#PremiereWithBudiey #BudieyDotCom #BenHur2016

1:59 pm

✿...السلام عليكم✿

Sebenarnya mem besar malas nak cakap banyak... so yu ols layankan je laa yek sinopsis ringkas filem epik ni yaa...

sinopsis ringkas:

Judah Ben Hur dan Messala Severas merupakan adik beradik angkat. Judah berketurunan raja / bangsawan Yahudi manakala Messala berketurunan Rom. mereka sangat akrab dan keluarga Judah tidak pernah membezakan status Messala sebagai anak angkat.

kedua-dua mereka amat meminati sukan berkuda. namun Messala kerap berasakan dirinya disisihkan kerana berlainan keturunan, telah mengambil tindakan untuk menyertai tentera Rom bagi memperluaskan jajahan. Messala tidak pulang ke pangkuan keluarga Ben Hur selama 3 tahun dan dalam tempoh itu dia berjaya meletakkan dirinya sebagai salah seorang yang dihormati lagi dikenali dalam pasukan tentera Rom.

satu peristiwa berlaku di mana keluarga Ben Hur ditangkap oleh tentera Rom dan Judah dipaksa menjadi hamba pendayung untuk kapal tentera Rom selama 5 tahun. kapal tersebut mengalami kerosakan teruk akibat dibedil tentera Yunani dan sekaligus mengakhiri riwayat hidup Judah sebagai seorang hamba.

Judah terselamat dan dia dijumpai oleh Ilderim. dengan bantuan Ilderim, Judah mahu mengembalikan reputasinya dan mencari semula ahli keluarganya yang ditawan oleh tentera Rom. namun untuk mencapai hasrat tersebut, Judah terpaksa 'bertarung' dengan Messala.

dapatkah Judah menggapai hasratnya? adakah Messala akan memberi ruang kepada abang angkatnya dengan mudah dan seterusnya memenangi pertarungan itu?

my review:

bagi mereka yang sukakan filem bergenre history / epik ni, rasanya ini filem yang sesuai ditonton. jalan ceritanya teratur dan plot by plot, ringkas dan mesejnya sampai kepada penonton. cuma bagi anies, 30 minit awal cerita ni agak perlahan untuk dihadamkan dan ia kelihatan agak meleret-leret. tentang pelakon pula, hanya Morgan Freeman je yang anies kenal, yang lain2 tu... sorry laa... tak kenal langsung. memula tengok watak Messala, ingatkan Enrique Iglesias, tapi bukan... hahaha... iras2 tu memang ada... begitu juga dengan heroin dan pelakon2 yang lain... btw, filem ini merupakan Ben Hur versi ketiga. versi pertama ditayangkan pada tahun 1925 manakala versi kedua ditayangkan pada tahun 1959.

daripada 5****, anies beri 3*** sahaja.

filem ni masuk wayang di seluruh tanah air bermula hari ini!

terima kasih kepada pihak Budiey.com di atas dua tiket tayangan perdana ini...

antara babak2 menarik dalam Ben-Hur

Ilderim mengucapkan selamat berjuang kepada Judah. sebenarnya, Ilderimlah yang banyak membantu Judah untuk menyertai pertandingan kuda tarik ini meskipun pertandingan tersebut mungkin mengancam nyawa Judah.

Ilderim dan Judah sedang menuju ke Jerusselem

sebelum menjadi hamba - Judah bersama isterinya, Esther.

pertarungan akhir antara Judah dan Messala...

Pontius Pilate dan bala tenteranya ketika sampai di Jerusselem

Messala dan Judah sedang menuju ke garisan terakhir... siapakah yang berjaya?


trailer...


ENTRY AUTO PUBLISHED

Yang Ni Pun Best Juga Taw!

13 Your Words of Lo♥e

  1. whoahhh mcm best lagipun sy mmg minat kalau cerita genre yg mcm ni.. harus tgk ni nanti

    ReplyDelete
  2. FILEM MENARIK BAGI MRK YG MINAT KISAH EPIK

    ReplyDelete
  3. Nama pelik kemain...
    Selamat hariraya Aidiladha dear Anies

    ReplyDelete
  4. nice share.. pergh.. morgan freeman pakai baju org arab.. hahaha

    ReplyDelete
  5. Lama betul sambungan dari versi 1-3 ni Anies.. lama sangat.. huhuhu

    ReplyDelete
  6. Memang epik sejarah betul citer ni..
    MJ kalau citer2 gini kena tunggu time mood nak layan ha :)

    ReplyDelete
  7. lya lyn jga citer ala2 epik ni

    ReplyDelete
  8. Judah eh nama diorang. Hmm.
    Tapi rasanya 10 kali jugak pikir nk tengok kat wayang. Sha kureng sikit movie genre gini.

    ReplyDelete
  9. cancel tgk movie nie sbb tu layan kartun secret of pets tu. tgk genre rom mesti lebih kurang

    ReplyDelete
  10. Macam best! Tapi saya kureng sikit citer cam ni :)

    ReplyDelete
  11. pelik juga kekadang knapa movie english asyik ulang bt filem yg lebih kurang sama 😑😕

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆