahan tempatan boleh kita rasa. Sedap-sedap pulak tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan... sy tgk byk org jual tepi jln... cuma x tahan tu cempedak. mahal nau2

      Delete
  21. Hihi, kite pun bru lpas mkn buah2 gini rya haji lpas, seronok sbb petik sendiri..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhh ada kebun sendiri ya? Alhamdulillah..👍👍

      Delete
  22. wah sedapnye, buah manggis memang the best.. Hehhehe, rasanya bisa habis dimakan sendirian je

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann... kalau dapat yang elok and manis tu memang puas makan😊

      Delete
  23. Best oooo makan buah buahan tempatan 👍👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn kalau dr kebun sendiri lg👍👍👍

      Delete
  24. Manggis jelah dpt mkn puas2. Buah lain kena pantang mkn bila dh beranak ni

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆