Green pearl dessert

12:00 pm

✿...السلام عليكم✿

Dah lama tak share resepi kat sini. last week, tetiba datang mood rajin mencanak2. semuanya sebab kami dapat nangka kat kenduri kahwin. nak makan begitu je, takut pulak perut berangin. jadi, nak elakkan perut berangin (konon2nya) maka, terbuatlah dessert yang berasal dari Thailand ni.

okey, bahan2 nyer pun senang nak dapat.


nak buat dessert ni, kita perlukan:
santan
gula (anies tak masukkan gula sebab nangka dah manis)
tepung ubi
nangka
secubit garam (tak ada dalam gambar)
pewarna pilihan (anies pilih hijau sebab nak sesuaikan dengan nama dessert ni)
ketulan ais
air (kalau gunakan santan kotak, tambahkan sedikit air untuk mencairkannya)

hiris nangka macam pic kat atas ni... make sure dah dibuang biji terlebih dahulu ya...

pastu, kita akan buat 'green pearl' a.k.a bubble (macam korang beli kat ChaTime tu). masukkan tepung ubi dalam satu bekas (anggaran - ikut berapa banyak yang nak makan). masukkan garam, pewarna dan air sedikit demi sedikit.

uli tepung (jangan terlalu keras or lembik. kalau lembik tambahkan sedikit tepung and vice versa)

sediakan sedikit air dalam bekas dan mulakan proses menggentel tepung. tepung yang dah siap digentel, masukkan ke dalam bekas yang ada air tu (ayat apa ni??)

setelah siap, jerang air sampai mendidih dan masukkan green pearl. masak lebih kurang 20-30 minit (sampai green pearl kelihatan jernih)

angkat green pearl dan pindahkan ke dalam bekas berisi air (tujuan: membuang / mengurangkan kanji). lepas tu toskan green pearl.

dalam bekas yang lain, campurkan santan dengan gula. ikut kemanisan masing-masing. nak tawar / rasa santan semata pun tak mengapa. (kalau nak panaskan santan terlebih dahulu pun okey)
then, masukkan green pearl, hirisan nangka, santan dan ais dalam 1 bekas.

then... boleh enjoy...

selamat memasak!

kerja tengah bertimbun. so, ni adalah auto published entry. BW pun mana yang sempat je dulu. jangan majuk ekk...

Yang Ni Pun Best Juga Taw!

26 Your Words of Lo♥e

  1. angah pun tak berani makan nangka mentah, takot kembung perut. btq tq, boleh cuba buat desert ni

    ReplyDelete
  2. SEDAPNYA BOLEH CUBA NI...LEMAK MANIS BUAH ASLI...

    ReplyDelete
  3. oo camtu caranya nak buat pearl.. baru tau! hikhikhik
    ssedapnyaaa

    ReplyDelete
  4. Assalam anies,
    waaaaaaaaa
    lama tak jengah sini
    sob3

    pssttt : macam best jaaaaa desert uols, nak kena try buat ni :)

    ReplyDelete
  5. yummy...nnti bleh la try wt pearl sndiri...rietta asik pkai sagu je...xreti buat pearl...

    ReplyDelete
  6. Got cha!!! Oooo...inilah yang kawan mak akak masukkan dalam bubur jagung dia dulu. Puas akak memikir tepung apa yg digentel2 masuk dlm bubur tu. Nanti nak buatlah jugak.

    ReplyDelete
  7. kalau di Indonesia namanya mungkin senada dengan kolak atau cendol hehehe, nikmat sekali sepertinya cikgu

    ReplyDelete
  8. Nangka tu buat dessert memang sedap. Nangka madu kan?

    ReplyDelete
  9. Nangka tu buat dessert memang sedap. Nangka madu kan?

    ReplyDelete
  10. Nangka tu buat dessert memang sedap. Nangka madu kan?

    ReplyDelete
  11. kreatif.. nak minta resepi ey.. :)

    ReplyDelete
  12. nampak sedap... pengant nangka pun sedap.. hehehe

    ReplyDelete
  13. Sedapnyaaaa! Meleleh dah air liur ni tengok :)

    ReplyDelete
  14. sedapnya Anies...hantor lah sikit ke rumah..haha

    ReplyDelete
  15. bila dah ada penambahbaikan terus rasa sedap kak.. :D

    ReplyDelete
  16. Sodap nyer...
    Dapat idea baru ni nak buat dessert.
    Thanks Anies

    ReplyDelete
  17. makan sejuk2 best ni :) suka blog baru ni ! love2 gituw

    ReplyDelete
  18. rajinnnya dia...mkn sejuk2 sedap tuh!

    ReplyDelete
  19. Nampak sedap... Tapi Zumal takut makan nangka ^-^

    ReplyDelete
  20. mudah pulak nampaknya resepi ni... bleh try ni... thanks sharing...

    ReplyDelete
  21. Buat makan2 time petang2 yg panas ni mmg sungguh menyelerakan...

    ReplyDelete
  22. sedapnyer kak...klo buat lepat pon sedap gak tu

    ReplyDelete
  23. sedap tu.. dah lama aiza tak makan nangka..

    ReplyDelete
  24. uh , senang je buatnya . blh la cuba nanti ...

    ReplyDelete
  25. senang jer nak buat.. nanti i try na..=D

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆