Pages

Friday, 14 August 2026

Tiranë, Albania: sambut tahun baharu 2026 @ Dataran Skanderberg

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Bersambung dari SINI.

lepas makan, kami sambung tidur. masa tu baru pukul 8.00PM (Malaysia: 2.00AM). tapi bila terjaga je dah pukul 11.00PM. apa lagi? melompatlah kami sebab rasanya macam dah terlajak tidur😂

ikut plan, nak keluar awal sikit sebab kami nak merayau-rayau sekitar Dataran Skanderberg (DS) tu. tapi bila dah lewat macam ni, memang taklah jawabnya.

lepas bersiap kami terus keluar menuju ke DS. jaraknya cuma 10 minit je dari hotel. dari jauh dah boleh dengar lagu-lagu dan dentuman bunga api. ehhh... awalnya diorang dah main bunga api? tengok jam, belum lagi pukul 12.00AM.


suatu pengalaman menarik untuk kami berempat sebab first time celebrate new year kat negara orang...

suasana kat SD. yang merah tu, pentas. ada show sebelum dan selepas event...


sebaik tiba, kawasan DS dah dipenuhi manusia tapi tak sesak. so, kami ambil kesempatan untuk bergambar, rekod video, buat live TT etc. 

bila nak hampir pukul 12.00AM kami gerak 'ke dalam' sikit walaupun masa tu dah mula berhimpit-himpit. masing-masing dah standby dengan handphone dan kamera untuk rakam detik tahun baharu.

tapiiiii...

apa yang kami saksikan pada malam tu amatlah jauhhhh dari sangkaan. tak ada countdown, tak ada suara MC buat countdown, tak ada jeritan!!! 

wahhh betul-betul lain ni! mana suara manusia? yang ada cumalah dentuman bunga api non stop! 😂😂kami pakat gelak! gelak sebab seumur hidup tengok sambutan tahun baharu hingar-bingar. tapi kat Tiranë ni, senyap!

dah lepas pukul 12.00AM barulah ada bunyi sebab mereka nak mulakan persembahan. seorang penyanyi wanita muncul dan masa tu barulah terasa meriah dengan jeritan. once muzik mula berkumandang. kami pun layanlah 'mini konsert Dua Lipa' tu walaupun tak faham lagu cuaca sejuk mencengkam.

lebih kurang setengah jam layan konsert, kami pun beredar ke hotel. sebenarnya persembahan pentas tu belum tamat lagi tapi kami kena balik sebab ada banyak lagi benda nak kena buat lepas tu selain tidur.


short video. us.

short video. also... us😁

short video. kalau nak tengok bunga api di malam tahun baharu... jemputlah tonton😀


nak wish selamat tahun baharu, ni dah masuk Ogos. so tunggu je laa entry lain di mana kami celebrate new year 2027 nanti verangannn😂😂

that's all for today
daaa

13 comments:

  1. Wahh seronok ya ada experience celebrate new year kat oversea. Sejuk-sejuk lak tu.

    ReplyDelete
  2. wow! Hebat tu dapat sambut tahun baharu di tempat org.

    ReplyDelete
  3. Lindo celebración. Te mando un beso.

    ReplyDelete
  4. Tetap cantik warna warni lampu hiasan nya

    ReplyDelete
  5. Kat Malaysia mostly countdown dulu baru la pompang bunga api kan.

    ReplyDelete
  6. simpan kenangan sambut tahun baru di TIRANE pengalaman mahal

    ReplyDelete
  7. Hepi new year eh eh hahaha ok kita tgu new year 2027 je la 🤣

    ReplyDelete
  8. Belum pernah lagi ada pengalaman sambut tahun baru dekat negara luar. Macam best la pulak hihi

    ReplyDelete
  9. Pengalaman lain dari yg lainlah ye sambut new year di negara orang ni.

    ReplyDelete
  10. Seronok baca pengalaman ni. Memang lain bila sambut Tahun Baharu di negara orang, terutama suasana countdown yang langsung berbeza daripada kebiasaan. Paling menarik bahagian “tak ada countdown, tak ada jeritan” tu. hehe. Semoga dapat lagi banyak pengalaman travel yang menarik selepas ni.

    ReplyDelete
  11. Fireworks dia merata-rata kan? Tak tertumpu satu spot

    ReplyDelete
  12. Wahh jauh betul celebrate tahun baru. Lain macam ek dorang sambut new year takde countdown jerit bagai. Betul-betul tunggu waktu yang tepat. Menikmati bunyi bunga api gitu.

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆