Pages

Friday, 7 April 2017

Luzern | Rigi Kaltbad ke Weggis dengan cable car

✿...السلام عليكم✿

Almost 2 weeks tak bersiaran... aduhhh... rasa blank terus otak ni nak menaip... bukan tak ada idea tapi nak memulakan kan...aduyaiii...

masuk penghujung bulan 3 dan bulan 4, kerja2 hakiki semakin bertambah. yang sedia maklum... ya betul tekaan yu ols... semuanya kerana KLIBF @ PWTC yang bakal berlangsung pada penghujung bulan ni. makanya, ia bukan suatu perkara pelik kalau tiap2 minggu kena OT...

okey laa... tu tadi pasal kerja... yang ni pulak pasal cerita jalan2 yang tak habis lagi... btw, entry hari ni adalah kesinambungan daripada entry INI ya! silalah klik... jangan malu2 ya...

ops! sebelum terlupa... sesi2 BW akan anies buat esok ya... so mana2 blog yang belum anies tinggalkan jejak tu termasuklah menjawab segala pertanyaan, sabaq no... insya Allah pasti anies akan respons ASAP ya...

sengaja anies up kan map ni untuk bagi korang jelas tentang cuti2 kami kat Luzern ni. seperti yang anies beritahu sebelum ni, kami bertolak dari Vitznau dan terus ke Rigi Kulm dengan cogwheel berwarna merah. bila nak turun, kami akan naik cogwheel merah sekali lagi dan berhenti di Rigi Kaltbad. di sini, kami akan naik cable car dan turun di Weggis. kemudian, kami akan naik semula cruise di Weggis dan terus ke bandar Luzern. so, ada faham matcha? baiyya?? kalau tak faham, boleh drop soalan kat kotak komen ya... credit image.

ni laa ghuper cable car yang anies naik tu... credit image hari tu tak sempat nak snap sebab kejar masa... tambah pulak ramai pulak umat manusia masa tu...

masa ni dah sampai Rigi Kaltbad. FYI, cuma anies sorang je yang naik cable car ni. sebabnya, masa tu Farah kurang sihat so dia tak jadi naik cable car and proceed to Vitznau dengan cogwheel bersama2 Nurul dan Dania. si Dania pulak sebab gayat... so dia tak nak ikut anies...

ni kawasan sekitar Rigi Kaltbad. kat sini juga ada kolam air panas. tapi tak kan laa anies nak snap kan... karang ada yang terjojol biji mata hehehe tak mo nak tanggung dosa korang... 

dari pemerhatian anies, ramai pemain ski stop kat sini. barangkala, kawasan berdekatan Rigi Kaltbad ni ada lapangan ski kot...kecik, besar, tua, muda... semua relaks je dengan peralatan ski diorang bawa masuk cable car... mana tak sardin dibuatnya....

keluar dari pintu kaca tu, terus turun tangga menuju ke stesen cable car. oleh kerana kena balik sorang2, so anies ikut je mana2 orang yang akan menuju ke setesn cable car. jauh juga jaraknya...

dah selamat naik cable car dan lepas tu... mata tak putus2 tengok view yang superbbb cantikkkk

macam anies beritau sebelum ni... yang berkabus tu bukan salji ya tapi awan...

tempoh yang diambil untuk turun ke Weggis dengan cable car ni kalau tak silap... lebih kurang 30 minit... harga tiket cable car ni dah termasuk dengan harga cruise dan cogwheel...

kalau bukan winter, tentu lagi cantik agaknya view kat sini....

bila cable car semakin menghampiri 'awan' tebal...

suasana terus berubah bila 'masuk dalam awan...' terasa kesejukannya masa ni....

dari jauh dah nampak Tasik Luzern... 


hamparan salji yang memutih... bahagianya kalau dapat golek2... 

oh ya... ada yang tanya, tak golek2 ke atas salji tu? tak buat snowman ke? okey, ni jawapan anies. kalau ikutkan hati memang nak je buat semua tu... tapi.. hah... ada tapinya... jaket dan seluar yang anies pakai masa tu tak kalis air. so once kalau dah kena salji, of coz akan basah. bila dah basah, susah akan kering. bila susah nak kering, sejuk sedia ada akan terus mencengkam... so, sebab ni kali pertama, anies tak nak laa amik risiko... insya Allah, lepas ni kalau ada rezeki... bukan takat golek2 je, kuak lentang, gaya bebas... hahh... semua akan anies buat 😁😁😁😁😁

sampai dah kat jeti Weggis. oh ya... jarak dari stesen cable car ke jeti Weggis ni agak jauh juga. lepas tu kena lalu celah2 rumah orang. tak cukup dengan tu, jalan2nya semua menurun bukit. so, dengan permukaan jalan yang licin (salji), korang memang kena extra careful. masa ni, anies dah tak fikir semua dah... tau nak sampai jeti cepat sebab tak nak kena tinggal dengan cruise... 

seperkara lagi, kalau korang nak ke Rigi Kulm dari jeti Weggis - cable car- Rigi Kaltbad pun boleh... tapi kena mendaki sikit laa... (bukan sikit... banyakkk sebenarnya) then naik cogwheel merah atau biru, terus ke Rigi Kulm... faham tak ni? kalau tak faham, boleh drop soalan kat bawah ya...

Alhamdulillah, cruise sampai tepat pukul 5.30 petang. Farah, Nurul dan Dania dah ada daa dalam cruise tu sambil layan kopi. mmm... kalau tak silap,. ni adalah cruise terakhir untuk hari tu. so kalau lambat memang korang akan menangis berguling2 laa kat situ 😁😁😁 tak laa... sebenarnya ada je bas yang berhenti kat jeti Weggis tu. tapi make sure bas tu menuju ke bandar Luzern. kalau tak, pepandai laa korang ya....

okey... tamat laa sudah cerita kami di Mt. Rigi. yap... sedih sangat nak tinggalkan tempat ni... rasa macam tak cukup... ya memang tak cukup tapi kami kena akur dengan masa... insya Allah, ada rezeki pasti kami akan datang lagi... so, dengan pertanyaan...


SAPA NAK IKUT??? 😉😉😉😉

to be continued...

52 comments:

  1. wah bestnyeeee nk kepal2 snow gak hehe

    ReplyDelete
  2. Nakkk!
    View dia memang superbb subhanallah! Kalau saya ada kat sana mesti dah teman akak naik cable car tuu. Hihi

    ReplyDelete
  3. View masa naik cable car. Subhanallah. Cantik sangat 😍

    Siqah nak ikut! Nak! Nak! 😬

    ReplyDelete
  4. Subhanallah!! cantiknya pemandangan dia. Saya suka gambar yang atas cable car tu. Cantiknyaaaa.
    serius tengok gambar tu banyak kali huaaaa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalu tgk dgn mata sendiri lg laa plak syed... speechless

      Delete
  5. WAH MERASA ANIES NAIK CABLE CAR MEMBELAH AWAN SEJUK..PNGALAMN MNRIK TU.

    ReplyDelete
  6. Subhanallah... cantik betul pemandangan dari cable car tu Anies... awan tu... Allah 😍😍😍

    ReplyDelete
  7. Hehe.. Seru tampaknya kakak.. Oh iya kak jangan lupa kunjungi situsku yah kak, saya update artikel terbaru kakak tentang : Apa itu Blog Zombie. terima kasih kakak.. jangan lupa mampir yah kak ^_^

    ReplyDelete
  8. ok, baru faham nape hang tak buat slide Gerrard kat salji tu. Haha. Cable car tu rugilah tak naik kan. Baguih hang ni. Aku kalau takde teman, idok le naik. Ketaq lutut

    ReplyDelete
    Replies
    1. mesti naik wpn tggl sorg sbb kalu x mmg rugi... bkn selalu kn g sini

      Delete
  9. cantiknya pemandangan awan kat bawah tu.

    ReplyDelete
  10. Then dalam cable car tu Anies seorang aje ke, ker ada orang lain?

    View super cantik?

    Bagi Mrs. A rugilah kalau tak merasa naik cable car tu, kalau Mrs. A pun gigih macam Anies gak tak kisahlah sorang pun soranglah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yap sy sorang je... terpaksa kuatkan hati... sbb kita bkn selalu kn dpt ke sini... ;-)

      Delete
  11. Kite nak ikut! Hehe
    Mcm takleh imagine la sejuk dia cmne. Huhu

    ReplyDelete
  12. Salam singgah sini anies...lama tak singgah kat blog anies ni...

    Bestnya ....tempat pun menarik ni...Nak Ikut juga..hihi...

    ReplyDelete
  13. Terima kasih anies bertanyakn khabar MD....

    ReplyDelete
  14. Ya Allah cantiknya pemandangan dia kat sini, kalau dapat pergi ni mesti rasa tak puas kan tengok dia punya view.

    ReplyDelete
    Replies
    1. superb cantik... kalu musim lain x tau laa cm ne cantiknya...

      Delete
  15. saya faham kerja hakiki sangat penting..

    blogger ada kerja sendiri..boleh buat apabila ada kelapangan masa..

    ReplyDelete
  16. kalau cik nor kna tggl confirm nangis stu..xthu wat apa dah..haha

    ReplyDelete
  17. catiknya view ... tapi kalau sendiri yang naik gayat lah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau gayat mmg rugi laa x dpt tgk view cantik...tp nak wat cm ne kannnn... ;-)

      Delete
  18. Sama lah dgn lya,,sibuk dgn kerja, khidupan n kesihatan..x smpat nk update blog bagai...


    Serius cantik sgt permandangan..untung anies,, dpt rasai pgalaman salji mcm ni..kagum dgn kebesaranNya

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah lya... pengalaman mungkin utk sekali seumur hidup ;-)

      Delete
  19. sejuknya aniss.. view pun cantikk!

    ReplyDelete
  20. Awww, sayangnya. Kalau pakaian Anies kalis air, dah kuak lentang di hamparan salji tu ⛄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yoga, gimnastik, silat gayung pun no hal lah... hahaha

      Delete
  21. masyaAllah ;)
    indahnya ciptaanMu

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆