✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Memang lupa teruk ni... adushhh... (ketuk kepala sendiri)
tapi sebelum tu, kalau korang nak baca cerita jalan2 anies di Brunei, sila klik kat
SINI
SINI
SINI
SINI
SINI.
jangan malu2 ya...
sebenarnya ada 3-4 tempat yang sempat kami singgah tapi tak banyak gambar diambil. so anies gabungkan dalam satu entry. senang cerita, kan?
The Royal Regalia Museum
tiada bayaran masuk dikenakan tapi korang kena buka kasut, tinggalkan beg kat locker yang disediakan dan tidak dibenarkan ambil gambar kecuali di lobi museum yakni di tingkat bawah.
apa yang menarik kat sini adalah, para pengunjung dapat melihat lebih dekat barang2 milik Brunei royal collections. dari sekecil2 barang hinggalah ke sebesar2 barang, semuanya dipamerkan di sini termasuklah hadiah dan anugerah yang diperoleh / diterima Sultan Brunei daripada pemimpin dan pembesar dari seluruh dunia.
paling mencuri tumpuan pastinya tandu pertabalan diraja (the royal coronation carriage) yang digunakan ketika pertabalan sultan dan dipamerkan di tengah-tengah ruang legar museum. sangat besar, okey!
halaman The Royal Regalia Museum. masa kami sampai, cuaca sangat terik. bila nak keluar, hujan selebat-lebatnya... nasib baiklah ada air cond dalam museum ni...
dalam museum ni berkarpet ya. sebab tu kena buka kasut...
nilah tandu pertabalan diraja... sangat2 besar. saiznya hampir sebesar lori rasanya... jangan tanya anies, badan tandu tu disaluti emas ke tidak... i have no idea, okey!
payung-payung berwarna-warni yang digunakan ketika majlis pertabalan sultan. anies tak kira pun ada berapa jumlah payung yang ada... yang pasti, budak yang tengah duduk tu dah payungkan korang kah kah...
souvenir shop dalam museum... sekadar info, korang boleh guna Dollar Singapore (SGD) kalau membeli belah kat Brunei ni. ni kerana currency rate Brunei dan Singapore sama je. kalau harga barang BD1, korang boleh bayar guna not SGD1. tak ada masalah. urusan jual beli sebegini juga berlaku di Hong Kong, Macau dan China... maksudnya, kalau korang pergi ke salah sebuah negara ni, cukup dengan membawa satu matawang sahaja...
Istana Nurul Iman
since kami tak boleh masuk ke dalam kawasan istana, maka cukuplah sekadar dapat bergambar kat depan pintu utama... dah pun memadai. tanda kami dah sampai ke sini...
Istana Nurul Iman. terfikir juga... macam mana kalau kami tengah sibuk bergambar, tiba-tiba kenderaan sultan lalu? adakah kami akan melompat keriangan di situ? hahahaha
close up sikit... no no... pintu pagar tu bukan diperbuat daripada emas... tu warna cat je...
sempat menyelit celah2 taman semata2 nak bergambar kat sini hahaha... tapi kena tunggu turn sebab kawasannya sempit...
The Mall Gadong
kami tak rancang pun nak ke sini. driver van yang tiba-tiba bawa kami ke sini padahal kami nak ke Pasar Malam Gadong. nasib baiklah jarak antaranya dekat dan boleh jalan kaki je.
since namanya The Mall, maka lain tak bukan ia sama macam shopping complex yang lain. kat sini anies perhatikan pengunjungnya memang ramai. mungkin sebab kat sini ada cinema.
kami cuma beli ais krim je bila dah sampai sini sebab lepas tu kami nak makan malam kat Pasar Malam Gadong hehehe... tapi pak cik anies sempat lagi borong coklat. dia cakap coklat kat sini murah.
The Mall Gadong - front view... masa anies snap gambar ni, waktu dah hampir Maghrib...
di tingkat bawah ada pasar raya macam Tesco / Giant...
sorry... gambar blur... tertarik dengan siling The Mall Gadong ni...
lain-lain tempat
ni sekadar selingan je... sambil berjalan, anies snap mana2 bangunan / kawasan menarik...
pintu gerbang Taman Haji Sir Muda Omar Ali Saifuddin... manakala di belakangnya, mercu tanda Brunei yang tak asing lagi, Masjid Sultan Ali Saifuddin (boleh baca kat SINI) dari info yang anies baca, selalunya kalau ada majlis besar seperti Hari Kemerdekaan, tempat ni selalunya menjadi tapak event...
Bangunan Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei... lokasinya berdekatan dengan Masjid Sultan Ali Saifuddin...
masa ni, kami on the way ke The Royal Regalia Museum... sebelah kanan bangunan berwarna kuning tu adalah Pejabat Besar Pos (main post office)... traffic lengang kan? maklumlah hari cuti...
Memorial Clock / The Clock Tower / Agong Clock yang terletak di tengah2 simpang. ia dibina sempena lawatan Tuanku Abdul Rahman ke Brunei pada 1959... sekarang usianya sudah 50 tahun! wow! btw, best kan jalan raya lengang macam ni... rasa nak baring je... hahahaa
last but not least... terjumpa dessert ni kat Brunei airport sebelum berlepas pulang... teringin sangat nak rasa sebab tak ada kot menu ni kat Coffee Bean kat sini... so, mohon jangan terliur ya time puasa ni... kalau terbatal, jangan salahkan anies hahaha...
okey tu je perkongsian terakhir anies jalan2 bersama family ke Brunei... insya allah, ada rezeki memang nak repeat lagi... tapi tak tahulah bila...
so, thanks 4 reading
happy weekends
daaa...
p/s menyudahkan BW tertunggak
pingin juga kesini
ReplyDeletedatanglah. brunei 👍
DeleteBulan puasa ni semua nampak sedap huhuhuuu
ReplyDeleteSedap ke dessert tu?
sedap sgt. kek pandan di dalam dan isi kelapa diwarnakan hijau sbg aising
DeleteGambar yang last tu kijammm... Hahaha..
ReplyDeletesemua gambar yang Anies share nie buat Sha teringin nak ke Brunie pula.. warghh!! bilalah nak berani naik kapal terbang nie...
maafkan patik krn menyiarkan gmbr dessert sedap di bln ramadan... pegi jgn xpegi..try naik flight dkt2 dulu. pastu br g jauh2
DeleteYa Allah cantik yer ....
ReplyDeleteDah nama pon kepunyaan istana kan...
Semoga ade rezeki pi Brunei🌹🌹
insya allah aminnn
Deletesyok jln2 tgk tmpt org...dessert kt ocffee bean tu hanya di bruinei je ye hehe
ReplyDeleteya. so far sy mmg xjupe lg dessert ni kt mn2 coffee beans kt si
DeleteSiling mall Godong terlihat modern.
ReplyDeleteagree!
DeleteNampak aman je kawasan2 tu...x banyak kereta...bila la nak sampai sana..
ReplyDeletesbb hari cuti tu yg lengang
DeleteKeren sekali museum Regalia kerajaannya, kak.
ReplyDeleteBersih dan rapi.
ya mas... sayangnya saya sempat teroka separuh sahaja. sebahagian yang lain under renovation
Deleteahai kak belum lagi sempat ke Bandar seri begawan bandar tempat rangkaya di dunia
ReplyDeletetapi dubai lagi kaya...jual emas dlm vending machine je
Deletesiling mall gadong tu macam dekat one utama! Amboi dessert dia mengancam betul
ReplyDeleteha'ah br tingat mcm siling kt 1U
Deletenak kumpul duit pergi ke Brunei la nanti...
ReplyDeletemudah2an tercapai niat cikgu aminnn
Deletebangunan dan arsitek Khas Brunei,
ReplyDeletemuseumnya bagus
ya memang betul
Deletedah pergi sabah tpi x pernah lagi pergi Brunei hihihi
ReplyDeleteInsya Allah ada rezeki boleh pergi sana pulak
nnt g labuan boleh pnjg kn langkah ke brunei dkt dah tu
Deletewah bestnya,cantiknya berbaju kurung
ReplyDeletesi manis anies nie...hihi
sedap je nmpk desert tu..
cuaca panas tu yg pakai bj kurung tu
DeleteNama Bandar Sri Begawan sudah terdengar di telinga saya, akan tetapi saya belum pernah kesana, jadi gimana nih..... Mbak ? :)
ReplyDeleteohy...tanda merah di dalam gambar itu , fungsinya apa yah...? Petunjuk Posisi Harta Karun' Kah ? :)
itu watermark
DeleteLumayan banyak nih tempat yang bisa disinggahi. Jadinya banyak pengalaman yang bisa dinikmati..
ReplyDeletesebenarnya tak cukup 3 hari di brunei😊
DeleteYaampun.. keren ya kak.. jadi pengen ke Brunei.. :D
ReplyDeletemudah2an mas juga bisa ke brunei satu hari nanti
DeleteDari semua itu, saya lebih tertarik denan museumnya. Sungguh luar biasa.
ReplyDeletebrunei banyak museum menarik kalau explore lebih lama di sana
Deleteray teringin nak jejakkan kaki kt brunei. tak pernah smpi lg
ReplyDeletepegilah. sewa kete. jgn gn ejen. rugi
DeleteSeronok juga menimba ilmu dan sejarah di tempat mcm ni. Sambil tu jalan2 cari inspirasi melihat kehidupan negara org, saudara seagama.. menarik.
ReplyDeletetu yang best melawat museum ni
DeleteWow...bestnya. teringin juga nak makan angin kat Malaysia timur sana...tapi belum kesampaian
ReplyDeleteinsya allah suatu hari nnt pasti akn smpi jua
DeleteBrunei ini lebih dekat dari KL tapi setakaf ini belum pernah jejak kat sana rasanya tengok foto damai nian alam bandar seri begawan ini
ReplyDeletesiapa yang suka suasana tenang dalam bandar, BSB adalah tmpt nya
Deletesiapa la yang duduk sopan santun sangat tu..
ReplyDeletepenuh budi bahasa hahaha
patung cendana
DeleteWah keren-keren fotonya
ReplyDeleteterima kasih..
DeleteJadi itu alasan kenapa mesti buka kasut karena lantai berkarpet ya
ReplyDeleteya itu alasan kenapa kena buka kasut. mau menjaga kebersihan pun ya
DeleteKak Anies, kenapa jalanannya sepi? Apakah memang suasana di sana sepi?
ReplyDeletesepi kerana hari cuti, mbak einid...
Deletebener bener nyaman ya kak brunei darussalam ini, negara islami yang modern dan bikin betah buat turis untuk singgah, wah kapan ya saya bisa kesana ;D
ReplyDeleteya sangat nyaman berada di sana. bebas macet... aminnn moga mas akan sampai di sana suatu hari nanti
Deletekalau kt Malaysia mau kena curi dh barang2 emas tu. hhaha. rajin pakai baju kurung
ReplyDeletebiasalah tu jakun kan
Deletehahaah.. jakun di negara org
Deletexpe org xnmpk😆
DeletePhewitt! Kirim salam sikit kat awek payung tu! :)
ReplyDeleteawek payung, farrah mf kem salam😆
Deletemusiumnya megah banget teh,..selain itu nampak sangat keren,...bisa jadi referensi buat liburan akhir pekan nih
ReplyDeleteya betul. ini baru sebuah museum. ada banyak lagi museum yang menarik di sana
DeleteBaguskan Raja Brunei ni, orang biasa pun boleh masuk istana..untung siap dapat duit raya..
ReplyDeletetulah... dpt duit raya bkn singgit dua tp ribu beb
DeleteNampak mewah yea bangunan di Brunei...
ReplyDeleteAlahai gambar last tu... pergghhh... 😅
sabo kak lama lg azan maghrib
Deletenama je sebelah negeri sarawak, dan ada sedara mara kat sana...tapi tak pernah lagi jejak sana..hahahah
ReplyDeleteraya nnt bolehlah ke sn kan...
DeleteKeren sekali museumnya ada payung warna-warni , di museum harus lepas kasut karna ada karpetnya . dan sedap dessertnya warnanya hijau menggoda selera
ReplyDeleteyang penting seronok berada di sini. banyak perkara baru dapat dipelajari
Deletemasjid nya megah dan besar, saya malah penasaran sama jamaah nya bisa full atau tidak soalnya mendekati hari raya pada sepi yang sholat tarawih :D
ReplyDeleteada rezeki nanti mas, datanglah ke sini ketika ramadan / syawal...
Deletewah kaca mata nya kak anies keren nih, boleh saya pinjem buat foto-foto saya di indo? :D
ReplyDeletehahahaha bisa diatur, mas
DeleteKotanya bersih dan teratur yah. Keren.
ReplyDeleteya sangat bersih. i like it!
Deletetak pernah sampai Brunei lagi..teringin nak sampai sana,
ReplyDeletepergilah. naik royal brunei lg murah n selesa
Deletewah udah lama nih gak mampir di blog kak anies, ternyata blog nya makin rame aja dan banjir komentar dari pembaca, ikut gabung ya kak disini, agar blog saya ikut ketularan rame juga seperti blog nya kak anies ;)
ReplyDelete