✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Bersambung dari SINI.
bila dah puas berjalan, maka tak hairanlah kalau perut start berbunyi. so, kami pun Google laa restoran halal yang ada kat kawasan berdekatan. dalam keadaan cuaca sejuk tu, kami sebenarnya malas nak jalan jauh-jauh.
cari punya cari akhirnya kami sepakat untuk makan kat sini. masa kami sampai, ada rasa cuak jugalah sebab terlalu ramai pelanggan. kami bimbang akan dapat order lambat je. dah laa tengah lapar kan...
sebaik melangkah masuk kami terus beritahu staf nak makan kat situ untuk empat orang. tanpa berlengah dia pun tunjukkan meja kosong yang baru sahaja ditinggalkan pelanggan lain.
usai bersihkan meja kami, dia hulurkan buku menu dan katanya, once dah confirm nanti panggil dia semula.
kami pun pilihlah menu yang berkenan. kalau tengok harga, semuanya tak berkenan 😂 (harga dalam Leke).
suasana depan restoran. ramai juga yang makan kat luar. diorang okey laa makan kat luar. tahan sejuk. kami ni, mananyaa... kena angin sejuk dah gigil... oh ya! nampak tak signage halal kat situ? so.kalau korang ke Tiranë nanti boleh cari restoran ni ya!
menu dan suasana di dalam restoran...
dah lupa daa apa nama makanan ni. kami pilih menu set. ni pun tak habis makan sebab portion nya agak besar. kami bawa balik dan jadikan bekal untuk perjalanan kami yang seterusnya... semuanya sedap sebab kami bawa sos sendiri😂
short video...
well tu je laa cerita jalan-jalan untuk bari ni.
thanks for reading
daa
p/s hoiiii blogspot kenapa kau buat hal lagiiiiiii????😡😡😡

.jpg)

Ramai betul orang kat kedai makan ni. Nasib baik lah ada tempat kosong. Kiranya tak lama sangatlah menunggu makanan siap. Orang sana makan banyak kot sebab tu portion besar. Bagus jugalah tu boleh buat bekal dalam perjalanan. Untung juga bawa sos, barulah kena dengan selera gitu kan.
ReplyDeleteTak tahulah apa nak jadi dengan blogspot ni. Saja menguji kesabaran kita.
Alhamdulillah tak susah sangat rupanya ya cari makanan halal.
ReplyDeleteOh..nampaknya ke mana-mana pun kita kena bawak sos cili kita 😄
Hmm..itulah, sampai berhari-hari entri tak update di reading list.
Hi dear friend, great photos and short video! Thank you so much for sharing! Since the Blogger news reader hasn't worked in 4 days, I decided to follow my blog friends using another method! I just started this today. And for my readers and friends I am offering the same option (if they wish to) to follow my blog. On the upper right hand column of my blog people can choose to follow me using Feedly or by email.
ReplyDeleteI hope you have a lovely weekend, dear friend, I love your posts and really appreciate your presence and friendship.