✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Bersambung dari SINI.
lepas makan dan berkemas, kami pun keluar dan terus ke bus stop yang terletak tak jauh dari hotel.
bas awam kat sini lebih kurang sama je design nya dengan bas yang kami naik @ Thessaloniki...
bayar tambang kat mesin sebelah driver. boleh guna tunai atau kad (debit/kredit). psstt... tengoklah tu... budak berdua tu... kemain lagi! naik bas je pun. siap berspek bagai😂
dari dalam bas, dapatlah kami menikmati keindahan alam di kawasan luar bandar. yang best fasal winter ni, ketika siang langit membiru dan sangattttt cantik! Subhanallah!
ralit betul bila tengok pemandangan macam ni...
perjalanan lebih kurang 25 minit ni terasa sangat cepat. tahu tahu je kami dah sampai di:
Terminali Lindor | Autobusave
ia bermaksud, East Bus Terminal. masa sampai dari Greece, kami turun kat sini dan kami datang lagi ni sebab nak confirm kan tiket dan bas. kami tak nak daa kejadian kena scam tiket berulang (baca kat SINI & SINI).
kat Tiranë ni ada 2 stesen bas. dan ni salah satunya. kalau korang ke sini dengan bas or nak booking hotel berdekatan stesen bas, make sure check betul-betul lokasinya. stesen bas yang kami pergi ni, jaraknya agak jauh dari pusat bandar...
setiba di stesen, kami terus cari kaunter bas. lega bila tengok nama kaunter bas 'terpacak' kat situ. kami juga ambil kesempatan untuk tanya berkenaan ketibaan bas dan lain-lain. yang bagusnya staf tu fasih berbahasa Inggeris dan urusan kami jadi lebih lancar.
usai semua perkara, kami kembali naik bas untuk ke bandar. tapi di pertengahan jalan, kami turun sebab nak singgah masjid👇
nanti anies share fasal masjid👆 dalam entry akan datang....
dari masjid, kami jalan-jalan santai sambil menikmati ragam warga kota. disebabkan winter, seawal jam 4.30PM suasana dah beransur gelap.
kat Tiranë ni ada banyakkk tugu / patung didirikan. ia dibina sebagai penghargaan kepada tokoh-tokoh tempatan yang telah menyumbang (dalam pelbagai bidang) kepada Albania secara amnya. tapi tugu penyanyi Dua Lipa kami tak jumpa😁 mungkin ada tapi bukan kat area yang kami lalu...
jalan-jalan santai kami berakhir di Dataran Skanderberg, yakni lokasi di mana kami sambut tahun baharu 2026 pada malam sebelumnya (boleh baca kat SINI).
short video @ Dataran Skanderberg...
well, tu je laa perkongsian jalan-jalan @ Tiranë untuk minggu ni.
p/s mem besar ko cuti!


.jpg)
.jpg)

.jpg)
.jpg)
Lovely photos. It does help when staff can communicate in a language that can be understood.
ReplyDeleteberjalan-jalan di bandar tirane menikmati suasana winter mesti gigil kedinginan
ReplyDeleteSome bloggers often leaves out the raw, unspoken frustrations of traveling, so I really appreciate how honest you are about your experience. It’s those candid details that make your posts feel so real and unique. I'm so sorry you had to deal with that unfortunate moment, but I'm glad it didn't ruin the trip—those places look absolutely gorgeous.
ReplyDeleteBaik beringat sebelum terkena scam dgn bas sekali lagi kan. Wah, ada tugu Dua Lipa jugak ye? Bayangkan negara kita ni buat tugu Dato' CT 😅
ReplyDeleteCantiknya pemandangan pokok dengan dedaun kering gitu. Ni penghujung musim luruh nak masuk winter ya?
ReplyDeleteSeronoknya Anies malam tahun baru di tempat asing.
Ala. time kat negara oranglah kita nak melaram sikit kan. Terang cerah cuacanya. Langit membiru, cantik permandangannya. Nampak macam bukan kawasan yang sibuk sangat. Awal betul gelap kat sana ye. Seronoklah enjoy naik bas dan layan permandangan. Okay kita tunggu entry masjid tu. Besar betul masjidnya.
ReplyDeleteSelamat cuti mem!
Bagusnya staf situ fluent English, lega sikit nak urus transport kat Tirana. Perjalanan ke masjid dari stesen bas tu ambil masa lama tak kalau naik public transport?
ReplyDeleteKalau view macam tu travel sejam pun takpe kan?
ReplyDeletebila g nya..thu2 keluar cerita
ReplyDeleteFoi um lindo passeio, desejo uma ótima sexta-feira bjs.
ReplyDeleteSilaaau kak 😂.JD wajib lah pakai SPECS 😅
ReplyDeleteBagus juga make sure dulu sebelum berangkat esok. Drpd terjadi lagi drama kan 😂. Sport jantung dibuat
ReplyDeleteDulu papa mertua pas duty ke Albania , dia cerita negara ini cantiiik. Memang teringin nak kesana. Nantilah saat target Negara2 anti-mainstream saya dah achieve, baru ke sana
ReplyDeleteSukaaa sangat dengan Negara2 yg punya banyak patung begini. Saya suka melihat bentuk dan pahatannya. Indonesia pun banyak patung. Apalagi zaman presiden Soekarno, dia sukaaa membuat patung di mana2. Makanya JKT penuh patung besar2 dan berseni
ReplyDeleteLindas fotos. Te mando un beso.
ReplyDeleteMacamana ye penerimaan orang Albania bila tengok orang pakai tudung macam kita ni? Ada islamophobia tak dekat sana? Sbb nampak Anies & friends enjoy freely dekat sana
ReplyDeleteDeus caritas est!
ReplyDeletelangit time winter memang cantik, membiru je takde awan.
ReplyDeletemasjid tu mesti ada pengaruh ottoman kan, sebab macam blue mosque turkiye.
laah dua lipa orang albanian ekk. kenapa saya ingat sepanyol hahaha
Thank you! Deus caritas est!
ReplyDeleteSubhanallah, cantik betul langit membiru time winter kat Tiranë tu Anies! Memang betul-betul langkah bijak pi double check tiket kat Terminali Lindor tu, sekurang-kurangnya tak ada la drama kena scam lagi. Tak sabar nak tunggu entry pasal masjid tu nanti!
ReplyDeleteThank you!
ReplyDeleteSenang kan kalau staff pandai berbahasa Ingeeris. Travel time winter best sebab sejuk tapi tu lah waktu siang sekejap kan
ReplyDelete