✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Bersambung dari SINI.
tapi sebelum tu... jangan salah sangka pulak... kami bukan pergi berjudi tau! kami just cuci-cuci mata je. kawasan kasino kat dalam hotel tu kami jeling je😂
kalau korang ikuti cerita jalan-jalan ke 5 negara ni, pasti korang dah maklum, bila masuk bandar di sempadan, pasti akan ternampak perkataan 'kasino'. contohnya masa anies masuk sempadan Thailand - Cambodia = Poipet dan juga di Kaysone Phomvihane (boleh baca kat SINI & SINI). so, bila kami jejakkan kaki kat Van Pak Len (VPL) ni, hmm... tak ada beza pun. 
kalau ada yang membezakan ketiga-tiga bandar sempadan ni, yang anies nampak adalah dari segi infrastruktur. VPL tampak lebih advance, maju & menarik berbanding Poipet dan Kaysone Phomvihane.
kata tour guide, Kings Romans Casino ni merujuk kepada bangunan (yang menyediakan kemudahan kasino) dalam kawasan GTSEZ (Golden Triangle Special Economic Zone). dan salah satu bangunan / hotel yang kami singgah ni, namanya Kapok Star Hotel. hahaha... tergelak sekejap bila dengar nama kapok. ingatkan nama tu untuk gitar kapok je... 
well anies perhatikan, banyak bangunan baru di sedang dibina. dalam tempoh 5 tahun akan datang, mungkin lebih meriah lagi kawasan VPL ni...
anies tak tahu nak tulis apa lagi... korang layan je laa ya foto-foto yang ada ni...
dari jeti, kami naik buggy yang disediakan pihak Kings Romans. sebenarnya ia lebih kepada 'jemputan ke kasino'... korang faham kan maksudnya?
dapatlah layan suasana sekitar VPL dengan buggy ni. cuaca agak terik pada hari tu tapi berangin.
binaan under construction memang bersepah-sepah kat sini... kata tour guide, semua ni bakal jadi hotel kasino...
antara binaan yang kami jumpa sebelum tiba di Kapok Star Hotel...

ni laa hotelnya...
main entrance...
siapa punya kereta ni? cepat, jangan mengaku!
sebelum masuk kena lalu pintu security ya... alaa pintu security macam kat airport tu...
short video @ lobi hotel

disebabkan pengunjung tak boleh snap foto casino, jadinya anies snap ruang depan / masuk casino je laa yaa...👆👇
ruang di tengah-tengah hotel👆👇

lepas merayau kat lobi, kami dibawa ke tingkat 7. kat sini lebih kepada ruangan santai... ambil angin petang or cuci-cuci mata melihat kawasan sekitar hotel ni...
well... tu je laa cerita jalan-jalan untuk hari ni...
thanks for reading...
daaa






















Mewahnya hotel. Pernah dulu menginap kat hotel yang ada casino di Las Vegas. Sekali tersilap jalan nak ke lobby. Termasuk casino. Pelik kan orang bertudung masuk casino.....tumpang lalu je bukan berjudi dalam tu. Panik kami seketika.....
ReplyDeletecantikkk weii hotel niii
ReplyDeletewah nampak mewah hotel kasino
ReplyDeleteWhat a beautiful place to visit and explore. Lovely photos.
ReplyDeleteigt g dubai..:)
ReplyDeleteBello hotel. te mando un beso.
ReplyDeletemewah betul hotel tu. hasil dri mende harom mmng gah2, hahaha
ReplyDeleteGah betul seni architecturenya, memang ciri-ciri penting kasino kan 😬
ReplyDeleteJauh perjalanan luas pemandangan. Suka betul baca kisah travel anies ni.
ReplyDeleteBeautiful photos, thanks for sharing.
ReplyDeleteHebatnya, bangunan kelihatan unik..amazing..Tahniah ya sejauh ini traveling..pasti rasa bahagia..Alhamdulillah..
ReplyDeletevery beautiful post, have a nice day
ReplyDeleteCantiiiiiiik. Teringin stay di hotel ini. Tapitak nak ikut berjudi 🤣🤣.
ReplyDeleteArti kapok di sana apa kak? Soalnya saya pun tadi tergelak baca nama hotelnya. Sebab kapok in Indonesian artinya, jera, tak akan berbuat lagi. 😄
ReplyDeleteRasa2 nya ini hotel casino megah yg saya lihat. Dulu saya pernah stay di hotel casino, tapi di Pyongyang. Cuma vintage sangat lah designnya 🤣
ReplyDeletewaw.. bersihnya.. sehelai daun kering pun takde
ReplyDeleteGrand betul hotel kasino ni. Lepas ni Genting dah ada persaingan la 😅 ingatkan korang stay kat sini. Baru excited nak tengok bilik dia camane hehe
ReplyDeleteNampak hotel memang macam kayangan sungguh.. Oh ya nama pun casino kan.. mesti la kena kasieeah
ReplyDelete