Melatah dan cara merawatnya

9:50 am

✿...السلام عليكم✿ 

Kalau rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat,
melatah bermaksud mengeluarkan perkataan
atau membuat sesuatu dengan tidak sengaja
kerana terperanjat / terkejut dan sebagainya.

manakala latah adalah sejenis penyakit saraf
yang menyebabkan seseorang itu tidak
sedar apa yang dilakukannya, suka mengikut
perbuatan atau suruhan orang dengan tidak sedari,
mengeluarkan perkataan atau membuat sesuatu
dengan tidak disengajakan kerana
terperanjat / terkejut dan  sebagainya.

melatah, mengikut satu kajian biasanya
terjadi dalam kalangan masyarakat
yang tinggal di Asia.
pun begitu tiada fakta atau statistik
yang menunjukkan secara tepat bilangan
atau jumlah mereka yang mengidap
penyakit ini.

dalam masyarakat di khususnya Malaysia,
melatah bukan perkara yang baharu.
ada sesetengah daripada kita,
sejak kecil lagi sudah tahu / kenal
apa itu melatah / latah disebabkan
perkara / orang sekeliling.

Noor Khiriah, Idah Moin, Aisyah AF7 ialah antara
selebriti yang dikatakan 'kuat melatah'.
pun begitu, latah mereka tidaklah
sampai mencedera atau melukakan
sesiapa yang bersama mereka ketika itu.


dah jauh dari topik sebenarnya ni.
kalau nak tahu bagaimana melatah
dapat dirawat, sila baca dua kisah benar ini.
mudah-mudahan, perkongsian ini dapat
membantu saudara-saudara kita yang mengidap
penyakit ini, sembuh dan hidup seperti insan
yang lain. Insya-Allah.

KISAH 1

Nek Tam sememangnya sudah terkenal
di kampungnya kerana latahnya.
pantang terperanjat sedikit, maka akan keluarlah
perkataan2 yang mencuit hati termasuklah
perkataan yang 'tak sedap didengar'.
bukan itu sahaja, latahnya juga disertai
perbuatan seperti bersilat, mencubit, melompat
dan sebagainya.

pada suatu hari, Nek Tam menerima berita baik
bahawa beliau telah dijemput Ilahi untuk menunaikan haji.

sewaktu hari keberangkatannya, Nek Tam telah berkata
kepada sanak-saudaranya.
"nanti dah sampai di depan Kaabah, aku nak
berdoa bersungguh-sungguh agar balik nanti
aku tak kan melatah lagi."
mereka yang mendengar kata-kata Nek Tam
sekadar tersenyum sahaja.

sekembali dari menunaikan haji, tiada apa-apa
perubahan secara fizikal pada Nek Tam.
entah macam mana, suatu hari ketika Nek Tam
sedang memasak bersama anaknya, tiba-tiba
periuk yang dipegang si anak terlepas.
"panggg!!!"

anak Nek Tam terkejut dengan situasi tersebut.
bukan kerana periuk yang terlepas itu.
tetapi kerana melihat emaknya yang tidak
memberi sebarang respon (melatah) tatkala
mendengar bunyi yang agak nyaring itu.

"mak tak dengar ke bunyi tadi?" anaknya
berpura-pura menyoal.
"aku dengar..." jawab Nek Tam.
"mak tak terperanjat ke?"
Nek Tam tersenyum sambil menggeleng.
dalam hati anaknya memanjat rasa syukur
kerana apa yang dihajati Nek Tam sebelum
berangkat ke Mekah telah dimakbulkan Allah SWT.

KISAH 2

sebut sahaja nama Naim, satu pejabat kenal.
bukan kerana kehensemannya tetapi kerana
tabiatnya yang suka melatah.
acapkali diganggu dan diusik oleh rakan-rakannya
tetapi Naim tidak ambil kisah.

oleh kerana sikap tidak ambil kisah itu,
maka semakin galak rakan-rakannya mengusik.

pada suatu hari, kawan-kawan Naim
berpakat mahu mengusiknya setelah 2 hari
Naim tidak hadir ke pejabat.

tatkala Naim melangkah masuk ke pejabat,
kawan-kawannya terus menyergahnya
dari sebalik pintu.
"Hah, Naim!!" jerit mereka serentak.

tetapi, situasi itu sedikit pun tidak
'mencuit' Naim dan ini membuahkan
kehairanan di benak mereka.
apa dah terjadi ni?
kenapa Naim tak melatah?

sepanjang hari itu, mereka tidak
berputusa asa untuk mengusik Naim.
malang bagi mereka, Naim sedikit pun tidak
melatah. dia hanya tersenyum melihat
gelagat kawan-kawannya.

selepas 3 hari mereka tidak berjaya mengusik
Naim, akhirnya mereka mengambil keputusan
untuk bertanya kepada Naim.

"apa ubat kau dah makan, ek?"
"kenapa kau tak melatah, ek?"
dan 1001 soalan lain.

pada mulanya Naim keberatan untuk memberitahu.
tapi selepas didesak, akhirnya Naim membuka mulut.

"aku tak makan ubat atau buat apa-apa.
aku cuma bersedekah je..." ujar Naim.
"bersedekah?" soal kawannya.
"ya. masa bersedekah tu, aku niat dalam hati
yang aku nak sembuh dari penyakit latah ni.
dan Alhamdulillah, Allah kabulkan 
permintaan aku ni..."

diharap, kisah yang singkat ini dapat memberi
sedikit ilmu untuk disebarkan dan dikongsikan.
sama ada orang yang melatah itu akan pulih
atau tidak, semuanya bergantung kepada-Nya.
cepat atau sebaliknya (proses penyembuhan) 
itu juga merupakan kuasa-Nya.
sebagai hamba-Nya kita telah berikhtiar dan berusaha.
maka selebihnya kita serahkan kepada-Nya
untuk mementukannya.
wallahu 'alam. 

Yang Ni Pun Best Juga Taw!

29 Your Words of Lo♥e

  1. teringat arwah nenek, dia memang kuat latah... kesian dia bila latah, penat dia...

    ReplyDelete
  2. Xtau ape perasaan bila tgk owg melatah sbb dalam masa yg sama ade perasaan happy & sedih......';-/

    ReplyDelete
  3. bila sis membantu org lain , sis hanya niat minta Allah berikan sis kebahagiaan ...

    ReplyDelete
  4. arwah mak acik pun melatah..tapi tak sampai bersilat atau membaling barang..

    ReplyDelete
  5. Saya pun melatah skali-skala..tapi bebiasa je. Mungkin sebab dah terbiasa dari kecik.

    ReplyDelete
  6. timm kdng2 termelatah jugk..tpi xtruk..biasa2 jer..hehe..

    ReplyDelete
  7. pernah juga berhadapan dengan org yg extrem bila melatah, dia akan capai apa saje depan mata.

    ReplyDelete
  8. berbuat baik pada insan lain dalam masa yang sama berniat untuk kebaikan diri sendiri sentiasa dimakbulkan...amin :)

    ReplyDelete
  9. tu la kan...
    kesian tgk org latah ni.. penat
    ellesya pon kdg dia terkejut dok ckp pelik2 gak bila tanya dia kata sbb tiru kwn dia.. haiyoooo

    ReplyDelete
  10. Zumal pun melatah tau... Tapi tak la kuar macam2 sangat ;)

    ReplyDelete
  11. salam dear. huhuhu sy pun termasuk dalam golongan yang melatah ni :((
    kadang malu jugak bila termelatah di khalayak ramai hoho

    ReplyDelete
  12. Wah melatah ya kak!
    saya biasa juga suka melatah, walaupun tidak begitu berat latahan yang saya rasakan.
    Tapi tips di atas sangat bermanfaat.

    ReplyDelete
  13. Cik Nur marah betul bila tengok orang yang suka mengusik2 orang yang melatah nie..kesian pada mereka melatah sampai penat jadinya...

    ReplyDelete
  14. dulu pernah jugak terjebak melatah ni... alhamdulillah dah hilang.. bahayakan...

    ReplyDelete
  15. Seronok bila tengok org tua2 melatah.. tp klu muda2 melatah mcm buruk je huhu.. susah nak hilangkan melatah ni bila dah melekat kat diri ni...

    ReplyDelete
  16. Seronok bila tengok org tua2 melatah.. tp klu muda2 melatah mcm buruk je huhu.. susah nak hilangkan melatah ni bila dah melekat kat diri ni...

    ReplyDelete
  17. Assalammualaikum aniesa, boleh awak whatsapp kpd sy utk sy bertanya sesuatu. 0176100929. Tq.

    ReplyDelete
  18. Assalammualaikum aniesa, boleh awak whatsapp kpd sy utk sy bertanya sesuatu. 0176100929. Tq.

    ReplyDelete
  19. Assalammualaikum aniesa, boleh awak whatsapp kpd sy utk sy bertanya sesuatu. 0176100929. Tq.

    ReplyDelete
  20. Glad to have found your site. Keep up the good work! DB Product Review

    ReplyDelete
  21. huhuhu entry yg bagus anies^^

    ReplyDelete
  22. tq anies..
    boleh kak anim bagi "petua" ni kat someone yg kak kenal dan kaki melatah..
    adoii..kadang2 terkeluar yg mencarut2 juga

    ReplyDelete
  23. Assalammualaikum...anies,

    wahhh touching membaca kisah2 nie.. melatah ini boleh sembuh , dan kuasa penyembuhan itu adalah milikNYa... utk hamba2Nya yang berserah diri kepadaNya.. nice entry..

    mselim3

    ReplyDelete
  24. mak akak melatah jugak. tapi bila dia melatah akak akan peluk dia dan bisil astagfirullah hal azim.. dia akan ikut apa yg akak cakap. lepas tu dia dah ok..

    lama jugak akak amalkan begitu. sekarang mak akak dah tak melatah

    ReplyDelete
  25. Penawar melatah yg memberi manfaat dan pahala pd tuan yg melatahkan...

    ReplyDelete
  26. kadang2 kesian tgk org latah ni.. smpai penat nk melatah.. geram dgn org yg usik tu. haih

    ReplyDelete
  27. kasihan tgk si pelatah di usik hingga tak bermaya,kdg2 blku juga dpn mata ni,saya terpaksa tegur,mmg ikut kn rasa kelakar tp penat melatah ni sbnrnya..hehe.. sbnr nya sy pun bks si pelatah juga hehe tpi ia hilang dlm xsedar,mmg dah tiada tabiat ni lg,.selamat menjalani ibadah puasa ya :) salam kunjungan dr portal online oh!pilihanku ;)

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆