Pages

Friday, 1 May 2020

Dà Lạt, Vietnam: shopaholic abroad - Da Lat Specialty

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Bersambung dari SINI.

Kami ke kedai ni 2 kali. pertama kali, lepas balik dari kedai Siti Syahidah Collection (boleh baca kat SINI). kedua, pada malam terakhir kami kat Da Lat.

semuanya gara-gara ahli rombongan yang tak puas hati sebab tak dapat memborong kacang gajus XXL hahaha... yap, Vietnam; selain kopi... ia juga terkenal dengan kacang gajus XXL. harga dia pula berbeza2.

tapi bagi anies, harga kacang gajus XXL kat Nha Trang lagi murah berbanding Da Lat or Da Nang or Ho Chih Minh sendiri. anies dapat 130K Dong untuk 1/2kg (beli kat Nha Trang). kalau korang lagi terer mencari dan menawar, mungkin boleh dapat harga lebih murah dari tu.

kenapa kami singgah kedai ni? lain tak bukan sebab our tour guide laa yang bawa kami ke sini hahaha... ingatkan nak balik hotel terus. rupanya dia bawa singgah sini.

mereka2 yang malas nak turun bas kononnya, seorang demi seorang keluar sebab terpedaya tengok kawan-kawan yang lain menjinjit barang bawa masuk dalam bas. 🤣🤣🤣

actually, anies tak tahu nama kedai ni sepenuhnya. yang pasti kedai ni menjual barang2 makanan (minuman) yang terkenal dan sinonim dengan Vietnam khususnya di Da Lat.

as you know, Da Lat ni kan kawasan tanah tinggi. jadi makanan kering banyak dihasilkan untuk dijadikan kudap-kudapan / jajan.

selain tu, biji2 kopi pelbagai jenis boleh didapati di sini. kalau nak beli yang jenis biji pun boleh. nak suruh diorang kisarkan pun boleh. yang tak boleh berhutang je 🤣🤣🤣🤣

oh ya... banyak barang2 halal ke kat sini? barangan seperti biji kopi, serbuk teh, kekacangan (tanpa salutan tepung), makanan kering (contoh aprikot yang dikeringkan), minyak angin (sebenarnya made in Thailand) antara barang yang boleh dibeli.

untungnya kalau pergi dengan agent ni, kita boleh tanya tour guide terus. benda ni halal ke tak halal. kalau pergi sendiri, kita mungkin waswas sebab kat packaging / botol memang tak ada logo halal. kalau tanya tuan / staf kedai... hmm diorang tak fasih sangat nak cakap BI. so sendiri kena buat kira-kira laa...

okey laa panjang pulak ceritanya. pada hal nak cerita fasal kedai je... macam biasa, anies sertakan beberapa keping gambar kat kedai ni....

kedai ni 2 tingkat. tapi yang beroperasi kat tingkat bawah je. halaman kedai ni besar. boleh muat 3 buah bas. lokasi dia pun mudah sebab berada di tepi jalan

suasana dalam kedai... tuan kedai sediakan meja dan kerusi untuk mereka yang nak makan tester makanan kering. rombongan kami apa lagi...siap bersembang ko! dapat pula seorang secawan teh panas. lagi lama sembangnya. membeli pun berapa kerat je hahaha. yang sebelah kiri tu, geng2 nak membayar. sambil bayar tangan sempat seluk tester kacang gajus XXL 😂😂😂

 bagi anies, barangan kat sini agak mahal... pak cik anies sempat beli biji kopi robusta. nak brew sendiri kat rumah katanya... 

see...? deretan biji kopi di depan mata. yang menariknya bila kita hidu setiap balang kopi ni, bau dia lain-lain tau! penggemar kopi tentu boleh arif fasal ni... semua kopi2 ni ditanam di Da Lat. kiranya kopi dari tanah tinggi Vietnam gitu....

korang boleh teka tak, ni kopi apa? siapa dapat teka, memang sahlah korang memang peminat kopi. bukan sekadar harap kopi kat Starbucks je 😂😂😂

kopi luwak / kopi tahi musang = kopi paling mahal di dunia (barangkali). tengok laa harga dia tu. 2 juta beb! ko mampu?? hahaha 2 juta Dong laa... bukan RM2 juta. pengsan mak noks kalau kopi harga RM2 juta... ni kopi ke, jongkong emas? 😂😂😂

anies beli kacang ni 2 bekas. satu untuk mama satu lagi untuk abang. agak mahal. 90k Dong sebotol. pada hal kat Nha Trang boleh beli dengan harga 35k Dong je... arghhh... tak apa laa... benda dah lepas usah dikenang 😂😂😂

okey laa... tu je yang anies nak share untuk hari ni...btw, terima kasih atas nasihat dan solution yang korang beri untuk entry INI. anies amat menghargainya. moga masalah tu dapat diatasi kelas.

thanks for reading. daaa

89 comments:

  1. Saya agak kopi robusta.
    Mungkin tak dapat banding harga awal-awal sebab tu rugi beli kat sini kan? Dah tahu lain kali beli kat tempat lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin kot hehehe betul tu... next time dah tau laa mcm mn nk beli

      Delete
  2. Suka sekali sama itu Kopi. Arabica, dari gambar keringnya Bagus.

    ReplyDelete
  3. MAHALNYA KOPI MUJUR XMINAT MINUM

    ReplyDelete
  4. ada rezeki nk pergi jugak hihii

    ReplyDelete
  5. semoga dilancarkan semua na.. hee

    ReplyDelete
  6. Saya tak pernah tahu yang Vietnam pun famous dengan kacang gajus. Selama ni dengar kopi Vietnam sahaja

    ReplyDelete
  7. Sedapnya bau aroma kopi...

    Selamat berpuasa Anies..

    ReplyDelete
  8. Wah, kacang gajus XXL, menarik tu. Suka sangat kacang gajus

    ReplyDelete
    Replies
    1. zumal boleh jd giler tgk mcm2 jenis gajus kt sini tau hehehe

      Delete
  9. In shaa Allah lepas PKP selesai dan krisis covid-19 ini selesai sepenuhnya, dapatlah sambung travel ke tempat2 menarik seterusnya. Salam Ramadan mubarak Anies! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu laa nk tggu betul2 bebas sepenuhnya tu mmg mkn tahun. hrp2 ada laa rezeki aminnn

      Delete
  10. Wishing you have a wonderful week :)
    Stay healthy!

    ReplyDelete
  11. Vietnam memang terkenal dengan kopi kan?
    tapi i'm not a big fan of coffee
    Kalau pergi sana pun tengok ja kot kopi tu haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, antara pengeluar kopi terbaik dunia jg

      Delete
  12. firts time tgk kopi tu....biasa tgk yg dh siap pack je....

    ReplyDelete
  13. Kedai utk pelancong mesti tinggi harganya kan..untung kalau dpt singgah di kedai2 kecil yg org sana membeli belah mesti harga lebih murah

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila pergi dengan travel agent terpaksalah hadap benda macam ni hehehe kalau ikutkan hati nak je berhenti gerai2 tepi jalan tu... saya lbh suka yg mcm tu...

      Delete
  14. perghhhh
    geram gila tengok biji kopi
    harap adalah duit lebih untuk melancong ke Da Lat nih nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. aminnn... pergilah da lat mmg tmpt yg berbaloi utk dilawati

      Delete
  15. Bagian tester, ini hal yang saya suka, cicip gratis...percuma. hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya semua org suka bahagian tester, mas hehehehe

      Delete
  16. Kedai tu mahal sebab dia tahu ramai tourist lettew...

    Hurmmmm.... mahalnya kopi tahi musang tu huhuhuuu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu laa... travel agent pun satu bw kitorg kt tempat mahal hahahahaha

      Delete
  17. Parece un sitio interesante, y me alegro que te hayas divertido

    ReplyDelete
    Replies
    1. tienes razón, especialmente cuando tienes una cantidad de dinero para gastar hahaha

      Delete
  18. Betul gajus kat sana besar2 kenyang makan

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn...pandai cari sure dpt harga murah hehehe

      Delete
  19. waaa rambang mata sangat ni kalau sampai sini..

    ReplyDelete
  20. Coffee Gajah-nya mahal banget yah Mbak , 3 Juta / KG. Penasaran dengan rasa kopinya....kira - kira bagaimana yah rasanya..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sangat sedap, mas...minum kopi tanpa gula pun nikmat

      Delete
  21. Assalamu alaikumCik... selamat Idul Fitri ya.
    Taqabalallahu minna wa minkum
    Taqobbal ya kariiim.

    Maaf lahir dan batin ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam

      selamat hari raya aidil adha sebab baru sekarang membalasnya hahaha

      Delete
  22. SELAMAT HARI RAYA, menarik entry ini btw done follow, follow me back thanks http://acuyuhan.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
  23. Mahai sungguh kopi luwak tu hihi..kalau bagi free sekalipun cheq tak sanggup nak minum 😂

    Selamat hari raya mem Anies, maaf zahir batin 🧕🏻🤝🏻✨

    ReplyDelete
    Replies
    1. hang x rasa lg hang x tau... mai pekana secawan... hehehe

      Delete
  24. Siapa peminat kopi & ada coffee machine kat rumah mesti hepi gila dapat beli raw coffee. Perasaan grind & brew sendiri tu lain machiam hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah yg pak cik sy berangkan ms dia beli biji kopi kat sini hahaahha

      Delete
  25. rindu dengan kopi
    vietnam...
    varis covid ni,
    mau 3tahun kot,
    kita tak ke
    oversea kan...hihi

    ReplyDelete
  26. saya masuk kedai bau kopi kuat ni confirm akan pening. sikit2 xpa lagi.. peminat kuppi mesti rasa heaven gila kalo pegi kedai ni memborong. hehe.. saya minum jugakla kopi tapi kalo ada pilihan lain mau yang lain tu hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi kat sini bkn takat bau kopi je bau2an lain pun ada contohnya bau mcm duit xde hahaha

      Delete
  27. Shopping makanan di sana lebih murah sikit bukan?

    ReplyDelete
  28. Hahahhaha

    Saya mau kopinya, tapi bayarnya hutang, wkwkwkwkwk

    ReplyDelete
    Replies
    1. bisa diatur, mas...mohon saja kerja di toko ini hahahaha

      Delete
  29. banyak main ka toko oleh-oleh, mak cik

    ReplyDelete
    Replies
    1. kami pergi yang telah ditetapkan oleh tour guide saja

      Delete
  30. Besar tu XXL saiznya.. Memang puas hayi mengunyah ini.. hehehe..
    Kalau masuk kedai ini mesti bahagia rasa.. Menghidu kehatuman biji kopi.. Pergh!! Nikmat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sengal rahang, sha hahahaha

      rs mcm msk stabak hahahah

      Delete
  31. Kalau di medan kak, kami bilangnya kacang mede atau kacang monyet kak.. Tuk rasa enak kak, cuma harganya itu, harus mikir2 tuk membelinya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, mas. kalau cakap fasal harga, 10 kali fikir baru beli. tak pernah jumpa yang murah selalunya mahal hahaha

      Delete
  32. Tester tester.. siapa yang tidak suka tester hahahahahaha :v.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang tak suka cuma org tak ada gigi saja hehehe

      Delete
  33. Saya peminat kopi.. mmg ketagih kopi susah nak berhenti huhu. Tengok biji kopi pun jadi berselera ni :D

    ReplyDelete
  34. Wah, dorang jual timbang ye kopi tu. Zumal ni suka gila minum kopi sehari tanpa kopi boleh hilang mood

    ReplyDelete
  35. Walaupun penggemar kopi tapi kita tak tahu sangat jenis kopi. hihi. Tahu minum je :)

    ReplyDelete
  36. semoga kalau nanti ke vietnam lagi bisa mampir ke Dalat.
    dulu waktu ke vietnam sempat membeli kopi vietnam untuk kenang-kenangan, dan rasanya sudah lupa juga hehehe

    ReplyDelete
  37. Kat rumah ade kopi Vietnam 🇻🇳
    Pekat, likat auuuu

    ReplyDelete
  38. kopi vietnam mmg famous kan kak. dulu pernah rasa fenomena sekejap org jual kpopi vietnam. huhu.

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆