Pages

Monday, 3 February 2025

Khai & Jaafar Yong Tau Foo @ Pasar Malam Sungai Besi

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Beberapa bulan lepas, gerai ni 'viral' sekejap sebab ada foodie buat food review. dari komen-komen yang anies baca, ramai puji kesedapan kuah hitam yong tau foo dari gerai ni.

sekarang, walaupun tak viral tapi pelanggan tetap ramai (pelanggan tetaplah tu). anies ke sini last week. masa sampai, nampak macam tak panjang je barisan orang yang beratur. tapi once dah letak bekas depan dapur rebus yong tau foo... hah... amik kau! bersusun mat!

nak tunggu turn yong tau foo siap dipotong dan dibungkus tu... rasanya lebih 20 minit, kot? tapi... rasa berbaloi sangat bila dah makan. memang sedap dan puas hati. 

gerai ni dah lama beroperasi di pasar-pasar malam sekitar KL. kalau kat sini, ia berlangsung pada hari Rabu dan Sabtu, dari jam 5.00PM sampai 10.00PM.


sorry laa ya kalau tak nampak senarai harga yong tau foo kat sini...

suasana @ tapak pasar malam...

nampak tak botol-botol bawah meja tu? isinya kuah hitam dan kuah cili...

ada pelbagai jenis... kat sini self service ya...

depan dapur rebusan... setiap bekas ada nombor. pelanggan kena ingat nombor bekas. once yong tau foo dah siap dipotong dan dibungkus, staf akan sebut nombor tersebut... then bayar.

anies ambil yang ni je. sebab nak try dulu. betul ke sedap seperti yang diwarwarkan tu?

once yong tau foo dah dimasukkan dalam mangkuk... membukit kau! kuah hitam tu memang sedap, manis (gula melaka,) dan tak terlalu likat. then kuah cili pula, cukup pedas dan ngam sangat bila dicampur dengan kuah hitam. gerai ni ada sediakan sup kosong tapi korang kena request kat staf. next time ke sini lagi anies nak beli dan makan dengan sup kosong pula...

korang rasa, berapa RM yong tau foo yang anies beli ni👆👆 cer teka? jawapan yang tepat (dan terpantas), anies bagi hadiah.

lets go!

19 comments:

  1. Sedapnya....teringat yong tau foo taiping pulak.

    ReplyDelete
  2. Sikitnya ambil, nampak macam 3 ketul aje. RM4.50 ke total?

    Suami sy cukup suka YTF kuah hitam, sy lagi suka chili, kalau kuah hitam tu sy cicah sikit jer buat raso².

    ReplyDelete
    Replies
    1. teeettt salah cuba lg ;-)
      nampak sikit tp once dah potong... bykkk

      Delete
  3. anies, daun ape yer pada gambar ke lima.. daun keladi ke ek?

    hehe, ldy x kenal daun.. tp nampak mcm keladi , tp keladi org x makan daunnye.. mesti bukan daun keladi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kangkung
      sejenis kangkung daun jarang2 hahaha

      Delete
  4. kuah yong tau fu dekat taiping jugak yang kena selera...hihihi

    ReplyDelete
  5. Suka bingung kalo liat kulineran macem-macem gini.. Apalagi kalo rasanya enak.. Haduuh.... Pilih yang mana yaa.... Ini kee... Itu kee 😁.. Akhirnya borong semua hehe

    ReplyDelete
  6. Cita rasa kuahnya seperti apa cik? Gurih dan pedaskah?

    ReplyDelete
  7. Biasa yong tau fu ni mahal...
    Mungkin dalam RM12?

    ReplyDelete
  8. YT Foo ni time ambik rasa sikit... tapi lepas dia potong2... .Mak ai!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya... betul tu
      sy penah nmpk. 1 beg plastik putih yg besar tu... nk buat mkn kenduri kot hehehe

      Delete
  9. Me da ganas de probar la comida. T emando un beso.

    ReplyDelete
  10. Kuahnya memang padu sekali, Kak Anies, sampai buat aku terliur.
    Memang paling seronok pergi ke tempat viral, tapi yang dah lepas zaman viralnya. Memang penat kalau semata-mata nak beli makanan pun kena beratur berjam-jam

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya sgt padu. tu yg nak repeat lagi.
      yg viral dan sedap macam ni tak apa tunggu. kalau tak sedap tu😡

      Delete
  11. Apa yang memanjang dan ada bintik2 tu Anies?. Sis suka juga YTF ni. Kalau gi Alamanda memang makan YTF.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mcm telur gulung. isinya crab stick 2 btg. sedappp

      Delete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆