#PremiereWithBudiey #BudieyDotCom #10CloverfieldLane

10:30 am

✿...السلام عليكم✿

Sinopsis ringkas:

Michelle bertindak meninggalkan teman lelakinya kerana pergaduhan kecil lalu menuju ke suatu tempat yang jauh. Ketika dalam perjalanan, keretanya telah dilanggar lalu terhumban di tepi jalan.
Tatkala dia membuka mata, Michelle mendapati dirinya berada di sebuah bilik yang terkunci dan kakinya digari. Michelle berusaha untuk melepaskan diri tetapi gagal. Akhirnya muncul seorang lelaki tua yang menggelarkan dirinya sebagai Howard.

Daripada mulut Howard, Michelle diberitahu bahawa mereka sedang bersembunyi di sebuah rumah yang penuh kelengkapan dan terletak jauh di bawah tanah. Selain Michelle dan Howard, terdapat seorang lagi lelaki bernama Emmett. Emmett yang patah tangan telah menceritakan bagaimana dia turut berada di situ.

Satu kejadian yang tidak diduga telah mengesahkan bahawa Howard sebenarnya ‘gila’ dan telah bertindak menculik Michelle. Michelle berusaha melarikan diri dan Berjaya. Namun tidak bagi Emmett yang terbunuh di tangan Howard.

Apa yang terjadi kepada Michelle selepas berjaya keluar dari rumah tersebut? Berjayakan dia merungkai persoalan mengapa Howard menculiknya?

My review:

MENGARUT! Itu yang dapat anies simpulkan daripada filem ini. Ya, nama pun filem dan intipatinya sudah tentu mengarut kerana ianya hanya rekaan. But don’t get me wrong. Maksud anies mengaarut tentang filem ini adalah, apabila berada di satu scene selepas Michelle berjaya meloloskan diri, tiba-tiba dia terpaksa berlawan dengan MONSTER! You know… MONSTER! Dah tu, Michelle terpaksa fight seorang diri untuk menghapuskan moster tu…aduyaiii… I still can’t accept it!

Jalan ceritanya okey je. Cuma agak kurang sesuai dibawa kanak-kanak menonton bersama kerana ada adengan2 yang ‘mengilukan’.

So, dari 5*****, anies beri 3***.

Filem ini akan menerjah wayang seluruh tanahair bermula esok!

Terima kasih kepada pihak budiey.com di atas pass tayangan perdana ini.


Beberapa scene menarik dalam filem ini:

Michelle berbincang dengan Emmett tentang Howard serta perangai peliknya.

Michelle yang cuak selepas mencuri kunci daripada Howard.

Howard mengancam hendak 'mencairkan mereka' dengan cecair kimia sekiranya mereka telah bertindak sesuatu untuk melarikan diri dari situ.

Emmett dan Michelle bersantai (di rumah bawah tanah milik Howard) sambil memikirkan cara untuk melarikan diri dari situ.

trailer

p/s anies belum dapat menjelajah ke semua teratak kawan2... ada yang sempat singgah. ada yang 'sengaja' tak singgah sebab anies nak meledakkan bom atom kat kotak komen korang nanti... tunggu naa....

Yang Ni Pun Best Juga Taw!

11 Your Words of Lo♥e

  1. kalau filemnya mengarut rugi menontonnya tu.

    ReplyDelete
  2. huhu...aku kalau ada monster mmg aku tak tengok la...hahaha..

    ReplyDelete
  3. nasib tak ada dlm list movie ni sbb dh baca sinopsis dlm wiki. hehehee

    ReplyDelete
  4. kena gi tengok la filem ni. mcm best je...

    ReplyDelete
  5. Yang penting Anies antara orang terawal yang dapat tengok tayangan perdana... :D

    ReplyDelete
  6. syok nyer dapat tgk tayangan perdana...

    ReplyDelete
  7. Tunggu Astro Best ajelah baru tengok.

    ReplyDelete
  8. Rezeki dapat tengok free. Hehe :)
    Tapi cerita ni slow sikit kan.

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆