Pages

Wednesday, 12 April 2017

Luzern | Altstadt Hotel Krone

✿...السلام عليكم✿

Bersambung dari SINI.

sebaik sampai je kat jeti Tasik Luzern, kami terus ke hotel memandangkan cuaca / suasana pun dah gelap walaupun masa tu baru je pukul 6 petang. kami pun tak singgah mana2 lagi sebab cuaca dah terasa teramatttt sejuk dan dalam kepala cuma nak 'heater' je...

sepanjang jalan ke hotel (lebih kurang 15 minit jalan kaki dari jeti Tasik Luzern), memang tergerak dalam hati nak ambil gambar kat sini...


... tapi tangan macam dah tak mampu nak keluar dari poket kerana kesejukan... jadinya, anies just tengok je laa... Farah, Nurul and Dania sure ada snap kot gambar Chapel Bridge ni... tak pe laa... tak de gambar bukan bermakna tak pernah sampai kan? pujuk hati sendiri


setiba di hotel, kami disambut receptionist perempuan. oleh kerana kami dah check in siap-siap, maka dia pun terus serahkan kunci berserta 2 kupon free untuk naik bas sekitar Luzern dan (kupon) cenderahati dari kedai berhampiran...

okey... jom kita skodeng keadaan dalam hotel ni...

benda pertama yang kami tengok dulu bila masuk bilik hotel... of coz laaa bilik air... nak tengok ada bau ke tak... ada air ke tak.... hah... bukan cerewet tapi kena laa check bagai kan... kalau ada 'macam2 masalah' haruslah kita minta tukarkan bilik... am i rite? kita  bukan stay kat sini FOC... overall, bilik air hotel ni memang superb bersih. air laju. semua toiletries lengkap termasuklah towel...

katil kami... kami booked 1 bilik 4 katil. harganya korang boleh laa tengok kat agoda ke, booking ke... sebab harga hotel ni kan selalu berubah2... untuk bilik ni, kalau tak silap kami dapat dalam RM500++...

antara kemudahan yang disediakan dalam bilik... macam biasa, tv tu jadi pak pacak je... nak tengok siaran pun bukannya faham pun 😁😁😁

almari dan segala perkakas lain turut disediakan...

Wi-Fi dalam hotel ni memang bedesuppp.. kami siap buat WA video call masa tu pada hal kat Malaysia dalam kol 3 pagi... hahaha... nasib laa...

nak tunjuk nombor bilik kami sebenarnya... terblur plak... kami ditempatkan di tingkat 2, bilik nombor 4... tu maksud 24 sebenarnya...

apa yang anies suka pasal hotel ni? ni... 👆👆 bantal, tilam and comforter dia yang SANGATTTTTTTTTTTTTTTTTT BESTTTTTTTTTTTTT!!! serius! memang best! lembut, selesa, tak de bau (of coz) dan dalam suasana sejuk tu (entah sapa laa pegi bukak tingkap) bila berkubang dalam comforter tu tak terasa langsung kesejukan yang mencengkam... serius... bestttt sangat. kalau luggage kosong, mau anies angkut bantal tu bawa balik Malaysia 😀😀😀😀😀 Farah pun cakap memang selesa tilam bantal dia... disebabkan terlalu selesa dan empuk, dalam pukul 8pm++ (waktu Swiss) anies dah melayang ke awan biru 🆉🆉🆉🆉🆉...


lif hotel ni comel je muat dalam 3 orang je gitu...

deko hotel yang simple...

suasana depan hotel. masa snap gambar ni, kami tengah bersiap2 nak berangkat. dalam pukul 6.30 pagi kalau tak silap...

anies suka sangat kawasan ni... sekelilingnya hotel dan kedai2 / butik2... entah kenapa bila tengok kawasan ni, otak otomatik teringat Bukit Tinggi 😊😊😊

awal pagi... hanya hotel je yang terang benderang...

hotel kami... dari bahagian depan... sorry...gambar parkinson... sebab sejukkkkk

okey, yang ni pulak resto hotel.... kecil tapi cosy sangat...

antara menu yang dihidangkan pagi tu... yang rasa macam tak berapa nak halal tu... tengok je laa... tapi ni separuh je tau... kat meja lain pulak, penuh dengan pelbagai jenis pastry dan roti... terus perut berkeroncong bila tengok dan terbau roti2 yang nampak sedap tu...

ni sarapan anies untuk pagi tu... ikutkan hati nak je ambil nutella mini tu banyak2... nak buat stok... sebab anies ada juga bawa biskut dari rumah. so, dah ada nutella memang sedap makan time sejuk2 ni...

ni teksi yang akan bawa kami ke Luzern Bahnhof... Mercedes ko!! silalah percaya. tambang? kalau tak silap dalam €7. bagus driver ni. tak sampai 10 minit pihak hotel call, dia dah sampai tepat pukul 7 pagi depan hotel dan siap tolong angkatkan luggage. terbaikkkk!!!

 😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭 sedihnya nak tinggalkan bumi Swiss ni... masa nak tinggalkan Paris pun tak terasa berat macam ni... 

bye-bye Luzern... bye-bye Switzerland.... insya Allah panjang umur dan murah rezeki, kita ketemu lagi... dan kepada kawan2 yang berhasrat nak ke Luzern, personally, anies SANGAT2 RECOMMEND kan hotel ni... FYI, hotel di Swiss agak mahal, so, bila dah bayar mahal2 tu, apa salahnya 'lebur' kat tempat yang best... memang tak rugi...

okey... tu je dulu... anies belum habis BW lagi... yang belum singgah tu... sabar ya...

daaa...


to be continued... 

61 comments:

  1. bla la blh sampai ke sana jgk..huhu..baca pn dah terasa best..:)

    ReplyDelete
  2. Wahh...Anies dapat naik keta Mercedes gitu...hihi

    ReplyDelete
  3. Terserlah kegebuan tilam dia...Dalam gamba pun rasa macam, Ya Allah sedapnya kalau dapat baring..==

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu laa... knape laa xde tilam cm tu kt mesia😊

      Delete
  4. lamaaaaaa xdtg melawat sini... wahhh anies p swiss ke.. bestnya..

    ReplyDelete
  5. berkongsi bilik tak rasa sgt kemahalannya kan...hihi.

    ReplyDelete
  6. Memang harus cek toilet dulu kan.
    betul kata anis tu, Dah alang-alang sampai sana, duit pun dah keluar banyak leburkan aje kat tempat yang best ni. barulah puas hati.

    ReplyDelete
    Replies
    1. lg pun bkn selalu kan kak kita ke sini...sesekali tu boleh laa ;-)

      Delete
  7. Okay sangat hotel macam ni, terserlah bersih dan selesanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. part tu yg mmg kita cari kan kalu nk menginap ni

      Delete
  8. SELESA SEKALI HOTELYA UTK BEREHAT LELAPKAN MATA

    ReplyDelete
  9. cantiknye view....suka la nutela kecik tu...handy kan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg pun... msk beg x sedar smpi kena kamera ;-) coklat tumpah

      Delete
  10. Fuh memang cantik tasik tu...permandangan dia...kalau bawa kamera DSLR memang terbaik

    ReplyDelete
  11. Bagus ada hotel macam ni...kongsi2 murah la sikit kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalu berkongsi mmg terasa jimat... kalu sorang idok ler ;-)

      Delete
  12. Ramai kata servis di negara luar memang hebat

    ReplyDelete
    Replies
    1. x semua... tp sy puji hospitaliti di swiss ni. mmg tip top

      Delete
  13. nmpak macam mewah je.. hahaha

    ReplyDelete
  14. assalamualikum anies ... lama dah tak singgah sini :)

    ReplyDelete
  15. kemas dan luas bilik hotel ni :)

    ReplyDelete
  16. Cantik n bsr jgk bilik hotel tu.. tasik tu cantiknya

    ReplyDelete
  17. hah, nnt kalu sggh luzern, booked hotel ni ya cik epal ;-)

    ReplyDelete
  18. Lepas penat berjalan..mesti syok dapat landing kat tilam gebus macam tu

    ReplyDelete
  19. wah.. selesanya.. coklat tu pun memang ada dlm hotel yer.. Oh ya.. jemput join GA Fiza http://ourmemoria.blogspot.my/2017/04/giveaway-dior-miniature-perfume-mini-by.html

    ReplyDelete
  20. Bilik tu nampak sangat selesa, kalau zumal mungkin lekat kat bilik jaa

    ReplyDelete
  21. Okay kalau bantal dia dengan comforter selesa, memang tak sia-sia la book hotel tu!
    Kalau waktu sejuk + katil selesa rasa macam tak nak bangun terus dari tempat tidur haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu laa terasa sgt2 berbaloi2 rs nk repeat je x nk kuar2 hotel hahaha

      Delete
  22. selesanya bilik diaa! ni tidur xsedar diri ni.. empuk sgt bantal n tilam tu

    ReplyDelete
  23. lif tu sekali pandang x macam lif 😂

    ReplyDelete
  24. Tak pernah sampai swiss lagi.. tak taulah bila boleh sampai haha.. tengok bilik tu pun nampak cosy.. selesa.. tidur selimut habis2an... perghhh! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaa syg nyer ms study kt uk x dan ke nk ke swiss?

      Delete
  25. Memang nampak gebu gebas tilam dia tu.. hehehe

    ReplyDelete
  26. semoga sampailah budak huda ni ke swiss satu hari nanti.

    insya Allah.

    aameen

    ReplyDelete
  27. sukanya tgk deco bilik ni.. kemain lawa dengan crown. janji toilet bersihhh dan selesa

    ReplyDelete
  28. teksi tu haha best kalau dpt drive pusing luzern

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆