✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Bersambung dari SINI.
sebaik tiba, benda pertama yang kami cari semestinya kedai kopi tertua di Malaysia! seolah macam dah jadi satu kewajipan kalau datang ke Kluang, mesti singgah sini walaupun sekejap.
tapi masa anies datang sini pertama kali dulu, entah kenapa kami tak singgah. bukan tak cari tapi... entahlah... rupanya rezeki nak makan kat sini 'berlaku' pada tahun 2026.
masa kami sampai, hujan tengah rintik-rintik. tiba je kat depan restoran, fuhhh... penuh dah kat dalam tu. anies try tanya staf ada tak meja kosong untuk 2 orang. dia pun tunjuk kat belakang restoran dan kami terus ke situ dan tulis order.
betul ke buka tiap-tiap hari? termasuk hari raya ke? hahaha gurau je...
ni la kedainya... jemput singgah! ehh...
suasana dalam kedai... ni snap kat beranda je...
nak order apa? sila abaikan tulisan yang macam cakar ayam tu...
kami order: wholemeal butter kaya, keping butter kaya, cucur ikan bilis, teh C dan cendol QQ jelly milk tea... terlupa laa berapa total semua ni...
overall, makanan dan minuman kat sini sedap dan menepati selera. nak repeat lagi ke? of coz! tapiii... siapa nak belanja?😉
okay, that's all for today...
daaa...
p/s anies cuti beberapa hari bersempena 'birthday girl'😉

.jpg)



Thank you!
ReplyDeleteDear friend, it looks like a wonderful time. I love trains.
ReplyDeleteThanks for sharing!
ReplyDeleteI hope you have agreat week!
Bjxxx,
Pinterest | Instagram | Blog | Partilha Aqui a Tua Opinião
Pernah sampai sini. Nak repeat tapi entah bila hihi...
ReplyDeletealhamdulillah hbday girl afiat tiasa murah rezeki selamat jamu selera
ReplyDeleteDeus caritas est!
ReplyDeletePaduan roti bakar kaya lencun dengan mentega tu memang gandingan sejati, pekena pula waktu cuaca redup-redup hujan rintik memang layan habis. Cucur ikan bilis dengan teh C kat sini pun nampak menggiurkan sungguh, tak sah kalau datang Kluang tak singgah pekena menu klasik begini
ReplyDeleteMasa pergi ke Johor dgn Fanny dan Kak Retna, kiteorg pergi Kluang Rail Coffee jugak tapi cawangan di Kota Masai, bukan yg original punya KRC.
ReplyDeleteBtw happy belated birthday anies! 🥳 Semoga panjang umur, murah rezeki dan bahagia selalu 🤲🏻
Enjoy your time. Thank you for sharing this post and photos.
ReplyDeletepernah sampai kluang 2 kali tapi tak pernah makan kat kedai ni. Mungkin sebab kami sampai utnuk majlis kahwin kot atau memang keluarga kami taktau kedai ini wujud
ReplyDeleteYaaa. semestinya kena singgah Kluang RailCoffee ni kalau ke Kluang. Wajib! Roti tu paling sedap, signature Kluang RailCoffee. kami siap beli extra tapau makan dalam perjalanan. hihi..Of course repeat. Wah syoklah birthday girl bercuti sempena birthday.
ReplyDeleteHappy birthday Anies!
Cucur dengan roti bakar sedapnya
ReplyDeletetk pernh smp sini lg tp slalu tgk kwn2 share mkn sini menu fav roti bakar
ReplyDeleteIni yg kafe pertamanya ya kak? Bukan cabang? Banyak cabang kan kafe Kluang ini
ReplyDeleteSaya dah coba juga, tp cabang dia yg di pasir gudang kalau tak salah. Pergi dengan sislin . Aiiish memang sedaaaap. Makanya Desember saya ke Johor, nak balik lagi, mengopi di sana.
ReplyDeleteKemarin tuh juga pesan aneka roti, trus ada rujak tahu, ya Allah sedaaapnyaaa 🤤🤤🤤😍. Masih teringat rasanya
ReplyDeleteBelum pernah singgah lagi ni.. kena buat trip jalan2 Kluang ni
ReplyDeleteKedainya ramai sangat. Di sana jual nasi juga, Kak?
ReplyDeleteLama dah tak makan sini sebab weekend ke weekdays memang ramai T_T
ReplyDeleteseriouslah kopi tertua ? lawa juga suasana kedai. yang nak mengimbau vive waktu lalu, boleh la lepak santai dekat sini kan.
ReplyDeleteni barulah betul! makan kluang railway coffee kat kluang!
ReplyDeletesaya teringat nk bekpes kat sini. tapi paling dekat pun ada kat shah alam, jauhh
Best jalan2 Kluang. Banyak juga tempat makan menarik. Kedai biasa2 tapi rasa superrbb !
ReplyDelete