✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Bersambung dari SINI.
sambil makan kami terus berjalan. niat di hati cuma nak cari kedai makan. tapi tak semena-mena, masa nak menyeberang jalan, tiba-tiba ternampak masjid ni. apa lagi? laju je kami buka kasut dan masuk.
masa tu kami memang tak tahu mana satu bahagian solat Muslimin dan mana satu bahagian solat Muslimat. tapi sebaik masuk, ternampak seorang lelaki tengah baca al-Quran. jadi kami pun duduk kat pinggir pintu.
tujuannya cuma satu. nak kurangkan rasa sejuk. walaupun langit beransur cerah, tapi angin sejuk masih terasa mencucuk-cucuk. jadi, dapat tumpang sekejap ni, bolehlah kami panaskan badan seketika.
masa ni laa baru terfikir... kenapa laa kami pergi cari kedai kopi sedangkan kat Tiranë ni kan ramai Muslim? bila ada Muslim dah tentulah ada masjid untuk kami berteduh bila mana PIC hotel 'sidai' kami sejak subuh alam tadi!
haihh tak apa laa... benda dah jadi. nama pun travel DIY kan... kalau tak ada 'pancaroba' tak adventure laa orang kata kannn😁
well berbalik kepada masjid ni. once dah duduk kat sini sempatlah anies tinjau-tinjau keadaan masjid. walaupun binaannya sederhana tapi anies percaya penduduk Muslim kat sini amat menitik berat tentang kebersihan dan persekitarannya.
masjid ni tak ada kawasan kosong. kiri, kanan, belakang bersebelahan dengan bangunan lain. jadinya saiznya tak besar. tercari-cari jugalah kat mana ruang solat wanita. hinggalah, sampai suatu ketika, kami tiba-tiba disergah oleh seseorang dengan nada yang kuat.
dia minta kami beredar dari situ. maka, nak tak nak kami terpaksa keluar. tapi...! bila dah sampai kat luar kami tunggu kelibat lelaki tadi menghilang. dan pada masa yang sama, tiba-tiba muncul seorang wanita dalam usia 50-an; suruh kami masuk dan naik ke tingkat atas.
laaa rupanya bahagian solat wanita kat tingkat atas. jadinya, dengan hati yang senang kami pun berehatlah kat situ sampai pukul 11.00 pagi...
so as usual, ni sebahagian foto yang sempat anies snap untuk tatapan korang...
masjid ni tak ada pintu pagar. so dari tepi jalan boleh terus masuk ke dalam masjid. pintu transparent sebelah kanan tu, ruang solat Muslimin...
ruang solat Muslimin👆👇
mimbar dan ruang solat Muslimin dari tingkat atas...
kubah masjid dari dalam (ruang solat Muslimin)...
tandas dan tempat ambil wuduk lelaki...
pintu masuk ke ruang solat Muslimat...

tangga (menuju) ruang solat Muslimat...
short video in front of the mosque...
thanks for reading
daa...
p/s mem besar ko tengah cari mood nak BW lepas cuti...








kat sana masjid pun dikepit oleh bangunan lain. Seharusnya ada tanah n laman sendiri mcm negara Asia. Tp x apalah. Kita merantau. Terima saja la.
ReplyDeleteThanks for your sharing Anie
ReplyDeleteLuas juga ruang solat muslimin tu.
ReplyDeleteMencabar macam-macam dugaan kat sini kan. Alamak, kena sergahlah pulak. Mujurlah ada orang perempuan datang ke masjid. Dapatlah berehat kejap. Luas juga masjidnya pun.
ReplyDeleteAlhamdulillah bertemu rumah Allah damai beribadah tenang jiwa
ReplyDeleteBestnya jalan-jalan sampai ke Albania! Pengalaman yang sangat berharga ni Anies, bukan selalu dapat tengok view budaya dan kawasan sekitar kat sana. Kalau orang kita pergi sana, bab cari makanan halal atau port solat senang tak Anies? Moga perjalanan percutian ni berjalan lancar dan seronok!
ReplyDeleteI love all the views and your angles and perspectives in your photos are fantastic.
ReplyDeleteThank you!
ReplyDeleteAdeh, tak pasal² kena sergah pulak ye. Syukurlah ada yg hadir tunjuk tempat utk muslimat solat
ReplyDeleteEs un lindo lugar. Ya volvi. Te mando un beso y gracias por tu cariño.
ReplyDeleteThank you! Deus caritas est!
ReplyDeletejauhnye anies jalan Albania.. aminn
ReplyDeleteRasanya yang menyergah tu mungkin tukang bersih masjid. Cantik juga ruang masjidnya, kemas dan minimalis. Kalau tak silap masa ke trip Balkan tahun lepas Tirani ni kami hanya lalu sahaja.
ReplyDeleteThanks for sharing.
ReplyDeleteRezeki nampak wanita tu nak ke ruang solat juga.. dapat rehat, dan melihat² suasana dalam masjid..
ReplyDeleteTumpang happy bersyukur..
ReplyDeleteLocal muito bonito!
ReplyDeleteBjxxx,
Pinterest | Instagram | Blog | Partilha Aqui a Tua Opinião
Ruang solat Muslimat selalu di tingkat atas andaikata masjid nya bertingkat kan. Pernah juga ke masjid yang lokasinya antara kedai2. Thanks for sharing Anies. Moga kami sampai sana nanti.
ReplyDeleteKdg tak paham lah, dengan orang yg suka asal bentak, sergah ke orang lain. Dah liat pun muka turis , tak mungkin asal masuk utk main2. 😔.
ReplyDeleteTp terlepas dari orang lokal yg tak ramah, saya baru tahu kota ini mayoritas muslim. Bagus juga, jadi tak susah menemukan makanan halal yaa
ReplyDeleteEh garis hijau di tengah mimbar itu maknanya apa ya kak?
ReplyDeletemasjid2 kat sana ruangnya mesti terhad kan. tu yang bahagian solat muslimat duduk tingkat atas. apapun bersih je tengok suasana masjid ni
ReplyDeleteAdventure sangat Anies punya pengembaraan kalini. Takpe la, Allah nak bagi rezeki lebih lagi In Shaa Allah lepas ni. Sekurang2nya ada benda yang kita semua boleh ambil manfaat.
ReplyDeleteMasyaAllah tabarakAllah alhamdulillah
ReplyDelete