Pages

Friday, 9 January 2026

Lampang, Thailand: Regent Lodge Hotel

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Bersambung dari SINI.

usai makan tengah hari, kami pun bertolak ke Lampang. perjalanan ni mengambil masa hampir 3 jam++. 

kami tiba dalam sekitar 5.00 petang. sebelum tiba, tour guide ada kongsi beberapa fakta menarik tentang provinsi Lampang ni. 

antaranya, Lampang terkenal dengan kuda. so, bagi pelancong luar... naik kereta kuda kat sini dah jadi macam satu kemestian laa...

anies tak ingat berapa harga per head untuk naik kereta kuda ni. tapi ramai juga laa ahli rombongan yang naik.

BTW kalau korang ke Lampang, boleh laa try menginap kat hotel ni. sebabnya hotel ni ada sediakan sarapan halal untuk pelanggan Muslim. kalau nak cari restoran halal sekitar Lampang ni, agak payah sebab komuniti Muslimnya tak ramai macam kat provinsi lain.


ni snap dari balkoni hotel...

kalau tak silap, hotel ni satu-satunya bangunan tinggi yang ada dalam kawasan ni...

pemandangan kawasan sekitar hotel




bilik kami

Alhamdulillah dapat tilam dan bantal yang empuk...


bilik airnya luas dan bersih. segala kelengkapan mencukupi...




dining area

hotel ni ada sediakan sarapan halal. tapi kena request laa dulu...



my breakfast plate👆👇





lobi hotel👆👇



ni laa kereta kuda yang anies cerita tadi. penumpang akan dibawa melawat kawasan sekitar selama 45 minit. kereta kuda ni kena booking dulu. oleh kerana tour agency dah siap booked sebelum kami sampai, jadinya sebaik tiba depan hotel, kereta kuda dah pun sedia menanti...


since anies tak naik kereta kuda, apa lagi? jomlah merayau sekejap kat kawasan sekitar sambil memerhati gelagat orang ramai sebelum malam menjelma. kawasan ni tak sibuk sangat. kenderaan pun tak banyak. 


tampak lengang je kan?

mini Lotus's ni cuma bersebelahan hotel je...

anies merayau sampai ke pintu gerbang tu...

ni laa pintu gerbangnya...

sebelah jambatan. di bawahnya ada sungai yang diberi nama Sungai Wang. bukan Sungai Wang kat Bukit Bintang tu tau😂

atas jambatan. masa tengah duduk lepak kat sini tiba-tiba ternampak dari jauh kereta kuda yang bawa ahli rombongan...

short video @ atas jambatan...

korang boleh sebut tak nama simpang tu?😂

cukup laa tu buat kenangan... sebenarnya tengah menahan nafas sebab bau yang tak menyenangkan dari sungai kat bawah tu😂


well tu je laa perkongsian untuk hari ni. thanks for reading... daa

29 comments:

  1. Wah, seronok baca pengalaman menginap di Regent Lodge tu. Nampak tenang dan selesa, sesuai betul untuk rehat sambil menikmati suasana Lampang.
    Terus rasa macam nak masukkan dalam senarai destinasi cuti.

    ReplyDelete
  2. Santainya sarapan outdoor gitu.
    Akak cuba baca nama juction tu….lepas tu tergelak sendiri 😂

    ReplyDelete
  3. ANIES NAIK KERETA KUDA RONDA BEST TU

    ReplyDelete
  4. Dapat tilam & bantal empuk pun dah selesa untuk rehatkan badan.

    ReplyDelete
  5. Saya browsing dulu tadi, lokasi Lampang ini, ternyata dekat chuang Mai yaaa. Bagus juga, apalagi unik ada banyak wisata kereta kuda 😄. Walaupun di jakarta kereta kuda begini msh ada sebagai transportasi wisata cuma hanya di kawasan tertentu saja.

    ReplyDelete
  6. Hotelnya baguss juga kak. Terlebih Krn sedia makanan halal. Jarang2 kan. Dekat pula dengan minimarket 👍👍.

    ReplyDelete
  7. Saya menyerah nak baca nama simpang 🤣🤣🤣🤣. Kebelit lidah langsung agaknya 😅😅.

    Bau sangat kah sungai di bawah tuh 🤭😅?

    ReplyDelete
  8. Lampang..? First time dgr nama ni.. oh tempat kuda.. okla boleh bawa wife dgn anak ride kuda di sana huhuu.. Kalau muslim mcm wajib stay hotel tu sbb bagi sarapan halal..

    ReplyDelete
  9. Memang rare kereta kuda pick up depan lobi hotel... 👍🏻

    ReplyDelete
  10. teringat sungei wang plaza! ehehehe

    ReplyDelete
  11. Kenapa tak naik kereta kuda, mesti best jalan2 tengok sekeliling.

    ReplyDelete
  12. Nampak tenang je suasananya, macam sesuai sangat untuk rehat lepas jalan-jalan sekitar Lampang.
    Gambar biliknya pun nampak selesa, terus rasa nak packing dan ikut jejak ke sana.

    ReplyDelete
  13. Bestnya dapat merayau2 naik kereta kuda

    ReplyDelete
  14. Banyak pengalaman ke Thailand ni ..happy enjoy travel..

    ReplyDelete
  15. Kapan ya bisa jalan2 kaya gini hehe

    ReplyDelete
  16. Baca judulnya sepintas Lampung, ternyata Lampung😄 lokasinya cukup bagus, hoyelpun nyaman dan bersih, kalau ada makanan halal gini jadi enggk terlalu sulit kalau mau makan, kalau di jogjakarta naik kereta kuda ini sekitar 100 ribu rupiah atau sekitar 30 RM

    ReplyDelete
  17. Um hotel encantador, feliz terça-feira pra você bjs.

    ReplyDelete
  18. Ingat kat Indonesia kat Lampung, tengok movie seram rasanya. Lobi dia cantik la.

    ReplyDelete
  19. Siap dengan koboi tu.... jauh import! hehehe

    ReplyDelete
  20. The hotel lobby looks beautiful. The food looks delicious. Your bed looks very comfortable.

    ReplyDelete
  21. Ala naper tak naik kereta kuda tu anies? Pengalaman rare tu. Kat Malaysia tak pernah nampak lagi kereta kuda hihi. Sekali imbas ingatkan nama tempat ni 'lempang' 😂

    ReplyDelete
  22. Wah ada Lotus kecik ya
    Siap ada kuda hah, seronok naik.
    Panjang betul nama junction dia hahaha

    ReplyDelete
  23. kenapa tiles kat toilet tu jenis licin macam tiles bilik.. rasa serbasalah nak basahkan hahaha

    ReplyDelete
  24. kalau buat tounge twister utk nama junction tu, entah macam2 bunyi jadinya

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆