✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Tok tok! ada orang ke tu?
hello... is anybody home?
alamak... sunyi sepi betullah. yalah... 3 bulan plus plus kot... hakikatnya 2 / 3 entry sebelum ni lebih kepada auto publish. tapi satu BW pun tak buat... aduyaiii...
lagi satu, kalau berhabuk mungkin ketebalannya dah sampai 1 inch. kalau ada labah-labah, sarangnya dah jadi sawang. kalau lewat sikit, mungkin hantu jembalang akan muncul! hahaha...
apa khabar kawan2 semua? waduhhhhh... rasa macam kekoklah pula bila jadi macam ni. tulah akibatnya bila blog terabai berbulan2 seolah2 blog ni pun kena kuarantin juga hahaha...
Alhamdulillah, anies kat sini sihat walafiat. sengaja anies 'buat comeback' pada hari ni bersempena ulang tahun blog ni yang ke-10!
ya betul... blog yang tak seberapa ni dah berusia 10 tahun. hmm entah apalah yang anies tulis kat blog sepanjang tempoh ni. harap2 bukan benda yang memalukan hahaha...
diam tak diam, dengan entry cuma sebanyak 1162 sepanjang tempoh sedekad ni, anies just harap tak lebih tak kurang, yang mana baik dan bermanfaat tu, dapat memberi sesuatu kepada para pembaca. moga2 ia juga termasuk dalam saham kecil akhirat yang boleh anies bawa bersama kelak.
well, apa anies nak tulis sempena ulang tahun blog yang ke-10 ni? err... mungkin ada yang akan tanya (sebenarnya tak ada siapa pun tanya hahaha) macam mana boleh kekal menulis blog ni walaupun muncul macam2 media sosial?
hmm... bagi anies blog ni ada 'something' yang tak ada pada media social yang lain. macam mana nak explain eh? tapi... tulah yang anies rasa.
namun dalam banyak2 perkara, perkara paling best tentang blog ni adalah, anies dapat ramai kawan2. maksudnya, kami cuma bertegur sapa melalui blog tapi siapa sangka, kami boleh berkawan sampai ke 'dunia sebenar'. sampai boleh travel sama-sama pula tu!
selain tu, macam mana anies boleh stay dengan blog ni pun mungkin disebabkan kerjaya anies tu sendiri yang banyak melibatkan idea, penulisan, bidang kreatif dan lain2. jadi secara tak langsung, ia bagaikan bergerak 'seiring'.
tapi tulah, bila cakap fasal mood menulis, tu yang kadang-kadang ke laut juga. once dah tinggal, memang payahlah nak get back momentum tu. so harap2 nya lepas ni anies boleh kembali bersemangat menulis dan pada masa yang sama dapat cipta dan hasilkan idea / karya yang lebih menarik. insya allah.
oh ya... sempena ulang tahun blog yang ke-10 ni, anies nak ambil kesempatan untuk ucapkan JUTAAN TERIMA KASIH kepada korang semua atas 'sokongan' (melalui komen2) yang diberi selama 10 tahun ni.
tanpa komen2 korang, mungkin juga blog ni 'tak boleh hidup' thanks korang! you're super duper awesome!
sempena ulang tahun ke 10 ni jom kita throw back gambar2 pilihan tuan punya blog ni! kalau nak tahu cerita lanjut, korang clik je link di sebelah kanan blog ni ya!
ni bukan kat France ya hahaha ni kat Colmar Tropicale, Bukit Tinggi - antara entry pertama jalan-jalan yang anies share dalam blog ni.
jalan-jalan ke Penang... antara entry yang bercerita fasal jalan-jalan dalam negara
1st time datang ke Floria, Putrajaya...
antara moment paling best. buat pertama kali pasukan Liverpool FC datang ke Malaysia then buat friendly match dengan team Malaysia kat Stadium Bukit Jalil. dianggarkan 80 000 orang hadir. memang dahsyat walaupun masa tu, team Liverpool tak sekuat sekarang hahaha...
perjumpaan tak rasmi bersama para blogger buat kali pertama. masa ni anies rasa palingggg kerdil dalam kalangan blogger sedia ada. blogger KAK AZIAN ALIAS... masihkah kalian ingat event ni kat rumah dato' ________ @ Bangi?
event makan-makan, share resepi, pergi kenduri pasti ada dalam blog ni. terlalu banyak. nak hurai satu2 memang tak sanggup laa...
memori jalan-jalan 'oversea' pertama - ke Jakarta & Bandung selama seminggu bersama rombongan office. destinasi pertama kami ke Islamic Book Fair @ Istora Senayan, Jakarta.
antara kenangan paaaaaling best dalam hidup - dapat naik Charlie (kapal terbang milik TUDM) sempena LIMA @ Langkawi. dia punya seronok tu memang tak boleh cakap! tambah pula dapat naik free. ishhh... memang best lah!!
antara running / marathon event pertama yang anies join... masa ni bukan PKP tau. pakai mask tu sebab time ni tengah jerebu teruk.
pertama kali dijemput ke konti radio untuk ditemuramah... masa ni hanya Allah saja yang tahu betapa nervous nya tuan tanah... rasa macam tak terkeluar suara... hahahaha
1st time datang ke Sabah bersama arwah mak cik.... waaaa ni yang rasa nak menangis....
dalam blog ni juga anies kongsikan macam2 event seni seperti tayangan teater, menonton movie, menonton orkestra dan macam-macam lagi....
1st time bertentangan mata dengan blogger Farah (kiri) dan juga blogger yang tak asing lagi... Yuyu Zulaikha. masa ni dia tengah pregnant anak pertama dan kami hadiri majlis hari raya anjuran Nuffnang!
another memory paling best dalam hidup - jalan-jalan ke Egypt (Cairo & Alexandria)... arrghhh tak sabar nak tunggu Will graduate... bolehlah kami datang lagi ke sini nanti. insya allah. ada sesiapa nak ikut?
rasanya ni dating pertama anies dengan blogger Salbiah. jangan tak percaya, kami dating siap jumpa Luis Garcia tau! (ex Liverpool player)
naik sampan kat Sungai Mekong, Vietnam bersama blogger Nina dan blogger Farah... 1st time travel dengan budak berdua ni hehehe.... bila kita nak repeat lagiiiii???
ikuti rombongan sekolah pendidikan khas ke Thailand (Bangkok, Saraburi, Ayutthaya & Pattaya)
dream comes true - winter trip memory @ Paris - depan Notre Dame
winter trip memory @ Luzern, Switzerland
winter trip memory - Cologne, Germany
winter trip memory - Brussel, Belgium - depan Grand Place
winter trip memory - Amsterdam
winter trip memory - London. depan Big Ben
1st time menyaksikan SEA Games official opening ceremony @ Stadium Bukit Jalil
trip bersama blogger Nina dan kawan2 - Siem Reap & Phnom Penh
1st trip bersama blogger Salbiah ke Hong Kong, Shenzhen dan Macau... bila kita nak jalan2 lagi waaaaaa
trip ke-3 bersama blogger Nina ke Taiwan
family trip ke Brunei Darussalam
penyokong tegar Harimau Malaya katanya... bersama blogger Salbiah menyaksikan Malaysia vs Myanmar (Piala Suzuki AFF)
cerita fasal kenduri kahwin, fasal, tunang, fasal nikah, fasal pengantin memang ada dalam blog ni. dan salah satunya kenduri sepupu dan sekaligus menjadi pengapit hahahaha
tuan tanah dan book fair memang tak boleh dipisahkan. bergambar kenangan bersama penulis kegemaran: Hani Fazuha
1st time jalan-jalan ke Kuching Sarawak...
jalan-jalan ke Da Nang, Vietnam
family trip ke Padang & Bukittinggi, Indonesia...
okeylah, tu je laa mukadimah untuk hari ni. insya allah anies akan cuba menapak ke rumah kalian (BW) selepas ni. wish me good luck!
insya allah, akan menyusul cerita-cerita menarik dan harapnya tuan tanah tak dilanda kemalasan lagi hahahaha
thanks 4 reading. daaa....
Bagi saya seronok berblog sebab ia bagi aura positif.
ReplyDeleteHappy 10th anniversary for blog. Semoga terus menulis.
betul tu komen pun murni2 je hehehe
Deleteterima kasih NA
Haiii kak rabia singgah sini
ReplyDeleteya ya jemput masuk rabia ;-)
Deletesempena 10 tahun blogging ni xnak buat giveaway ke cik kak anies yg fofuler tuuuh., ;p
ReplyDeleteinsya allah Wak... kalu sy buat wak kena join tau!
Deletebole je join., tp kena bagi wak menang tauu., hahaha
Deleteinsya allah ;-)
DeleteOh congratulations darling
ReplyDeleteMy best wishes and blessings to you
xx
thank you babe ;-)
Deletehai bos
ReplyDeleteada ni haa
tgh skodeng
hahaha...
hai presiden ;-)
Deletejgn skodeng... jemput laa msk hehehe
bagusnya masih konsisten berblog. Akak selepas 6 tahun baru berblog semula..hehe..
ReplyDeleteada juga 'terpendam' lama. setahun kot. biasa laa manusia ada turun naik dia punya mood hahaha
Deletehappy anniversary ke 10 tahun :)
ReplyDeleteTak sangka kan boleh bertahan sampai 10 tahun, Sha pun bila tengok blog balik, macam mana boleh sampai lama macam tu, haha.
Nina pun dah bertukar status, hiks :D
terima kasih..
Deleteha'ah... kdg terfikir biar betul kita bleh bertahan menulis smpi mcm ni hahaha
Selamat muncul kembali di dunia blogging, mbak Anies....
ReplyDeleteKemarin kemana saja Mbak ? sibuk melawan corona yah ? pantesan saja blognya banyak tumbuh rumput dimana - mana ...hahah.
Ohy, selamat ulang tahun yah buat blognya, saya tidak menyangka ternyata blog Mbak ini lebih tua umurnya dibandingkan blog saya yang dahulu. :)
Pokoke selamat ulang tahun buat blog kece badai ini . :)
terima kasih mas...
Deletemasih ada di sini. cuma sepanjang lockdown, focus lebih kepada tugasan harian. mood berblog pun sudah ke laut dalam. sekarang sudah dapat rentaknya mudah-mudahan...
Halo kakkkkkkk
ReplyDeleteYa Allah lama sekali baru muncul kembali. Kemana kah lama tak tulis post?
Eh bay the way, saya mau jadi bapak loh....
Hahahaha
terima kasih mas...
Deletekalau sudah dilanda kemalasan, beginilah yang terjadi. blog sudah dilupain hahahaha
tahniah! tahniah!!
Assalamu alaikum Cik, akhirnya hadir lagi dalam dunia BW Blog.
ReplyDeleteAlhamdulillah nampak sehat wal afiat dan penuh semangat.
waalaikumussalam terima kasih mas...alhamdulillah saya di sini sihat dan baik2 sahaja... sibuk juga buat BW sampai demam2 hahahaha
Deletewah selamat ultah ngeblog ke-10 kak
ReplyDeleteTahniah
seronok bisa berjumpa dengan blog kakak
banyak sekali ya pengalaman kegiatan blognya
semoga tetap semangat menulis ya kak
salam kenal
terima kasih, mas
Deleteinsya allah mudah-mudahan...
Orang Minangkah Kak.. Euh.. Knp tak cakap nak balik Minang.
ReplyDeleteMampir ke Solok. Hhh
saya orang malaysia, mas... kami jalan2 ke Padang sj
DeleteHappy 10th blogversary buat Mem Anies! 😎👍🏻✨
ReplyDeletetq cik suerin ;-)
DeleteAssalamualaikum....hallo kak,saya Sinta Febrianza salam dari indonesia. Indah sekali saya lihat tempat2 disana,saya sudah buka blog lama to baru aktif lagi. Do'a kan sesama kita sukses kak. Aamiin 😇 bila berkenan follow blog saya, Terimakasih.
ReplyDeletewsalam Sinta👍ya kita sama2 berjaya aminnnn😊😊
DeleteSudah lama tidak mampir ke blog ini, baru aktif kembali buat artikel ya. Sukses selalu untuk blog ini dan tetap rajin travelling setelah pandemi berakhir
ReplyDeleteharap2 begitulah, mas...
DeleteRindu tak alang kepalang lah sama tuan Tanah yang cantek nihh...senanglah rasa melihat foto2 kenangan di atas.
ReplyDeleteAlhamdulillah, sudah datang berkunjung, dan sudah ada postingan baru.
Selamat beraktifitas lagi, dan Selamat sudah mencecah 10 tahun blogging!
terima kasi mbak👍😊 mudah2an aminnn
Deletehii everything!!!! selamat ulang tahun ke 10 buat blog anies yea, buat anies juga. semoga terus rajin menulis 😁 saya pun dah lebih 10 thn menulis blog, sempat berhenti 4 5 tahun sebab sibuk uruskan anak. hanya kembali 2 3 tahun kebelakangan ni. take care!
ReplyDeleteterima kasih byk2... tahniah juga utk shirven sbb bertahan smpi sekarang
Deletekeep on blogging ya ;-0
Uwaaaa. 10 tahun blogging. Hehe teringat dulu saya mula2 kenal blog 10 tahun lalu. Hehe selamat kembali sister anies 😁😁
ReplyDeletehehehe ya betul terima kasih Silah😊😊
DeleteWahhh samalah tahun dah masuk 10 tahun blogging cuma bulan 8 baru ngam2 dah 10 tahun hehe
ReplyDeletewahhh sebaya rupanya kita😆😆
DeleteTidak terasa blog mbak Anies sudah berusia 10 tahun ya, sebuah waktu yang cukup lama. Semoga makin semangat kedepannya mbak Anies.😄
ReplyDeleteterima kasih mas agus😀😀
DeleteAssalamualaikum...blogwalking from Indon to Malay
ReplyDeleteOh My God... 10 years
Tahniah...i wish you keep posting
:)
wsalam
Deletethank u Dr.😊👍
ccongrats. dah 10 tahun dah ye.. kejap je masa. blog mmg susah nak tinggal. akak blasah je pun apa2 lah boh dalam blog. ikut suka hati kita kan. hehehehe..
ReplyDeleteakak lebih time sikit je dari awak. 13 tahun kot. mula dgn blog yang memula buat. cuma kita ni bila lah nak dating agaknya.
terima kasih kak... tu laa belum ada rezeki utk kita bertentangan mata lg ;-)
DeleteWow dah 10 tahun.. Yang indah.., banyak nyer pi travel... Saya kenal anies pon sebab baca kisah anies oi travel kat korea... Sejak tue... Asyik dtg sini jew tgk aktiviti abies 😊🙋
ReplyDeleteThank you jugak selalu bagi souvenir kat kita 😘 hope one day will meet you in reality😍
Keep in writing dear👍👍
ye ke? terima kasih cik tim...btw sy belum smpi korea lg hehehe
DeleteYe ker... Ker saya salah org, 😂
DeleteApa apa pun keep write dear anies📝
x pe😊
DeleteHalooo mbaa 😊 udah 10 tahun ya.. wah jalan2 asik banget. Moga kabar baik sehat selalu di sana yaa. Ingin ikut jalan2 juga nih hehe
ReplyDeleteya mbak suci... terima kasih aminnnn
DeleteYeah!! Akhirnya.. Hye Anies..
ReplyDeleteHappy blogversarry..
Mengimbau kenangan sunguh-sungguh nie.. 😍😍
Banhak yang diperolehi dari aktiviti berblog nie ye Anies..
terima kasih sha
Deletemmg throw back habis habisan heheheh
Terdapat banyak kisah yang dicipta semasa menulis blog selama lebih kurang 10 tahun, banyak perjalanan dan momen yang mungkin tidak akan dilupakan. Kejayaan berterusan untuk blog ini, jangan lupa singgah di blog saya maka kita dapat berkongsi cerita bersama-sama, salam dari Indonesia.
ReplyDeletebak kata orang, suka duka dunia blogging...
Deleteorait, mas!
seronoknya dia banyak jalan2 .. selamat kembalii
ReplyDeleteterima kasih sudi komen ;-)
Deletebanyak n3 yg sangat menarik dibaca dlm blog anies
ReplyDeleteterima kasih kak pi
DeleteSudah lama juga ngeblognya
ReplyDeleteHampir sama dengan usia blog saya yang sudah sepuluh tahun juga
Pernah ke Jakarta dsn Bandung?
Wow asek sekali
terima kasih, mas😀😀😀
Deleteya bener... sy pernah ke jakarta n bandung pd 2013
tulah... belum ada rezeki nk bertentangan mata walaupun duduk dalam negara yg sama hahaha
ReplyDeleteWelcome back..moga terus berkarya 👏🏻💪🏼
ReplyDeleteterima kasih, cikgu ;-)
DeleteRetis la anies ni
ReplyDeletehahahahaha
Deleteowhhh ini aniesnya...baru bersua muka dengan pemilik blog...lately macam tak ada gambar muka anies dalam entry...selalunya gambar pemandangan dari mata anies aje..hihihi
ReplyDeleteke sebab 2 3 bulan tak jenguk blog anies ni? hahahah
hehehe... sbb utk tahun ni sy jarang menulis sbb tu x de gmbr hehehe
DeleteHalo,senior blogger kak Anies .. selamat ngeblog lagi dan rajin bewe kembali 🙂
ReplyDeleteWuiih lokasi foto-fotonya keren yang sudah pernah dijelajahi nih..
terima kasih, mas...
Deleteharap selalu mampir ke sini ya ;-)
Wah gak nyangka uda 10 menjadi blogger kak. Selamat ulang tahun nih blog-nya, semoga semakin wisata yang dikunjungi biar bisa jadi referensi saya :)
ReplyDeleteterima kasih, mas
Deleteinsya allah mudah-mudahan ada rezeki lagi dapat pergi jalan2 ;-)
Assalammualaikum. hi sis Anies. Yaya mai melawat ni...tu dia jarang updte pon sekali tepek bderet gambaq hehe.. cun
ReplyDeletewsalam hi... hehe bak kata org amik mood dulu😆
DeleteTakpe cuti 3 bulan, saya cuti blog tiga tahun hahaha, tetiba rindu nak blogging balik
ReplyDelete😊😊😊welcome back👍
DeleteAnda pasti blogger lama ya, pengikutnya banyak sekali, salam kenal ya, saya kesini karena ada komentar dari Anda. Semoga bisa terjalin silaturahim.
ReplyDeleteHappy blogversarry... :)
ya, mas... terima kasih ya mampir ke sini
Deletesemoga terus berblog =)
ReplyDeleteaminnnn
DeleteTahniah Anies.. Selamat Menyambut Ulangtahun berblog..
ReplyDeleteterima kasih, sis ;-)
DeleteGreat post dear!Photos are amazing !
ReplyDeletethank u elena😀😀
DeleteGlad to see you! Yay!
ReplyDeleteHappy blogversary! 10 years!
Photo-photo cantik yang menyimpan kenangan manis...
Senangnya sudah bisa tengok tuan tanah aktif di blog lagi..
thank u evi
Deleteharap2 begitulah😀😀
You are very welcome :)
DeleteH&K ;-)
DeleteHa! ini kali ketiga Mrs. A singgah komen sebelum ni tak masuk sebab masalah browser Mrs. A ni.
ReplyDeleteHappy blogversary Anies dah sedekadlah kiranya kan...
Seronoknya tengok gambar-gambar throwback Anies tu. Mrs. A pun rasa yang sama jugak suka blog lagi daripada lain-lain socmed yang ada.
oo ye ke? harap2 nya bkn masalah besar...
Deleteterima kasih, sis... nmpk nya kite geng laa haha
Feliz aniversario y me alegra leerte de nuevo
ReplyDeletemucha gracias mi amiga!
DeleteAnies is great speaking Spanish :)
DeleteSalute!
hahahahah
Deletewahhh dah 1 dekad blogging...
ReplyDeleteya, sis ;-)
DeleteHappy birthday blog kak Anies!!
ReplyDelete.
Awesome-nyaa dah blogging 10 tahun. Ngeeeeeeee inspirasi betul lah kak Anies ni :') Tahniah tau sebab tak give up... Hana dah banyak kali rasa nak stop blogging :')
.
Oh ya, happy come back ^_^
terima kasih hana...
Deleteakk pun dulu mcm tu juga... tp syg sbb dah separuh jln kena jg hadap wpn selalu dilanda kemalasan hehehhe
Wah sudah 10 tahun... selamat ya. mudah-mudahan makin rajin nulis di blog
ReplyDeleteya, mas harap2 begitulah ;-)
DeleteSalam kenal mbak...
ReplyDeleteya, salam kenal dari KL ;-)
Deletehello akak. the pics are so pretty and the flowers' too aesthetic!! ❤️🌻
ReplyDeletehi izzati👍👍👍 thank you😊
DeleteAssalamualaikum.waa seronoknya banyak aktiviti....
ReplyDeletewsalam terima kasih ;-)
Deletewahhhhh best nya baca throwback semua ni..... sukasukasuka
ReplyDeleteterima kasih datin ;-)
Deletelama rupanya kita dah blogging. i started in 2008. hihihi
ReplyDeletedia lg otai hehehe
Deletesatu dekad yg penuh dgn warna-warni. selamat ulang tahun blog yg ke 10...
ReplyDeleteterima kasih, cikgu ;-)
DeleteBunganya bagus banget ... sama itu SAMPAN (Perahu) mengingatkan tempat Simbah yang kalau musim penghujan Sawahnya Banjir
ReplyDeletetapi sampan ini digunakan untuk bawa visitors😊
Deletewow banyaknya tempat anies jalan-jalan
ReplyDeletegmbr je yg byk tmpt x byk pun hehehe
DeleteHALO MBAK! Sudah lama tak jumpa. Selamat ulang tahun buat blognya yang ke-10 ya mbak! Udah senior nih di dunia blogging hehe. Ulang tahun blognya sama juga bulannya sama blog saya hehe.
ReplyDeleteMakin semangat ngeblog ya mbaak!! Kutunggu tulisan-tulisan barunya mbak :D.
terima kasih, mas
Deleteharap-harap begitulah. sekarang mau cari momentum untuk kembali bersemangat ;-)
wah...sudah cecah 10 tahun usia blog ini...
ReplyDeletememang otai juga..kalau simpan duit memang banyak juga tu..
namun dalam artikel ini sudah berani show off diri berbanding sebelum ini..
tahniah diucapkan
tu la diam x diam...
Deletekdg2 kita kena berubah jg... seiring dgn masa...haaaa gituuuu
Welcome back!! Saya pun baru je kembali update blog selepas 4 tahun saya tinggalkan.
ReplyDeleteterima kasih cik TK jomlah kite kembali bersemangat💪💪
Delete....
ReplyDeleteya? ;-)
DeleteHallo Kak Anies, how are you? sepertinya lama sekali saya tidak BW blognya kak Anies,
ReplyDeleteWah senangnya kak Anies pernah winter trip, itu salah satu impian saya, mudah2an suatu saat nanti tercapai hehehe
terima kasih mampir ke sini, ibuk meta...
Deletemudah2an ada rezekinya aminnn
dah 10 tahun kjap je rasa kan....mcm mcm cerita ada....
ReplyDeletetu laaa...sy pn x tau apa laa yg sy merepek spnjg 10 thn ni hahaha
DeleteBanyaknya cerita pasal I... Malulah. Hehe
ReplyDeletesuke lettewww
DeleteHappy anniversary, and I wish you many more years of blogging
ReplyDeleteank you, narja ;-)
DeleteSeronoknya tengok gambar2 throwback 10 tahun, happy blogversary Anies. Saya sebulan tak update blog. Patutkah buat comeback post macamni jugak? Ececeh..
ReplyDeleteterima kasih
Deleteeh sila2! tp tggu sy ketuk pintu ya hehehe
Alhamdulillah, tahniah Anies. Semoga silaturrahim berblogging sentiasa beroleh keberkatan dan berpanjangan buat kita semua.. aamiin2 :)
ReplyDeleteterima kasih😊aminnn
DeleteTahniah Anies... Selamat ulangtahun ke 10 buat blog aniesandyou
ReplyDeleteterima kasih zumal😊😊
DeleteHappy 10th years blog anies. teruskan berblogging dan terus maju.
ReplyDeleteterima kasih ;-) insya allah aminnnn
Deletewow tahniah blog dah 10 tahun dan entri lebih 1000 dah... tentu banyak kenangan dan banyak perkara yang dah ditulis tu..
ReplyDeleteblog saya pun baru je 10 tahun september lepas tapi tak sampai 1000 pon lg post hahah
harap terus bersemangat
come on keep on blogging👍
Deletewahhh akak tahniah2 !! semoga terus berkongsi cerita2 perjalanan akak ya..
ReplyDeleteterima kasih ct😊 insya allah
DeleteTahniah Anies dear, semoga terus blogging 10 thn lagi. Saya rasa Anies mmg rajin menulis, bukan hanya sebab karier 'seiring'.
ReplyDeleteterima kasih 😊 hrp2 begitu la hendaknya
Delete10 tahun berblogging. lama tu. Happy 10 year blogging kak. :D
ReplyDeleteterima kasih😊😊
DeleteHai, saya datang dari masa depan 😄😆
ReplyDeleteHappy 10th anniversary!