Pages

Wednesday, 15 February 2023

Island hopping @ Semporna, Sabah - Pulau Boheydulang

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Cerita basi ni bersambung dari SINI .

untuk aktiviti island hopping ni, anies pilih pakej ke Pulau Boheydulang terlebih dahulu. semuanya gara-gara pak cik!😂😂 dia cakap, teringin nak mendaki. jadi anies pun onz jelah tanpa banyak soal.

perjalanan dari jeti Semporna ke Pulau Boheydulang ni memakan masa lebih kurang 35 minit kalau tak silap. seronok betul dapat naik speed boat sambil mata dijamu dengan laut yang membiru. langit sedikit demi sedikit bertukar warna. dari mendung ke biru. hati rasa lega melihatkan perubahan tu. ni kerana, bila cuaca elok, jadi senanglah nanti kami nak mendaki.

hmm... nak cerita apa lagi ya? err right dengan fotolah ya... check it out!

yeayyy... dah sampai jeti pulau Boheydulang... tengok tu! puncak Boheydulang dah melambai-lambai... tazabarrr...

kami tak ada apa yang nak didaftarkan. so, sebaik naik jeti kami terus jalan sampai ke hujung.

pemandangan kiri dan kanan jeti memang lawa! macam tak percaya je Malaysia ada tempat sebegini cantik!

memang ralit bila berada atas pelantar kayu ni. pemandangan sekitar tak jemu mata memandang! kadang rasa nak terjun terus ke dalam laut😁

kepada yang nak mendaki tapi tak bawa kasut, boleh sewa kasut kat sini ya. anies tak ingat berapa bayaran dikenakan.

sebelum mendaki, bersebelahan tempat sewa kasut... teringin nak turun kat bawah tu tapi tak boleh. sebab berpagar ( kami berdiri atas pelantar kayu yang berpagar )

pendakian bermula! lets go!!!

laluannya agak mencabar sebab hujan. jadi pihak pulau menukar laluan. sepatutnya kami guna laluan menaik. tapi disebabkan laluan tersebut berlumpur/becak  akibat hujan, jadi kami terpaksa guna laluan turun. means, kami akan berselisih dengan mereka yang turun nanti.

baru sampai aras 300m. ada lagi 300m to go! chaiyok anies !💪💪

antara pendaki yang turut serta. anies sebenarnya tak set masa pun untuk tiba di puncak. bagi anies, yang penting sampai. daripada 8 orang family anies, korang rasa berapa orang yang sampai ke puncak? cer teka!

muka tengah penat tu. so berhenti kejap ambil gambar😁😁😁

selepas lebih sejam mendaki, 😂😂 akhirnya!!!! yaaa akhirnya sampai jua ke puncak Boheydulang. yeayyy!!! Alhamdulillah. patutlah orang cakap, orang yang berjaya tu umpama mendaki bukit/gunung. bila dah tiba ke puncak, kita lupa terus segala kesusahan yang dialami sepanjang pendakian! 

BTW kalau korang nak tahu, seumur hidup anies tak pernah join mana-mana aktiviti hiking ni. sebabnya... tak ada geng kaki hiking. kalau geng kaki marathon, kaki bola,  kaki travel memang ramai. tak percaya, sila tanya blogger Salbiah M & nina mads 😂😂

pemandangan atas puncak ni... speechless! Subhanallah! sangat sangat cantik! rasa bangga sangat yang kawasan ni milik Malaysia.

maaflah kalau foto ni nampak malap. anies tak dan nak edit kasi cun😁

rasa tak nak turun je bila dah sampai sini. tak puas menikmati pemandangan maha cantik ni!

oh ya, so dari 8 orang family anies tu, siapa yang berjaya sampai ke puncak? mama, cik ani (saudara) & anies. yang lain-lain ' pancit ' di tengah jalan😁😁 ada tu, belum sampai 100m dah surrender!😂

ramai yakmat umat manusia kat atas puncak ni... dahlah masa ni Covid-19 masih berleluasa... 

lebih kurang 1/2 jam di puncak, anies pun beredar. tempoh masa yang diambil untuk turun cuma 20 minit saja. kemain laju lagi😂 lepas bersihkan kasut akibat lumpur, kami kembali semula ke jeti untuk makan tengah hari. makanan ni dah termasuk dalam pakej. lauknya simple je. tapi 'licin' sebab makan tepi laut kan... kena pula angin laut... perghhh rasa nak rebah je lepas makan😂😂😂

short video

Alhamdulillah... selesai sudah aktiviti island hopping pertama kami. agak penat tapi sangat berbaloi bila dapat nikmati pemandangan cantik ciptaan Ilahi. puas hati sangat sangat! kalau ditanya, nak datang lagi ke sini? of coz!

bila terdengar enjin speed boat dihidupkan, kami pun beredar dari jeti. pulau apa yang bakal kami kunjungi seterusnya? tungguuuuu...

thanks for reading.
daaa

jemput join ya, kawan-kawan! klik banner untuk join.

26 comments:

  1. Naik"kepuncak gunung..tinggi"sekali..bagaimana rasanya mendaki puncak?😁pasti lelahnya terbayarkan ya melihat pemandangan dari atas...

    ReplyDelete
    Replies
    1. satu kepasan yang tak terungkap dek kata kata. speechless😁

      Delete
  2. Memang sangat cantik pemandangan dari atas bukit tu. Dapatlah saya tangkap gambar pulau-pulau. Berbaloi rasanya angkut DSLR naik atas. Nak naik atas tu memang sangat mencabar...rasanya okey lagi waktu saya daki gunung kinabalu hihihiii....

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan kak.... hlg segala penag lelah. amboiiii gigih betul akk bw dslr.👍👍👍👍👍

      Delete
  3. MasyaAllah..cantiknya pemandangan. tengok gambar je dah tertawan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya sis sangat2 cantik mcm x pecaya je ni ada kat malaysia😀

      Delete
  4. subhanallah cantiknya pulau izin share pic pulau satu ya tq

    ReplyDelete
  5. Subhanallah, nicenyaaa view kat atas tuu. Mesti kuyus kejap kan bila dah berjaya naik atas tuu. Hihi gurau2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kurus kejap je trn bwh naik blk sbb dpt mknn sedap😂😂

      Delete
  6. cantiknya pulau kat sabah. tak pernah sampai lagi dekat semporna.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang cantik. sebab tu sentiasa ada je pengunjung ke sini

      Delete
  7. salah satu tempat nk piiii.. tp kan ada kwn study dia smpai masa tengahari tgh canak naik. view lg lawaa! memang tak puas tgk gambar2

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh je panjat tgh hari sbb laluan mendaki penuh dgn pokok2 mmg x terasa panas pun

      Delete
    2. kalau hujan mmg tak dpt la naik atas. tp tak silap kalau nk ke semporna pun ada musimnya

      Delete
    3. kalau hujan diorg tutup. so travel agent akan tkr ke pulau lain.

      yap. jgn dtg nk dkt2 hjg thn. ms sy pegi ni hjg bln 9.

      Delete
  8. Rupanya disediakan aktiviti mendaki di pulau. Seronok itu 2 dalam 1. Tengok laut dan hutan.
    Betul saya teka 3 orang :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hanya boheydulang je yang ada bukit dan boleh mendaki. yg lain2 sm mcm pulau2 lain

      Delete
  9. Berhubung saya tak suka aktifitas air seperti diving, snorkeling, jadi pastilah kalo ada trekking, saya akan ambil itu kak 😄. Tak apalah Medan berat, yg penting sampai di atas manis mata memandang Yaa , 🤣

    Cuma pasti, saat mau turun, lemas lagi badan wkwkwkwkwk 🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo ye ke? tapi dah nama island hopping of coz ada aktiviti berenang snorkeling etc. kalau tak duduk sahajalah atas speed boat. tengok orang lain mandi manda😁

      Delete
  10. SubhanAllah!!! 😍😍😍 Cantik sangat..

    ReplyDelete
  11. Cayalah Anies.. Tahniah tau berjaya sampai ke puncak.. kuat semangat Anies..

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆