Pages

Friday, 24 July 2026

Tiranë, Albania: kedai kopi 'men's only' dan Byrek Pica

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Bersambung dari SINI.

sebaik masuk, kami terus order minuman. masa tu tak ada selera nak makan disebabkan perangai PIC hotel yang 'sidai' kami tu. kami order pun tunjuk-tunjuk je foto kat buku menu sebab staf tu tak reti cakap BI.


ni laa kedai kopinya. kecil je. berada di celah-celah bangunan...



suasana di dalam kedai kopi👆👇




masa tu juga teringat segala jajan yang kami bawa. apa lagi, masing-masing keluarkan jajan dan makan / minum bersama kopi yang dihidangkan.


rasa kopi dia sama je macam kopi kat sini. cuma kalau nak susu, beritahu staf masa buat order. kalau tak nanti datang kopi hitam kosong je.


lepas setengah jam berada kat situ, anies dah tak tahan pening sebab bau asap rokok yang luar kawalan. masa tu suasana sekeliling masih gelap dan kenderaan pun tak banyak. dalam kesejukan tu anies ambil kesempatan untuk tengok sisi lain ibu negara Albania ni.




tapi tak lama pun. ada laa dalam 10 minit anies dah kembali ke kafe. bila masuk, Farah beritahu: "nak tahu tak? ni kafe men's only tau!"

"hah? ye ke? patutlah diorang tengok kite semacam je!" 😂😂

pun begitu, kami tetap duduk situ sampai langit bertukar warna. lepas bayar, kami kembali ke hotel. masa tu pintu pagar dah buka. Farah maklumkan kepada PIC kami nak tinggalkan luggage dan cari restoran.


suasana pagi @ Tiranë...


kami tak tahu hala ke mana. jalan je ikut langkah sampailah ternampak sebuah kedai yang agak tersorok. dari luar ternampak peniaganya pakai tudung. masa tu ada 2 pembeli kat situ.

tanpa berlengah kami pun singgah dan beli. tak tahulah apa nama makanan tu. dah dapat, kami terus ke tempat lain untuk luruskan pinggang.


ni laa kedainya... p/s kalau korang tak percaya cuaca kat sini teramat sejuk, tuu... tengok Nora pakai apa tu... dah macam nak main salji kekdahnya... pada hal sebutir salji pun tak ada kat sini...

nampak tak penjualnya tu?

apa rasa makanan ni? sangat sedap okey! bila makan panas-panas dalam cuaca sejuk, nikmatnya fuhhh... ia macam roti canai tapi keras sikit. di dalamnya ada keju mozarella. bila dah makan, masa tu laa menyesal sebab beli satu je😂😂 harganya? ₤1.50. haippp! jangan convert!

well... berapa lama lagi kami kena 'sidai'? nantikan sambungannya minggu depan.

daaa

22 comments:

  1. Saya pun tak tahan kalau mampir ke cafe, dan terlampau banyak perokok disana. Sudah pastilah saya akan pergi, tak kuat dengan asap rokoknya.
    Tapi unik juga ya cafenya mbak, kok bisaaa ada tempat makan yang khusus pria macam tu. Rasanya aneh je, hihihihi

    ReplyDelete
  2. That cafe looks very small and tight in space.
    Black coffee....I like coffee with cream. I can drink it with no sugar. But not black.

    ReplyDelete
  3. Makan roti keju panas2 dalam cuaca sejuk mmg nikmat yakmat!

    ReplyDelete
  4. Selamba ek korang lepak kat kedai kopi men's only! 🤣🤣

    ReplyDelete
  5. Nasib baik dorg tak halau ye. Boleh pulak khas untuk lelaki je.

    ReplyDelete
  6. Me dio ganas de comer las empanadas. Te mando un beso.

    ReplyDelete
  7. byk pengalaman pahit n manis berlaku bila kita mengembara ke negeri org..

    ReplyDelete
  8. Oh ada ye men's only cafe. First time tahu ni. Sejuk² dapat makan roti panas² enak bangat

    ReplyDelete
  9. ada pulak cafe men's only kat sana ye.. menjaga ikhtilat ke hahaha
    mcm sedap roti tu! ada cheese panas2 barulah nikmat

    ReplyDelete
  10. Cafe nya khusus untuk pria ya, mungkin takut kalo wanita disana di godain.

    Asyiknya jalan-jalan ke Albania kak Anies.

    ReplyDelete
  11. Hehe..baru tau ada kafe untuk lelaki sahaja. Mujur la korang tak kena halau ya.

    Wah…lega sungguh jumpa kedai roti Muslim. Memang mudah ke jumpa kedai halal di sana Anies?

    ReplyDelete
  12. Uncle pun cam tu jugak... bau asap rokok memang buat potoing!

    ReplyDelete
  13. Nohh, men's only! 😁 Dapat Faa bayangkan macam mana kuatnya bau rokok dalam tu. Eeeerrghhh.

    Btw, macam mana Farah boleh tahu cafe tu men's only ? Ada sign apa2 ke ?

    ReplyDelete
  14. Susah juga kan kalau tak tahu English. Susah nak communicate. Mak aihh dorang merokok dalam kedai tu jugak ke?
    Lahhh...boleh pulak ek cafe for men je ek. Ada tulis ke kat depan kedai. Ke tak perasan.
    Comelnya kedai roti dia. Makan roti panas panas masa cuaca memang syoklah kan. Alamak, kena sidai lagi ke tu? adudududu. apalah nasib kan.

    ReplyDelete
  15. Kafe untuk lelaki je hehe tak apa itulah pengalaman dan kenangan

    ReplyDelete
  16. Keciiiil je dalam cafe nya yaaa . Tp daripada berdiri di luar yg dingin kan 😅

    ReplyDelete
  17. Minum kopi di tengah cuaca dingin , memang best kak. 😍😍. Langsung hangat badan

    ReplyDelete
  18. Gelak pula baca ini cafe khusus lelaki. Td saya pikir kedai yg menjual mariyuana 🤣🤣🤣. Sebab tercium aroma menusuk. Ternyata aroma rokok biasa yaa

    ReplyDelete
  19. Lihat roti nya, langsung saya sukaaaa😍😍😍. Ini roti pasti mengenyangkan sangaaat. Ada keju pula di dalamnya . Kalau dah dingin lebih keras

    ReplyDelete
  20. Ada juga kafe men only.. sabar jelah..

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆