Pages

Wednesday, 7 January 2026

مكة المكرمة، المملكة العربية السعودية: مبادرة توزيع الطعام

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Bersambung dari SINI.

beberapa hari sebelum berlepas, group leader (GL) ada beri cadangan dalam group WA fasal sedekah makanan (sabil) yang akan dibuat pada hari Jumaat masa kami berada kat Mekah nanti. Alhamdulillah, cadangan tu disambut baik ahli group dan berjaya mengumpul kira-kira RM3K++.

dan pada hari yang ditunggu-tunggu, sekitar jam 10.30AM kami pun berkumpul kat lobi hotel. bila semua dah ada barulah kami gerak ke stesen bas. 


kami tunggu orang hantar nasi kat sini (sebelah stesen bas / seberang jalan). tak ramai pun ahli group yang join...


pada mulanya GL cadang nak edarkan nasi kat kawasan masjid. tapi terpaksa diubah disebabkan laluan ke masjid mungkin bila-bila masa je akan ditutup untuk solat Jumaat.

lama jugalah kami tunggu nasi tu sampai. masa tu anies dah sedikit hampa esp. lepas dapat khabar yang mengatakan laluan ke masjid dah pun ditutup. masa tu dah pukul 11.00++ dan anies perasan, bas-bas yang bawa jemaah pun semakin berkurangan.

tunggu punya tunggu akhirnya bungkusan nasi pun sampai. tanpa berlengah kami sama-sama angkat kotak dan edarkan kepada orang ramai yang berada kat situ. Alhamdulillah... tak sampai 10 minit, semua nasi berjaya diserahkan.


kalau tak silap, semua sekali ada 100 bungkus nasi...

setiap bungkus nasi disertakan dengan sebotol air mineral. menu adalah nasi arab + ayam... tak tahu laa ayam masak apa sebab kami just bagi je.

ahli kumpulan kami tengah edarkan bungkusan nasi kepada orang ramai yang lalu lalang kat situ... well... masa korang pergi haji / umrah, ada buat aktiviti macam ni? acu share👇👇


okey laa tu je laa perkongsian untuk hari ni...
thanks for reading...
daaa

p/s lambat BW🙏

17 comments:

  1. MasyaAllah, seronok baca pengalaman ni. Aktiviti sedekah makanan memang beri makna besar, walaupun nampak kecil tapi pahala insyaAllah berganda. Lagi best bila semua ahli kumpulan bekerjasama, tak sampai 10 minit dah habis diagihkan.

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah... tercapai juga hajat nya...

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah ikhlas sumbangan kerana Allah saling membantu

    ReplyDelete
  4. kami buat sabil ni after jumaat. buat depan hotel je. habis licin gak

    ReplyDelete
  5. Me alegro que todo saliera bien. Te mando un beso.

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah, tercapai hasrat walaupun sedikit kelewatan, moga dipermudah rezeki semua

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah tercapai hajat 🤲🏻

    ReplyDelete
  8. Very interesting post.

    www.pagonasempreto.blogspot.com

    ReplyDelete
  9. bagusnya anies n kwn2 beri sedekah kpd jemaah yg kurang berkemampuan. Semoga diberikan ganjaran pahala yg berterusan. Aamiin...

    ReplyDelete
  10. Tak ada kak. Saya teringin juga lah. Nanti kalau bisa umroh lagi, memang nak buat sedekah begini juga 😍😍😍. Banyak juga terkumpul sampai 3k++ yaaa.

    ReplyDelete
  11. Banyak nya sampai RM3k... Moga semua ahli jemaah dimurahkan rezeki amin...

    ReplyDelete
  12. Me alegra que todo saliera bien . Siempre es bueno dar. Te mando un beso.

    ReplyDelete
  13. Biasanya sedekah gini namanya jumat berkah,kalau di tempat saya, memang ada beberapa yang melakukan ini, bersedekah bisa dimana saja dan tak perlu menunggu kapan dan di mana tempat berbaginya tapi memang lebih afdol kalau sedang umroh atau haji, pahala berlipat ganda.

    ReplyDelete
  14. Thank you so much for sharing. I don't travel, but I love your posts and photos. I have been having health issues 😕 and I am catching up on your posts.

    ReplyDelete
  15. Banyak yang dikumpulkan tu. Nak buat sabil kena cari sudut juga tu sebab nampak kadang yang beratur nak ambik makanan sabil ni, ada yang potong barisan.

    ReplyDelete
  16. 1 kepala kira 25 ringgit kalau nak buat sabil

    ReplyDelete
  17. Kalau sedekah takde org berebut takpe. Yang jadi masalah tu bila ramai yg serbu pastu berebut pula tapi kita dah niat baik mesti Allah mudahkan

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆