Pages

▼

Monday, 14 September 2026

9 Kopitiam @ AEON Taman Maluri, KL

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

UPDATE! RESTORAN NI DAH TUTUP

Mulanya plan nak makan ayam goreng AEON. tapi tak semena-mena kaki ni lajuuu je masuk ke restoran ni. walaupun dah banyak kali datang sini, tapi anies tak pernah singgah. blogger uncle gedek & aunty mesti dah banyak kali singgah sini, kan?


lokasinya kat tingkat bawah sebelah Lavender Bakery. restoran ni ada sijil halal JAKIM ya ya... nampak tak kat sebelah signage 9 Kopitiam tu? so, korang bolehlah makan kat sini tanpa ragu-ragu.

suasana dalam restoran...


ada banyak pilihan menu kat sini. tapi anies cari yang mudah dan cepat je laa... cara nak order, sama macam kat kedai kopitiam lain. pilih dan tulis. then panggil je waiter untuk collect.


anies pilih flat rice noodle - curry sauce. harga: RM8.90. senang cakap, ni kuetiau kari. tapi saiz kuetiau dia, lebar lebar. then kuah karinya sangat pekat melikat! cuma satu je yang tak berapa nak best. hidangan ni cuma ada kek ikan nipis je. tak ada sayur tak ada isi ayam or apa-apa yang 'serasi' dengan kari. even potongan kentang pun tak ada. at least laa bagi anies, kalau ada potongan sayur kacang panjang pun dah kira ngam juga. dari segi rasa, sedap dan memuaskan.

untuk minuman anies pilih sour plum lime juice. harga: RM5.90. yang ni memang terbaiklah! sedap sangat. cukup balance rasa manis, masam dan ada sedikit rasa masin. kalau repeat lagi anies akan pilih minuman ni! sangat sedap dan very recommended!


okey, tu je laa perkongsian untuk hari ni. thanks for reading.
daaa

15 comments:

  1. Semalam baru ke AEON Shah Alam. Best macam-macam ada. Kuantan pun ada AEON tapi jarang keluar rumah, nak jalan mall.

    ReplyDelete
  2. Me dio ganas de la bebida. Te mando un beso.

    ReplyDelete
  3. tk pernh mkn kuehtiaw kari biasa mee kari..menarik nmpknya

    ReplyDelete
  4. What is most important is that you enjoyed the food! I love all your photos.

    ReplyDelete
  5. Selamat menjamu selera.
    Macam sedap kuew tiau kari tu

    ReplyDelete
  6. Janji sedap ya Anies. Flat Rice Noodle ni sama ke macam Cheong Fun tu ya? Dia pun lebar juga.

    ReplyDelete
  7. Pekat betul ek kuah kari dia. Kalau order mi berkari kat kopitiam mesti ada kek ikan nipis tu kan. Kuah kari dia anti sayur kot ni. Kan best kalau ada sayur sawi ke taugeh ke kan. Sedap sikit makan tu. Apa kedekut nau ni.
    Macam sedap je air tu. Okaylah dapat air sedap, kurang sikit rasa kecewa tu kan.

    ReplyDelete
  8. Jarang jumpa menu kuetiaw kari. Murah harga dia bawah rm10 :D suka makanan kat kopitiam camni

    ReplyDelete
  9. Ada satu kajian awam menunjukkan hidangan luar kurang protein, lebih karbo sahaja huhu..

    ReplyDelete
  10. Kopitiam skrg dah tumbuh macam cendawan. Bagus tempat ni dah ada sijil halal jadi boleh makan tanpa was-was.

    ReplyDelete
  11. Ternyata tak hanya sushi atau makanan Jepun yang ada di AEON Mall, tapi juga ada kopitiam. Karinya nampak sedap tapi kurang topping ya? Bila ditambah topping tentu makin delicious.

    ReplyDelete
  12. Nanti nak coba laaah. Memang nampak sedap. Apalagi makanan Kopitiam biasanya saya cocok dengan selera

    ReplyDelete
  13. Melihat kari nya yang pekat likat, memang harus disandingkan dengan minuman yang asam segar. Supaya tak muak kan

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆