Pages

Monday, 17 April 2017

Köln | Wilkommen in Bundesrepublik Deutschland

✿...السلام عليكم✿

Bersambung dari SINI.

Alhamdulillah... akhirnya dapat juga kami menjejakkan kaki di bumi Adolf Hitler ni... barangkali ada yang dah tau dan mungkin juga ada yang tak tau... Deutschland or Germany ni adalah salah satu negara favourite anies. bukan setakat masa World Cup je yaaa... dan juga bukan kerana Didi Hamann... dan memang dari dulu menyimpan hasrat untuk ke sini dan... (berapa banyak 'dan' laa...)

Alhamdulillah... pada tarikh 26 Januari 2017... DIA kabulkan juga hasrat dan doa...

kalau nak ikut itinerary kami yang mula2 dulu, Deutschland ni tak termasuk pun negara yang bakal kami singgah...

kami cadang nak naik flight je dari Switzerland ke dot dot dot... tambang flight pun dapat murah... tapi masa bincang dengan Farah, macam2 cara anies buat supaya Farah bersetuju untuk singgah di mana2 negeri dalam Germany ni.

mula2 Frankfurt... tapi pastu tak jadi... tak putus asa, anies study lagi sampai laa dapat idea nak singgah di Köln atau nama manja dia Cologne ni.

Alhamdulillah... few weeks before travel, Farah pun bersetuju untuk singgah di negeri yang......... nak kata popular sangat tak juga... nak kata hebat sangat pun tak juga... tapi disebabkan satu benda ni (nanti anies share), akhirnya Farah setuju... Alhamdulillah...

walaupun tak cakap pun dengan Farah yang anies memang bersungguh2 nak singgah Germany ni tapi bila dia dah bersetuju tu, dah cukup syukur... terima kasih Farah!

okey, berbalik kepada cerita asal...

dari Luzern Bahnhof kami naik train terus ke Bahnhof Basel SBB. macam yang anies beritahu sebelum ni kat SINI, Bahnhof Basel SBB ni adalah main station yang menghubungkan Swiss dan Germany serta Swiss dan France... kira macam stesen transit laa...

di sini, kami cuma tukar keretapi je. tak lama pun. dan keretapi yang kami naik ni akan berhenti di beberapa stesen utama dan akan berakhir di Köln. so, tak payahlah nak risau turun kat mana, berhenti kat mana sebab kami dah tau stesen yang terakhir sekali adalah Köln Hauptbahnhof.

kita bercerita dengan gambar laa ya!

tiket kami. kalau tak silap Farah beli online kat SINI. simpan elok2 sebab otw, train inspector akan check tiket. kat tiket ni juga ada info penting seperti nombor platform (Gleis). harga tiket juga tertera (Preis) kat situ. yang ni, harga utuk 4 orang ya...

bahagian depan Luzern Bahnhof. masa ni awal pagi. dalam pukul 7. suasana nampak macam busy... almaklum laa... orang nak pergi kerja kan...

ni laa train yang akan bawa kami ke Köln. ICE 200 train namanya... perjalanan dari Basel ke Köln memakan masa lebih kurang 3 jam 50 minit...

suasana dalam ICE 200 train. yang ni gerabak biasa. gerabak 1 class lagi best kot. tak pe laa... yang penting Wi-Fi okey... kami siap buat video / WA call lagi sepanjang perjalanan...

boleh nampak ke tak tulisan warna merah tu? ia memaparkan stesen-stesen yang akan kami lalui / singgah sebelum sampai di stesen terakhir di Köln. 

keretapi perlahan-lahan meninggalkan bandar Basel... bye-bye Basel... bye-bye Swiss...

ada yang tanya dan tak kurang juga yang prihatin... "tak penat ke turun naik train ni?" jawapan kami, "tak laa... lagi selesa sebenarnya naik train ni berbanding naik bas. tak de trafic light, tak de jammed... smooth je... yang penting, kami tak kena apa2 sekatan kastam / imigresen bila memasuki mana2 sempadan negara. (yap, anies tau nak masuk mana2 negara Europe ni tak perlu visa bagai tapi ikut kata mak cik anies yang pernah pergi Europe dengan travel agent sebelum ni, bila mana sampai di sempadan, bas mereka akan berhenti dan pegawai kastam akan memeriksa bas - berbanding keretapi, tak ada apa2 sekatan - straight to the station gituwww)

luggage kami yang sentiasa membuncit setiap kali berhenti di sesuatu negara... dah nama perempuan kan... mana boleh kalau tak shopping...😁😁😁😁😁

kalau tak silap, kawasan bersalji ni sebelum tiba di Frankfurt... tapi lepas tu kami dah tak nampak dah salji... namun begitu cuaca tetap mentennnn sejukkkk....

salah satu depot keretapi di Germany... tak ingat dah kat mana masa ni...

antara stesen keretapi (besar) yang kami lalui...

stesen keretapi kecil (luar bandar)

selpie seketui... muka banyak happy sebab dah sampai Germany akhirnya... yu huuuuuu...

Alhamdulillah... tepat pukul 1.05 tengah hari waktu Köln, kami pun sampai ke destinasi... bila tengok keliling, agak besar juga stesen ni... orang pun boleh tahan ramai juga...

okey laa... sampai sini dulu... insya allah, next entry anies akan cerita pasal 'drama' terbaru kami di Köln. 

blog2 yang belum sempat anies singgah tu, sabar ya... insya Allah pasti akan tiba....

daaa...

to be continued...

62 comments:

  1. Mesti bnyk kisah mnarik di German yg boleh dikongsi

    ReplyDelete
  2. Saya tunggu sambungan.
    Jangan tak sambung,
    Lagi banyak gambar lagi best. Beri gambar yg tak terdapat kat malaysia.

    ReplyDelete
  3. Train kat sana bukan bukan macam train Malaysia, kan.. So I bet memang lagi comfy travel by train when you're outside Malaysia.. XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Flavnesz,
      Train kat sana serupa lah dgn train kita.
      Train sana lari on rails, train sini merangkak atas rail. Train sana ada seat empuk, train sini ada jugak seat. Train sana ada jadual, tepat. Arival and departure shap.Train sini ada jadual tapi cannot be too sharp, nanti luka. Train kat sana penumpang beratur. Penumpang kita pun beratur ramai ramai secara berpusu pusu. Sama kan?

      Delete
    2. mmg x kan sm dgn malaysia... tp tetap selesa kalu banding dgn train kat mesir ;-)

      Delete
    3. saya nampak ada jg yg x beratur hehehe

      Delete
  4. Nak baca tajuk tu pun dah terbelit lidah. macam mane niii? Hahah

    ReplyDelete
  5. mesti sejuk musim winter ni kannn., ammvoii sonoknyer ;p

    ReplyDelete
  6. Wah, jauhnya Anies merantau yer...

    ReplyDelete
  7. again, tengok tajuk tu, nk baca pun susah.. hahaha

    ReplyDelete
  8. Allahu, best nye. I learnt everything about Germany. Their language, people and even culture. but, I never have a chance to go there yet. Have fun!

    ReplyDelete
    Replies
    1. insya allah 1 hari nnt pasti akan smpi punyaaa

      Delete
  9. Wahhhhhh ada satu bangunan tu nampak macam staircase lah anies bentuk dia!
    bangunan apa tu?

    Jemput join segmen pertama anjuran Seorang Syed
    https://anothersyed.blogspot.my/2017/04/segmen-seorang-syed-nak-bloglist.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak...xtau laa syed... tp yg pasti bangunan tu dlm bandar Basel insya allah.. akan join ;-

      Delete
  10. susahnya lah nak sebut nama tempat tu, macam nak terbelit lidah.

    ReplyDelete
  11. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  12. dah banyak duit saya pun nak melancong....saja nak ambil angin ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. xyah tggu duit byk ada rezeki pegi je... ;-)

      Delete
  13. bestnya dapat jalan merata ni. saya ni banyak lagi belum pegi

    ReplyDelete
    Replies
    1. insya allah 1 hari nnt pasti boleh tawan 1 dunia

      Delete
  14. Salam Khamis.Menyinggah bila ada kelapangan. wah seronoknyer ! jauh berjalan luas pandangan tambah ilmukan !

    ReplyDelete
  15. Selesanya train dia tempat duduk luas.

    ReplyDelete
  16. wahh best! mesti lagi banyak tempat menarik lagi pasni

    ReplyDelete
  17. Normallah kan kalau luggage tu membuncit 😉 Naik train ada kelebihannya, naik bus pun ada baiknya. Tapi utk elak sebarang jammed, better naik train kan 😄

    ReplyDelete
  18. kalau nak pegi europe, boleh refer kat blog anies laa.. details sume lengkap..

    ReplyDelete
  19. nampak cantik dalam train...siap ada meja lagi....German....

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan tu je. cafe pun ada jg tp sy x jengah pun ;-)

      Delete
  20. Anies....lama tak jumpa kat blog sampai dah ke oversea awak ye. Happy for awak 😙😙

    ReplyDelete
  21. Betul2 . Nadia pun agree . Memang if kita naik train dkt europe tak ada sekatan mcm kita nakk bus. Bestnyaaaa tgk Anies round europe . <3

    ReplyDelete
  22. bestnya dapat ke german, teringin juga. cantik city dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. pergilah... antara negara yg sesuai utk dilawati

      Delete
  23. Sayu pulak tengok suasana pagi tu.. sejuk.. teringat moment2 pagi klu di europe tu.. bestlah Anies hehe :)

    ReplyDelete
  24. Sistem pengangkutan di luar negara biasanya keretapi yang paling bagus, mudah, cepat, selesa. Bestnya!

    ReplyDelete
  25. biler sebut Jeman jew , otomatik teringat perang ... oh my minda ... but looks like a place must visit when have more money ;)

    ReplyDelete
  26. sy hy minat jersey world cup.

    germany and spain antara yang wajar collect setiap 4 tahun.

    aregntina pun dah ada...

    hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. 20 thn akn dtg bleh jual kt ebay dpt duit mai jerman ;-)

      Delete
  27. semoga sampailah budak huda tu satu hari nanti .
    insya Allah.

    aameen

    ReplyDelete
  28. rasa mcm dh baca tp tak komen.. hehehe. berjaya jugak korang masuk merata negara

    ReplyDelete
  29. kalau tak kerana world cup ni pon germany still fames ;)

    ReplyDelete
  30. German ini banyak memori buat saya dan suami 😁. Dulu kami berdua pernah ke liburan ke sini tapi hanya Berlin sayangnya. Suami pun dulu sekolah 4 tahun di Bonn, karena papa mama mertua pernah jadi diplomat di Bonn. Makanya pengen sangaat ajak anak2 untuk lihat kota di mana papinya pernah besar dulu 😄

    Memang kalau dah ke eropa ini, saya prefer by train kak. Untuk elak jam saja.

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆