Nasi arab best @ Madfoon Palace

10:09 am

✿...السلام عليكم✿

Masa belek2 kamera kelmarin,
tiba2 ternampak gambar2 ni.
'pap!' (tepuk dahi sendiri)

aiseehhh... macam mana boleh terlupa ek?
tu la padahnya...
makan kepala ikan bertan2.
^_^

cerita makan2 nasi arab ni rasanya
dah lebih sebulan berlalu.
usai event di PWTC, lazimnya
bos akan bawa kami makan2.
terima kasih bos!
(kami senyum sampai ke telinga)
masakan tak senyum...
makan free...
sapa yang tak suka kan? kan?

okey, ni la tempatnya.
lokasinya senang je.
terletak di Lorong Kedah,
Pusat Bandar Melawati, KL.
(belakang Wisma LJT)
waktu operasi, 10 pagi- 10 malam (setiap hari)

deko di dalam Madfoon Palace.
kalau nak feeling2 macam tengah makan kat 
Burj Al-Arab, oh... silakan... silakan!
tak tahu Burj AL-Arab?
google la sendirik!

wajah2 yang sarat dengan kesabaran
walaupun jauh di lubuk hati perut sedang
mengerang menanggung kelaparan.

di kala ini, segala kesopanan dan kesusilaan
hanya tinggal dalam Rukunegara sahaja.
wa cakap lu!!
ini punya nasi arab,
Nora kasi 5 bintang!
nasi dia = mabeles!
daging kambing = lembut bak hang!
tak de bau langsung!
ayam dia = perrghhh...
boleh jilat pinggan!

tak percaya?
acu tengok gambar ni!
masing2 lupa daratan dan lautan
bila dapat nasi arab.

bila perut dah kenyang...
so apa lagi?
sesi gosip menggosip la...

dessert.
entah apa namanya.
macam puding karamel.
sedap tapi manis melenting!
makan sesudu je dah give up.


BTW, terima kasih bos kerana belanja kami.
semoga murah rezeki bos...
Alhamdulillah... sangat2 sedap nasi arab ni.
sampai je opis mata kami jadi layu.
mengantuk giler... ;-) 

so, kepada penggemar2 nasi arab,
silalah terjah ke sini.
maaflah kalau tanya tang harga.
anies memang tak tahu...
tapi dari cerita yang anies dengar,
untuk satu set nasi arab
cuma dalam lingkungan RM25 - RM28.
standard la tu kan harganya...

Yang Ni Pun Best Juga Taw!

26 Your Words of Lo♥e

  1. suka makan restoran nasi arab, kenyang ^^

    ReplyDelete
  2. wah menarik ni, boleh cuba juga ni...

    ReplyDelete
  3. tgk saja sudah tahu mneyelerakan . ramai pelanggan maknanya mmg sedaplah menu mrk .

    ReplyDelete
  4. salam pagi...sesekali sedap juga mkn nasi arab ni...

    ReplyDelete
  5. Nampak sedap dan gratis lagi ya mizz..hehe

    ReplyDelete
  6. Salam ukhuwah Anies :)

    Wah nampak gah tempatnya Anies.. akak memang suka nasi arab ni.. sebulan sekali memang pekena nasi arab lah.. memang standard harganya macam tu Anies..

    Akak follow #668 jemputlah ke blog kecik akak ye :)

    ReplyDelete
  7. uih..menyelerakan betul nasi arab nie

    ReplyDelete
  8. sepertinya nasi arab ini akan sangat cocok jika di santapnya pas berbuka puasa deh yah?
    liat gambarnya sepertinya rasanya sangat makjleb deh.

    ReplyDelete
  9. mesti best restoran ni....nnt gi KL Anies belanja makan kat sini...hehehe

    ReplyDelete
  10. Fiza suke nasi arab lauk kambing.. mmg terangkat... hehe...

    ReplyDelete
  11. makan free siapa tak nak..murah rezeki bos

    ReplyDelete
  12. tengok environment kat situ pun dah cantik bangatttttttttt...

    akak tak bape suka makan nasi arab... once in the blue moon boleh la...

    ReplyDelete
  13. desert arab tu mmg manisssssss gila..hihihihih..

    ReplyDelete
  14. Suka tengok deko restoran..
    Kat sp, kalau nak makan nasi arab, tak delah secantik ini restorannya

    ReplyDelete
  15. la.. xpernh mkn lagi :( huhu. apa la rasanya eh

    ReplyDelete
  16. Bulan puasa ni mesti ada pakei berbuka puasa kan...

    ReplyDelete
  17. nasi Arab ni memang sedap. Antara yang sedap gak kat selera duta (jln duta)

    ReplyDelete
  18. kat rumah akka,hanya suami dan anak lelaki sulung tu ja yg layan nasi arab..akak dan anak2 pompuan...minta maaf..tak kena selera..tak tau la kut 2 buah restoren nasi arab kat kulim ni tak sama mcm kat sana..

    ReplyDelete
  19. akak mmg tak penah lg mkn nasi arab ni.rasa teringin sgt la pulak dah ni

    ReplyDelete
  20. Sis, jemput jenguk sini..
    http://drshikinzainal.blogspot.com/2014/06/blouse-bat-wings.html
    Ada byk lagi gambar belum snap;)

    ReplyDelete
  21. Orang kata nasi arab ni sedap tapi Cikna setia pada nasi putih je yg lain xleh masuk la...

    ReplyDelete
  22. fuhhh sedapnya.. dh lama xmakan nasi arab. kan best kalau bleh fly ke dubai. hehe

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆