✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Bersambung dari SINI.
selesai makan tengah hari, kami pun bertolak meninggalkan Pulau Boheydulang. sejujurnya rasa tak puas berada kat sini hanya sekadar untuk mendaki. kalau ada peluang nak juga bermandi-manda kat sini.
tapi apakan daya... kawasan sekitar bukan tempat bermandi-manda. kalau nak lebih daripada sekadar mandi laut, haa.... nilah pulaunya! pulau Mantabuan!
dalam kepala anies membayangkan pulau seterusnya ni akan dipenuhi pokok-pokok dan pasir pantai yang cantik.
tapiiiii.... bila enjin speed boat tiba-tiba dimatikan, kami tercengang seketika.
"okey, dah sampai!" jerit pemandu speed boat.
"what?!! dah sampai?!!"
masing-masing terpinga-pinga sebab kami betul-betul berada di tengah-tengah laut! mana pulau Mantabuannya?
"tuu..." tunjuk pemandu speed boat.
rupanya pulau Mantabuan terletak jauh dari tempat speed boat berhenti. kira-kira 1 ke 2KM jaraknya. habis tu nak buat apa kat tengah-tengah laut ni?
"apa lagi? jomlah snorkeling!"
arghhhh!!!! tidakkkk!!!
seorang demi seorang mula pakai snorkeling mask dan tube yang dibekalkan agensi pelancongan. anies masih teragak-agak sama ada nak buat atau tak. sebabnya... tengah-tengah laut kot? kawasan situ tak dalam sebenarnya. tapi perasaan takut dan gerun tu tetap ada.
bila tengok ramai yang turun untuk snorkeling, anies decide untuk turun juga. macam-macam doa baca. tak biasa satu hal. takut pun satu hal.
bila tengok air laut yang jernih, memang dah maklum kawasan ni tak dalam. tapi yalah... i can't hide my feeling. serius!
bila ramai cakap best, pak cik pun cakap best... anies pun turunlah dari speedboat. and the rest is history😂😂😂
depa kemain syok bersnorkeling. kita juga laa yang bertungkus-lumus snap foto.
cantik kan laut ni? eee bila tengok foto ni baru rasa menyesal tak snorkeling betul-betul...
masa ni anies tak turun lagi... masih dok pikiaq tak sudah...
ni bukan pulau Mantabuan ya... ni pulau apa ntah... korang boleh Google tengok macam mana keadaan pulau tu...
another group tapi bukan sama agent dengan kami. sampai ke sudah tak ada seorang pun yang turun ber snorkeling😂
pak cik cakap dia jumpa ikan Nemo. anies pula jumpa apa? jangan tanya!😂
tak ingat siapa yang snap gambar ni. masa ni dah nak naik speed boat. nak bergerak ke pulau lain... geram je... masa kite ber snorkeling seorang pun tak snap... eeee...😠
okey laa... tu je perkongsian untuk hari ni. ke mana destinasi anies seterusnya? tungguuuuuu...
Kena prank yaa😁🙏..tapi puaslah menyelam...walau rasa takut tetap ada..rasa penasaran juga terobati
ReplyDelete😁😁prank yang telah dimaafkan
Deletelaa kata nk dtg jakarta kasitau la kat wak., kalo setakat seminggu pusing2 jakarta je ., hehe
ReplyDeleteongkos x de wak.. bapa gula lari😂
Deletewah..syokk..air jernihnya..:)
ReplyDeletejernih tu mmg 👍👍👍 tp tgh laut kot😁
Deletebestnya, jernih betul airnya mmg rugi kalau x snorkeling. belanja lah gambo dlm air pula anies
ReplyDeletetak ada gmbr dlm air. sbb kami x amik pakej apa2 pun... kalau tau awal2 boleh inform kt agensi suh diorg amik kan gmbr
DeleteHahahaha, ternyata harus snorkeling ya kak 😅. Saya tuh suka doing something extreme, seperti bungee jumping, rollercoaster, giant swing, atau segala sesuatu yg melibatkan ketinggian.
ReplyDeleteTapiiii ntah kenapa kalo udah melibatkan air, contoh berenang, diving, snorkeling, saya takuuut sangat. Tak pernah mau 😖. Rasanya seperti ada yg nak menarik did alam 😅. Makanya saya jarang pergi ke destinasi laut kak . Tapi sukaa kalo baca cerita teman2 yg diving dll.
At least walopun saya tak akan melakukan itu, tapi bisa tahu kondisi bawah laut dari cerita orang-orang
terpaksa buat sebab lepas ni belum tentu dpt ke sini lg
Deletesy boleh juga buat aktiviti extreme cuma tak ada geng yg berani😁
Sayapun tidak pernah snorkeling lagi.
ReplyDeleteEh ada gambar Anies? Cuma tidak nampak muka.
tu je lah 1 yg ada. 😁
Deletehahaha kelakar tgk gambar.. siapa suruh lambat turun. mmg jernih airnya
ReplyDeletesbb masih x leh nk terima kena bersnorkeling tgh laut. gerunnn😂
Deletejumpa ikan apa tak nk pulak cerita
ReplyDeleteikan bilis😂😂😂
DeleteCantik betul lautnya.. hehehe.. comel je gambar candid tu.
ReplyDeletemmg cantik x dinafikan...
Delete