Pages

Wednesday, 9 September 2026

Jadi kontingen perbarisan sempena Hari Kebangsaan ke-69

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Pertama sekali, nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada pihak Corporate Comm. Dept. yang sudi memilih anies sebagai (satu daripada) kontingen syarikat sempena acara perbarisan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos lepas.

secara peribadi, banyak perkara anies pelajari daripada pengalaman ni. dari hari pertama kami berlatih sama-sama sampailah ke hari terakhir @ Dataran Putrajaya.

sejujurnya, jadi kontingen perbarisan ni tersangatlah penat tapi berbaloi. yang penatnya bila kena bangun awal. selain ganjaran sampingan... kita dapat tengok sendiri acara sebesar ini dilaksanakan dari awal sampai akhir dan tak peluang ni takkan datang selalu. so, seumur hidup dapat rasai pengalaman sebegini - it's really worth it!

well... di kesempatan ni, let me share with you our journey from the very beginning until the final day of marching day. check it out!

LATIHAN KAWAD KAKI

latihan kawad sesama staf dah mula sejak awal Ogos dan diadakan sebanyak 4 kali, bermula 8.00 - 10.00AM. lepas habis kawad, terus masuk kerja😁ada sekali tu, baru nak start kawad, hujan pun turun. jadi kami terpaksa buat kat parking lot😁 oh ya, kenapa berlatih 4 kali je? sebab most of us dah ada pengalaman jadi kontingen. so, kami tak perlu berlatih lama sangat.

MANDATORY TRAINING @ STADIUM MERDEKA

seterusnya, masuk minggu ketiga bulan Ogos kami jalani latihan kawad @ Stadium Merdeka pula. kali ni kami berkawad bersama 42 kontingen lain yang terdiri daripada staf-staf syarikat GLC, GLIC dan beberapa private sector company lain.

kat sini kami dibahagikan kepada 5 kluster dan setiap kluster ada 5 - 7 kontinjen. ketua commander nya ialah anggota komando ATM. garang ooo... formation tak sama, tak dengar arahan, etc... memang kena marah terus! 

hari terakhir kat sini, SU Kementerian Komunikasi & Multimedia datang 'buat spot check'. dalam cuaca tengah panas plus jerebu tu, mahu tak mahu memang kena all out lah!


latihan kat sini berlangsung 3 hari berturut-turut. dari 7.00 - 11.00AM. dannn lepas tu, kena masuk kerja macam biasa😁walaupun panas dan ramai, tapi ahli-ahli kontingen lain memang sporting. paling best macam-macam goodies kami dapat daripada sponsor.

short video latihan kawad @ Stadium Merdeka...

MANDATORY REHEARSAL @ DATARAN PUTRAJAYA

minggu berikutnya, rehearsal bersama 76 kontingen yang menyertai perbarisan tahun ni termasuklah kontingen dari kementerian, angkatan tentera, polis, kastam, bomba serta 'bebudak bulus' K9🐕🐶

semua kontingen akan berkumpul dan bermula kat depan Wisma Tani / Menara KBS dan kami akan berkawad sampai area Masjid Putra yang jaraknya lebih kurang 2KM.


rehearsal ni berlangsung 3 hari berturut-turut. semua kontinjen perlu bawa props masing-masing seperti bendera, Japanese flag banner, mascot etc. paling mencabar sepanjang 3 hari ni adalah, kena bangun seawal 2.00AM sebab kami kena bertolak pada 3.30AM dan mesti tiba @ Putrajaya sebelum pukul 5.00AM. tapiii... latihan bermula 7.30AM. sampai sana, ramai sambung💤💤...

short video hari rehearsal...

HARI RAPTAI PENUH

hari Sabtu, 29 Ogos - semua kontingen wajib pakai seragam yang dah ditetapkan berserta aksesori sekali. bangun awal, keluar awal dan segalanya kena awal. pada hari tu juga jalan akan ditutup pada 5.00AM. so kalau lambat, pandai-pandailah korang menapak ke Wisma Tani / Menara KBS.

acara berlangsung seawal 7.00AM tapi perbarisan akan bermula sebaik lagu Negaraku dinyanyikan. masa ni dah terasa berdebar sebab kena buat betul-betul seolah berada di hari kejadian.

dalam perbarisan, part paling crucial adalah ketika melintasi royal box (area tetamu-tetamu VVIP). masa ni memang kena buat sebaiknya sebab percentage 'muka masuk TV' tu tinggi. tapi... tu pun kalau bertuah laa😂

tapi masuk TV tu bukanlah keutamaan. yang penting kami kena beri sebaiknya supaya dapat 'impressed' orang besar syarikat yang bakal saksikan kami 'beraksi' pada hari kejadian.

namunnn... tanpa diduga kira-kira 500M sebelum tiba 'garisan penamat' terjadi sesuatu yang tak diduga. entah apa yang terjadi tiba-tiba team 'terpecah' jadi dua. sebahagian ke kiri manakala yang berada di sebelah kanan jadi terpinga-pinga.

dalam keadaan cuaca panas tu, masing-masing mulalah bising. yang kiri cakap, diorang ikut team depan. yang kanan cakap, jangan ikut depan. ikut orang sebelah kanan. sudahnya, sampai kat 'garisan penamat', semua kena marah sebab selepas royal box, team punya performance hancur.

waduhhh panas jugalah telinga kena marah walaupun tak buat silap. tapi tu laa... dalam pada kita terlalu berharap untuk jadi perfectionist, kadang kita terlupa di hadapan ada 'ujian' menanti. so, kami terima dengan hati terbuka dan berjanji takkan ulangi kesilapan sama pada hari kejadian kelak.


sebelum langit cerah dapatlah tengok kenderaan ni berwarna-warni. bila dah cerah tak ada daa lampu-lampu tu semua😁

short video. masa ni dah selesai daa...

31 OGOS 2026

hari yang dinanti-nantikan pun tiba. sama macam hari rehearsal kami kena bangun awal dan bertolak seawal yang boleh bagi mengelak penutupan jalan. setiba je kat Putrajaya, orang ramai dah mula berkumpul. dan sama seperti hari sebelumnya, kami berkumpul kat 'port' kami dan buat apa yang patut sampai call time.

jam 6.30AM semua dah kena bersedia dan lengkap dengan props + aksesori masing-masing. dan time ni juga, ketua kontingen ambil kesempatan untuk beri nasihat dan macam-macam pesanan. tepat 7.00AM kami mula masuk queue.

lepas lagu Negaraku dimainkan, masing-masing mula bersedia. masa ni dah terasa debarnya. tepat 8.30AM, kontingen kami mula bergerak ke 'garisan permulaan'. 5 minit lepas tu, turn kami masuk perbarisan.

1001 perasaan bermain di fikiran, dari mula - royal box - sampailah tiba di 'garisan penamat'. once masuk 'garisan permulaan', benda pertama yang anies kena buat dan jaga adalah, sentiasa 'jeling ke kanan'. kenapa? sebab nak pastikan kami sentiasa berada dalam barisan yang lurus.

bila lalu depan royal box, dalam kepala cuma ingat: senyum, senyum, senyum! senyum bukan sebab nak masuk TV. tapi senyum untuk tunjukkan semangat kita sepanjang memikul tanggungjawab ni.

bila dah hampir ke 'garisan penamat', otak membayangkan lepas ni dah tak ada daa kena bangun pagi, sakit-sakit badan, lenguh-lenguh kaki etc. jadinya setiap langkah tu jadi lebih bersemangat untuk 'tamatkan' perbarisan ni😂😂   


sebaik sahaja melepasi royal box...

short video... boleh korang cari kat mana anies masa ni?😂😂


Alhamdulillah... tepat 9.13AM kami berjaya sampai di 'garisan penamat'. legaaa sangat masa ni. cuaca panas pun dah tak terasa sebab semuanya dah selesai. dalam hati anies yakin, team dah buat yang terbaik dari mula sampai akhir.

masa kami tengah rehat, ketua kontingen sampaikan mesej yang dia terima daripada orang besar syarikat. katanya, persembahan kami terbaik, formation bagus dan sangat meyakinkan! Alhamdulillah... rasa nak melompat je bila dengar pujian tu...

maka dengan ini tamatlah kisah pengalaman 'perjuangan berkawad' kami sempena Hari Kebangsaan tahun ni. 

terima kasih yang tak terhingga kepada semua pihak yang bertungkus-lumus menjayakannya dari mula sampai akhir. terima kasih juga sebab sediakan makanan dan minuman yang sedap-sedap dari hari pertama sampai hari terakhir.

"Coming together is a beginning, staying together is progress and working together is success." (Henry Ford)

ada rezeki mungkin kita akan bekerjasama lagi tahun depan. insya Allah...

thanks for reading
daa...

p/s maaf tak dapat kongsikan foto yang proper sebab ada privacy yang perlu dijaga🙏

blogspot buat masalah lagi!!!😡😡😡

11 comments:

  1. Tahniah Anies dapat turut serta dan berjaya mengharunginya. Bukan mudah tu. Penat tu dah pasti. Tapi yang pastinya pengalaman tu yang mahal, kita pun semangat.
    Cuaca panas dan kena marah tu mencabar betullah.Alhamdulillah lega bila dah berakhir. Dapat pujian tu hilang penat rasanya kan. Tapi lepas tu confirm barai.

    ReplyDelete
  2. Boa noite minha querida amiga Anies. Realmente o trabalho de Vik Muniz é muito interessante. Uma excelente noite de quarta-feira, para você e todos os seus familiares na Malásia e um grande abraço do seu amigo carioca. Suas fotos e vídeos ficaram ótimos.

    ReplyDelete
  3. Wah congrats dah berjaya berarak di hari merdeka.... yup ada tgk perarakan ni kat tv.. semua pun bersemangat 👏👏

    ReplyDelete
  4. Que legal aqui no Brasil no dia 7 teve também um desfile, lindas as fotos bjs.

    ReplyDelete
  5. Hi dear friend, I came by to visit you directly and found this post! Yes, Blogger's news reader now is totally dead. It used to be slow, but for over 2 days now it is completely dead! Not even one new blog post is showing in the news reader...over 2 days.
    I am very happy for you and enjoyed looking at your photos! I wish you good health and happiness always!
    I hope you have a lovely weekend ahead!

    ReplyDelete
  6. Yes it's a once in a lifetime peluang & experience yg kena grab. Bila lagi nak merasa kan, plus ada privilege utk tengok & join the perbarisan secara live.
    Thank you for sharing your experience with us. Tahniah!

    ReplyDelete
  7. Wahhh bestnya dapat peluang join perbarisan di Putrajaya pulak tu.

    ReplyDelete
  8. Wahhh tahniah! pengalaman yang best lepastu dapat pula pujian persembahan baik! Lama tak buat aktiviti kawad ni

    ReplyDelete
  9. Waking up at 2 AM for rehearsals is true dedication! 😂 Huge congrats on finishing the parade strong and getting such great feedback from the top brass.

    ReplyDelete
  10. wahh kak anies join perbarisan rupanyaa. saya tukang tengok dari tepi je.
    tahniah sebab dapat hasilkan persembahan yg baik, formation yg tersusun!

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆