✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Rajin pula hari ni nak update😂 so, meh laa sambung cerita jalan-jalan ni. ia sambungan dari entry INI.
jarak dari Bangkok ke Pattaya lebih kurang 130KM++. tapi disebabkan speed limit untuk bas cuma 60KM/h, jadinya perjalanan kami mengambil masa hampir 2 jam untuk sampai.
sepanjang jalan, trafik okey walaupun pada hari tu merupakan public holiday di Thailand.
1 info yang baru anies tahu adalah, semua pengguna jalan raya pada cuti umum akan dapat toll free. so kalau korang ke Thailand dan bawa kereta, bolehlah datang pada public holiday mereka.
okey, berbalik kepada tajuk... setiba di hotel, kami berkumpul kat lobi hotel dan menunggu staf travel agency (TA) serahkan kunci. masing-masing dapat bilik sharing (double bed/twin bed).
once dapat je kunci, terus naik lif. tak sabar nak berehat sebab dah 2 hari tak dapat rehat yang proper. boleh luruskan balik urat-urat selepas duduk lama di dalam bas.
dan sebahagian foto bilik hotel yang sempat anies snap untuk tatapan korang.
ni laa hotelnya. 7 tingkat. lot parkir kenderaan ada di belakang hotel.
bilik untuk twin bed. bukan katil single ya. memang puaslah golek-golek sampai pagi😂 bantal & tilam empuk. air cond pun okey.
belakang kepala katil... setiap bilik berbeza ilustrasinya...
antara kemudahan yang disediakan👇👇👇
first time dapat towel hotel warna hitam. selalunya warna putih, kan?
foto-foto kat lobi hotel tak sempat nak snap. tambah pula pada hari tu, ramai tetamu hotel duduk kat situ. bukan rombangan kami je... jadi, agak crowded kat situ.
oh ya... hotel ni tak provide sarapan. so pihak TA sediakan sarapan untuk kami. seawal jam 6.00AM diorang dah ketuk pintu hantar sarapan sebab jam 7.00AM kami kena check out sebelum bertolak ke destinasi seterusnya.
BTW jangan risau fasal makanan halal sebab kat Pattaya ni banyak je kedai makan Muslim. boleh walk in atau order je via Foodpanda.
anies bagi ⭐⭐⭐ 1/2 untuk hotel ni. tapi tak recommended untuk korang stay kat sini sebab lokasinya agak jauh dari pantai.
kalau nak hotel yang dekat dengan pantai, korang boleh try hotel INI. anies pernah stay sini masa datang pada 2016 dulu.
that's all for today...
daaa...
Wahhhh.. memang puas bergolek tu katilnya, hahaha.
ReplyDeletebkn bergolek je kuak lentang terjun tiruk semua ada🤣
Deleteselesa tempat inapnya tidur lena tu
ReplyDeleteya kak tilam bantal empuk vpt je dah lena
DeleteThanks for sharing, bestnya ke Pattaya. Bersih kemas biliknya.
ReplyDeletekalau dah penah g krabi bleh laa try pattaya pula
Deletebestnya katil tu. Betul selalu towel hotel warna putih. Tapi warna hitam lambatlah sikit nampak kotor.
ReplyDeletemungkin laa kot nak elak lmbt nmpk kotor
DeleteCik jangan sebut2 jomblo, kasian mereka hehe
ReplyDeletehahaha
DeleteMakanan Thai pun sedap2 juga. Hotel pun nampak selesa. Lepas mandi air hangat boleh ZZZZ dengan lenanya.
ReplyDeletetu laa
Deletetau2 je dah nak subuh dah
hehee
Kalau ilustrasi tu berkisar tentang pattaya lagi menarik kan?
ReplyDeletetu laa
Deletetp sbb pattaya ni ramai mat saleh...
tu yg papar ilustrasi negara luar
Selesa biliknya, dapat pulak katil besar gitu. Syoklah Anies tidur ya.
ReplyDeleteEh..yelah, belum pernah lagi dapat towel warna hitam 😄
sy memula igt katil single biasa
Deleterupanya katil queen mmg syok laa
tu laa kan rare dpt tuala hotel kaler hitam
Lindo hotel, te mando un beso.
ReplyDeletegracias ;-)
DeleteNot bad lah ya... Wah iya juga kenapa handuknya warna hitam, mungkin supaya kotornya gak terlihat 😂
ReplyDeletekannn
Deletejarang jumpa towel warna hitam
selalunya putihlah
wah bestnya...teringat kat bangkok..x tau la bila nak repeat ke sana lagi
ReplyDeletejom kita jjcm ke sana!
Delete