Baby raya + accident raya + kad raya blogger... etc. = cerita raya!

10:31 am

✿...السلام عليكم✿

Memang sengaja anies 'ikan pekasam'kan
entry ni. alaa... raya kan sebulan. kuih raya
kat dalam balang tu pun masih boleh makan
kan? apatah lagi entry yang suam2 kuku
kambing ni... tak ada sesapa kesah pun...
eceh!

raya tahun ni, nak kata meriah sesangat
tu, tak ada laa... nak kata tak best sesangat
tu... bohonglah... so 50 : 50 sambutannya.

family members, tahun ni boleh dikatakan
hampir semua beraya di kampung. so, petang
raya memang meriah tak hengat laa...
tambah2 pulak... masing2 tak sabar nak tunggu
budak ticit ni...

nak kata baby raya tak juga. sebab dia menjengah dunia 4 hari sebelum raya. so, consider baby raya juga la yek! lahir kat salah sebuah hospital di Bangi (lupa namanya) dengan berat 2.71kg, Sarah 'selamat balik kampung' pada masa kitorang tengah busy mengacau dodol. yap, namanya pendek je... Sarah. cucu ke 26 dalam family kami. tapi masa petang raya pertama, Sarah kena kuning dan jam tu juga pergi hospital. yang best nyer... balik hospital terus pergi Mydin!! apakah??

kek raya ke? boleh laa kot... sebab celebrate birthday mem besar blog ni, mak cik-mak cik anies yang tersayang tu dengan murah hatinya telah sponsor ketiga2 kek ni. Alhamdulillah... semua dapat merasa. yang tak dapat tu, tercari2 kat dalam peti ais. mmm... tinggal kotak je laa...

beberapa hari sebelum raya, Encik Prudential hantar kad ni. ingatkan kad raya. rupanya kad birthday... senyum sorang2 sebab rasa macam dah lama tak dapat kad ni. btw, terima kasih Encik Prudential!

TERIMA KASIH DAUN KELADI kepada blogger Katy R'bain, Vee Sandi, Amanina dan Hafiza Aizzawa yang sudi mengirimkan kad raya ni... terharu ia ols!!! tahun lepas punya kad raya daripada Henrietta Jose dan Acik Riotaro pun anies tak balas sebab terlupa sangat2. minta maaf ya Acik dan Rietta! apa2 pun TERIMA KASIH! oh, ya! jangan lupa, singah2 la ke blog diorang ni yek!

accident ni berlaku pada raya keempat (kalau tak silap). kazen anies, nak pergi beraya dengan adik-beradiknya. sebelum masuk ke satu simpang ni, dia dah beri signal. tiba2 datang seorang budak menunggang motor, muncul sebelah dia. kereta bergesel sikit dengan motor tu tapi budak tu terus melompat! kazen anies yang panik ni terus mengelak budak tu dan dummm!! langgar tiang! budak motor tu parah juga kerana tulang rusuk tertusuk limpa. ayah budak tu marah sesangat kat pak cik anies sebab kononnya telah melanggar anak dia sampai parah. tapi dia tak boleh buat apa2 sebab anak dia, di sisi undang2 memang salah 100%. sebab apa? first, tak pakai topi keledar. kedua, tak ada lesen. ketiga, masih di bawah umur dan keempat, motor tu kemungkinan motor curi! hah, hambik! lengkap punya kesalahan!

hadiah raya... eh, bukan! hadiah birthday kata si pemberi. THANK YOU LALLING!

shawl raya... boleh gitu? raya tahun ni mencipta sejarah apabila mem besar memakai shawl buat pertama kali. seumur hidup tak pernah pakai shawl sebab tak ada nafsu nak pakai... hahaha... tapi sebelum raya tu, terjengah kat FB Bella Ammara dan ternampak shawl ni. terus je order sebab tengok saiznya yang panjang dan lebar. sangat2 kena dengan taste anies yang tak nak pakai inner neck. bila dah pakai, rasa macam... best nyerr... nak kena order lagi ni! ;-)


tu je la kot cerita raya anies.
mana gambar ramai2?
tahun ni tak sempat nak snap.
tak tahu laa kenapa tak sempat...
tahu2 je, dah malam. esoknya masing2
dah tinggalkan kampung...
kalau nak tengok juga, tunggu
raya tahun depan ek? ^_^

Yang Ni Pun Best Juga Taw!

31 Your Words of Lo♥e

  1. Kekadang mmg gtu.. Xsempat nk bgambar. Hihi..

    ReplyDelete
  2. tunjuk la gambor pakai shawl raya tu...

    ReplyDelete
  3. banyak cerita raya yang disatukan..senang..sekaligus baca kan..hehehe

    ReplyDelete
  4. wahh..banyaknya dapat kek..untung ler..:)

    ReplyDelete
  5. pekasam pun sedap..klu campur bwang dgn cili..heheh

    ReplyDelete
  6. Kenapap bapak budak tu nak marah kat sepupu pulak? Ish.. Kalau saya memang siap pergi report la. Biar padan muka.

    ReplyDelete
  7. cer keluarkan tali tu bagi nampak badannya sikit, barulah suka laling tengok :)

    ReplyDelete
  8. alahai baby..pendek je namanya Sarah..

    ReplyDelete
  9. better late than never, happy belated birthday 'mem besar", moga dalam rahmat dan kasihsayang Allah SWT sentiasa.
    Seronok baca catatan raya Anies, macam2 cerita...

    ReplyDelete
  10. comelnya orang baru..tahniah anies n famili...

    ReplyDelete
  11. All in one.. mudah & menceriakan. Bab kereta tu je yg sedih sket... letih klu berlaku time2 raya ni an hmmm...

    ReplyDelete
  12. cerita raya yang pelbagai ragamnya...

    ReplyDelete
  13. Masih menyimpan cerita hari raya kemarin ya kak :)

    ReplyDelete
  14. macam2 cerita raya.. yang penting semuanya selamat dan bahagia :)

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum Anies..Apa habaq?

    ReplyDelete
  16. banyak cerita. penuh suka dan duka. inshaAllah anda adalah kuat untuk menempuh dugaan dan ujian Allah SWT :)

    ReplyDelete
  17. banyak dapat kek..sedapnyer..
    mana pic anies pkai shawl.. hehe

    ReplyDelete
  18. banyak jugak kenangan bln raya ni,,, merdeka mcm mna plk?
    hehehe harap2 tak ada apa yang berlaku lah, moga selamat..

    jmput join segmen merdeka http://stupidity-zone.blogspot.com/2014/08/mini-merdeka-giveaway.html?showComment=1409043878894#c7719787792326582224

    ReplyDelete
  19. alorr comeinyaa baby sarah.. suwwit gitu.. Best laa dpt hadiah shawl..

    ReplyDelete
  20. cucu ke 26!!! wah meriahnyaaaa..family in law ecah baru ada 18..belah ecah lagi la...1 jek....hihihi

    ReplyDelete
  21. Betul macam kata khalid tu...all in one...senang jimat masakan...
    Baby tu anak anies ke anak sedara....?

    ReplyDelete
  22. Happy belated besday anis
    Macam2 cerita raya dia
    Semua tu akan jadi kenangan
    Memori suka duka pelengkap kehidupan..
    Tuptup dh habis raya...selamat sambut merdeka pulak :d

    ReplyDelete
  23. haha..samalah kita raya kali ni pakai shawl...

    ReplyDelete
  24. comeinya sarah... cucu ke-26 yea... uish... ramai dah... konfem seronok n meriah raya!!

    ReplyDelete
  25. Zumal pun pernah alami kemalangan time raya masa tu otw nak raya kat Perak. Raya dengan penuh hiba sebab duit banyak keluar :(

    ReplyDelete
  26. Tu lah budak sekarang.. Bawak motor nak kluar-masuk simpang ikut suka je. Lepas tu teragak-agak pulak tu. Cuba ikut peraturan betul2 kan selamat.

    ReplyDelete
  27. lama tak singgah sini..macam2 cerita ada..
    tahniah! ada oang baru dalam keluarga..
    nmpk sedap kek tu semua..

    ReplyDelete
  28. comelnya baby.. welcome to the world baby :) untung la dpt mkn kek besar. hehe. mcm kenal je kad raya tu :)

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆