✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Korang pernah dengar apa itu 'raving fans'? atau... beranggapan yang raving fans ni umpama sebuah fan club artis atau celebrity terkemuka dunia?
kalau tak pernah dengar, that's okay. korang boleh teruskan baca perkongsian ringkas ni.
raving fans ni kalau diterjemahkan secara langsung bermaksud peminat meracau😂😂
alamak! ada yang kena sampuk ke? siapa yang meracau tu?😂😂 sabar... sabar... sila sambung baca ya...
istilah raving fans ni digunakan pihak marketing / sales yang mana mereka tujukan kepada sekumpulan manusia yang akan sentiasa support bisnes seseorang.
support bisnes ni bukan bermaksud mereka yang selalu beri sokongan moral kepada korang seperti kata-kata nasihat, pujian, motivasi dan sebagainya. mereka juga bukan terdiri daripada ahli keluarga atau sahabat handai korang.
akan tetapi raving fans ni merujuk kepada pembeli yang sentiasa support (of coz, diorang akan beli) produk korang setiap kali korang keluarkan produk baru.
lagi besar jumlah raving fans, lagi besar potensi sales yang korang akan dapat ketika product launch berlangsung.
raving fans ni, dia tak kira (melihat) siapa pun (background) korang. walaupun korang bukan influencer / youtuber / instafamous / tik toker / twitfamous sekalipun, as long as produk itu MAMPU SELESAIKAN MASALAH (puaskan hati) mereka, then mereka tak teragak-agak untuk dapatkan produk tersebut... no matter what!
p/s agent atau dropshiper atau personal shopper tidak termasuk dalam raving fans ya (ketika product launch).
personally, anies juga salah seorang raving fans novelist Hani Fazuha. so setiap kali HF ada novel baru, anies antara yang pertama akan dapatkan novelnya.
novelet ni dilancarkan di Pesta Buku Sungai Petani. haaa... sampai ke sana kite dok kejar tau! real punya raving fans ni 😂😂😂 bukan kaleng kaleng
selain novel, dulu dulu rajin jugalah anies berebut tudung bawal Aidijuma. bezanya dengan raving fans yang lain, anies tak ada laa sampai sanggup buat khemah atau 'berembun' depan kedai AJ tu😂😂
kalau blogger, so far yang (boleh jadi raving fans) anies kenal blogger Sha Mohamad. since dia suka membaca, anies perhatikan dia mesti pre order novel Maria Kajiwa. betul tak Sha?😉😉
selain tu, dulu dulu blogger Salbiah M juga raving fans kumpulan Impression. pantang ada album baru, kompem dia dah beratur depan kedai kaset.😂😂😂
seorang lagi blogger yang dikira raving fans adalah blogger nina mads. dia raving fan kedai 7E. pantang ada produk baru. kompem beli.😂😂
(cerita di atas adalah rekaan semata-mata. tiada kena mengena pun dengan mana-mana pemain bola sepak😂😂😂😂)
so, korang ni raving fans produk apa ya? boleh share kat ruangan komen di bawah?
7 days to go! have you joined yet? if not, click the banner above to participate.
Baru dengar istilah raving fans ini😁🙏 wah berati dia demen banget sesuatu yg baru langsung di belikah ?puaskan hati😁
ReplyDeletedia begini. katakan mbak suka lipstik jenama A. setiap kali jenama A ada keluarkan lipstik baru, mbak mahu jadi orang pertama yang beli. kadang mbak beli bukan kerana lipstik itu tetapi kerana percaya lipstik itu bagus buatannya
Deletedulu zaman novel bersiri harry potter belum tamat, dapat tau je novel baru dah keluar terus pegi kedai buku beli novel harry potter. tu je la kot yg saya igt hehe. satu lagi dulu minat tudung cloverush bila ada corak baru je mmg akan intai ig cloverush tgk corak latest. tapi skrg dah takde kegilaan dgn apa2 produk. mungkin sbb saya sejenis tak minat shopping kot.
ReplyDelete'kegilaan' pd zaman tu sikit sebyk terkena tempias kat kita😀
Deletefirst time mama dgr raving fans .. mama kalau novel mesti beli yg RAM dan mazni aznita
ReplyDeletetu diaaa seorg lg raving fans RAM😀
DeleteMungkin kalo di Indonesia sebutannya lebih ke Fans berat atau die hard fans 😄. Saya tak pernah nge fans terhadap sesuatu sampai sebegitu kak. Sukaaa, tapi kadang tak nak sangat jadi first buyer produk dia. Kalo dapat barangnya, syukur alhamdulillah. Tak dapat pun, ya ntar aja beli lagi 😄😅
ReplyDeletemungkin faktor kewangan yang jadikan kita begitu. ada orang, dia tak kisah untuk membeli apa yang dia suka tanpa melihat $$ yang dikeluarkannya
DeleteBaru tahu. Macam peminat tegar pula. Rasa tiada.
ReplyDeleteya. tp yg ni lbh kpd support produk
Deletehahahahha.. nama I pun ada. wahh skrg dh dpt dkt harraz
ReplyDeleteke mana tumpah kuah kalau bkn kt pulau langkawi😂😂
DeleteHahaha.. betul sangat tu Anies.. Maria Kajiwa antara yang Sha memang akan cuba dapatkan.. 🙈🙈
ReplyDelete