Roti jala

11:00 am

✿...السلام عليكم✿

Salah satu kuih favourite anies. nak buat selalu memang tak rajin laa... tapi kalau datang mood rajin tu... hah... tak payah disuruh2. kejap je dah singsing lengan!

well, untuk entry hari Sabtu ni... anies just nak share resepi je... kot2 ada yang nak cari resepi roti jala yang lain daripada yang lain... (ye ke?)

cekidaut!

bahan2:

tepung gandum
telur
air
garam
pewarna kuning / serbuk kunyit / warna pilihan korang laa
corong roti jala
minyak masak

cara membuat:

1. satukan tepung gandum dan air. bancuh perlahan2.

2. masukkan garam, pewarna dan telur. kacau adunan. jangan biarkan adunan menjadi terlalu cair.

3. masukkan adunan ke dalam blender dan blend. kalau adunan terasa macam kesat, tambah air.

4. panaskan pan dan sudah siap disapu dengan minyak masak. sendukkan adunan dengan corong roti jala dan tebarkan di atas pan. lebih kurang seminit dua, roti jala boleh diangkat dan dilipat mengikut kesukaan. ulang proses ini sehingga habis adunan.

kalau beli kat gerai, memang tak puas. dah laa kecik... mahal pulak tu...kalau buat sendiri memang puas hati. nak makan sampai tak boleh bangun pun tak pe smiley emoticon

info tambahan:

lazimnya, 1kg tepung gandum boleh dapat kira2 30-40 keping roti jala dengan menggunakan sebiji telur gred A. jumlah ini mungkin berubah mengikut saiz roti jala yang ditebarkan. faham ke tak ayat ni? smiley emoticon. kalau tak faham, boleh kemukakan soalan kat ruang komen di bawah.

selamat memasak!

(open order. COD KL/ Selangor. pm nombor di atas 24/7)

Yang Ni Pun Best Juga Taw!

17 Your Words of Lo♥e

  1. Sedapnya roti jala.. Terima kasih di atas perkongsian resipi ini..

    ReplyDelete
  2. PANDAINYA ANIES BUAT ROTI JALA...KEMAS N CANTIK...KAK SUKA ROTI JALA KUAH MANIS..

    ReplyDelete
  3. saya memang tak lulus bab nak menjala dalam kuali tu...sudahnya tak jadi roti jala tapi jadi lempeng pulak :p

    ReplyDelete
  4. ni kan.. dia akan jadi fevret yg tramat sngt time posa..
    waktu lain biasa2 je.. ada makan xdak x cari..

    isk !! dgn kuah durian panas2 sedapnyeee lahai..

    ReplyDelete
  5. Wahh..rajinnya menjala.
    Nampak sedap. Kemas aje nampak roti jala tu. Boleh hantar siket kat Bangi? :)

    ReplyDelete
  6. Betul anies...bila rajin dtg smua jd...
    lamanya x mkn roti jala...suka cicah dgn sekaya...
    dpt buat sendiri lg besttt

    ReplyDelete
  7. Cantik gulungan roti jala tu.
    Mrs. A tak pernah cuba buat selalu tahu makan aje cicah dengan kari sardin hurmmm... Sedapnya

    ReplyDelete
  8. Pehhh... pekena roti jala dengan kuah kari pun dah marveles dah... :D

    ReplyDelete
  9. betul tu ... kalau beli tak leh makan puas-puas :)

    ReplyDelete
  10. wah sedap ni! saya pun kadang buat je roti jala ni... beli mmg mahal lah..huhuhu

    ReplyDelete
  11. sedapppnya.. ni pun favourite ahlam... klu mkn nih tambah brpingan2.. hehehe

    ReplyDelete
  12. hujung minggu , klu malas nak buat breakfast nak terus brunch , bancuh je tepung sekilo dgn santan dan telur , pastu suruh anak buah selesaikan menebar roti atas pan sampai siap ... heheheee

    ReplyDelete
  13. Diana tak pernah lagi makan roti jala ni...teringin sangat nak cuba...

    ReplyDelete
  14. feveret nih!! cantik gulungan anis buat

    ReplyDelete
  15. memang sedap kalau dimakan panas2.. hehee

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆