...السلام عليكم
Siapa suka cempedak goreng, angkat tangan?
jap, jap nak bilang...
1, 2, 3, 4....
101, 102, 103...
756, 757, 758...
uiii... ramai bebeno yek yang suka cempedak goreng ni.
tapi, selalunya yu ols beli ke buat sendiri?
beli?
alaa... tak best la kalau beli.
dapat makan ciput je.
tu pun bertegang leher dengan cik abang kan?
eh, terpanjang pulak mukadimahnya.
padahal nak share resepi je.
lazimnya, kalau menggoreng buah-buahan (eh, betul ke ayat ni?) macam pisang ke, keladi ke, keledek ke, sukun ke...
ramai yang guna tepung beraskan?
kalau malas tahap cipan, campak je tepung penaik.
tak pun guna tepung goreng pisang Adabi.
am i rite?
eh, mukadimah lagi?
bila nak sampai resepinya ni?
okey, okey!
sebenarnya resepi ni dikongsi oleh seorang penjual pisang goreng terlaris kat kampung anies tu.
(mukadimah lagi!)
mana tak laris?
letak pukul 3 petang, pukul 4 dah licin termasuklah kerak2nya sekali!
so untuk tak menghampakan customernya, maka mak cik nan satu ni pun sharelah resepi kerangupan dan kesedapan pisang gorengnya.
maka, inilah 'secret recipe' nyer...
bahan2:
tepung gandum (anies guna tepung cap bunga cempaka)
kelapa goreng (bukan kerisik tau!)
garam
serbuk kunyit
air sejuk
air panas
minyak untuk menggoreng
cempedak (tak termsuk kulitnya ye!)
(sukatan bahan bergantung berapa banyak mulut yang hendak disuap ye! ^_^)
kelapa digoreng di atas api yang sederhana. goreng sehingga garing (warnanya coklat + putih). bukan coklat kehitaman seperti kerisik.
cara membuat:
tepung, kelapa goreng, serbuk kunyit dan garam disatukan di dalam 1 bekas.
masukkan air sejuk dan kacau.
bila bancuhan sudah sebati, masukkan air panas sedikit demi sedikit sehingga bancuhan menjadi separa cair.
masukkan cempedak dan goreng sehingga masak.
bahan yang sama juga boleh digunakan untuk menggoreng pisang, keladi, sukun, etc.
well, happy cooking!
bab2 food presentation ni, anies memang selalu 'repeat paper.'
so bertabahlah ye dengan pic ni.
jangan lupa men'join'kan diri dalam GA anjuran blog ni ye! klik di SINI untuk join! ^_^
saya .. saya .. saya .. tp ramadhan ni belum sempat beli dan goreng
ReplyDeletewah.. sedap ni.. goreng makan panas-panas lagi sedap tu..
ReplyDeleteterus teringin...huhu...
ReplyDeletebagus dia bagi secret resepi kat anies...
ReplyDeleteapalagi salinnnn...
cempedak goreng memang sedappp....thanks bg secret recipe ni
ReplyDeleteSo far bulan posa xberani makan lagi makanan 'yg berangin' huuuu
ReplyDeleteKes kena sesak nafas ritu terus serik ;D
sedap!!
ReplyDeleteooh ada kelapa goreng ye Anies, tu yang buat rangup dan harum, sedap!
ReplyDeleteresepi baru ni..boleh le menerai..
ReplyDeleteakak pun suka..
ReplyDeletebaru lepas makan.. fav ni. hehe
ReplyDeletekiranya nyoq tu kena goreng dulu, ps tu buh je dalam aduna tepung tu ek?
ReplyDeleteok. nanti akak try.
nak try juga..
ReplyDeleteDah lama tak makan cempedak goreng.
ReplyDeletekalau yang pandai buat, boleh tahan lama kerangupannya tu. Terima kasih berkongsi resepi.
Saya suka cempedak goreng!!!
ReplyDeleteMmg berbaloi goreng sendiri..kalau beli kat luar, mahal..:)
ps: sempat lagi ni...saya nak join GA awak la...:)
Beli mmg Mahal... Huhu kena cari bahan ni... boleh buat sendiri... thanks share resipi...
ReplyDeleteSalam Anies,klu beli cempedak goreng mmg tak cukup!Klu goreng sendiri...br puas makan :)
ReplyDeleteassalam,
ReplyDeletebuah cempedak kalu dah goreng bunda makan...kalu camtu jer tak makan...
haih~ nk kena cr cempedak pulak ni.hehehe
ReplyDeletehrmmm..feberet k imi jgk goreng2an ni...tp mmg jrgla buat sdiri..klu buat pun pkai campuran tepumg sdiri..xsuka tpung adabi,ehehe!!!
ReplyDeletehehe.. memang.. la. mujur online malam. tahap tertinggi menggoda ni. haha.
ReplyDelete