✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Bersambung dari SINI.
sebelum tiba di Mukdahan Border Checkpoint (MBC), bas berhenti sekejap kat masjid untuk ambil makanan yang dipesan tour agensi (TA). ikut plan asal, TA nak kami solat dan makan malam kat masjid ni. tapi disebabkan takut lewat tiba kat MBC, jadi mereka minta pembekal bungkuskan je makanan tu.
jarak dari masjid ke MBC cuma lebih kurang 10 minit je. tapi TA ada beritahu sebelum tu, semua urusan kat MBC kena selesaikan sebelum 8.00 malam.
sebaik tiba di Welcome Savan Resorts (WSR) office (berdekatan MBC), kami pun turun dan bawa bersama barang-barang yang perlu je. sama macam masuk ke Cambodia sebelum ni, luggage akan ditinggalkan dalam bas kerana bas kami tiada permit masuk (anies ada share kat SINI).
kat WSR ni, kami kena serahkan passport untuk pengesahan seketika. lebih kurang 10 minit kemudian, 2 buah mini bus (total 3 buah) muncul di situ. kami pun naik dan terus dibawa ke MBC.
sebaik turun dari mini bus, kami masuk pejabat dan beratur untuk scan 3 jari serta cop passport. masa tu, agak ramai jugalah sebab cuma tinggal lebih kurang setengah jam je lagi menjelang 8.00 malam. kata TA, pihak MBC akan berhenti beroperasi selepas jam 8.00PM. so kalau terlewat, pandai-pandailah nak hidup😂
bila semua dah dapat cop, kami pun naik mini bus semula dan terus ke pejabat Lao Customs (LC) yang jaraknya lebih kurang 3KM dan siap menyeberang Sungai Mekong, ya!
sayangnya... suasana sekeliling dah gelap. atas jambatan tak banyak lampu jalan. jadinya nak rakam / snap foto pun gelap je. kami just tengok je pemandangan malam di sekitar Sungai Mekong.
tiba kat LC, sekali lagi kami kena turun untuk cop passport. sebelum tu TA dah pesan, lepas dapat cop kat MBC tadi, tolong check sama ada tulisan dan cop yang tertera tu boleh dibaca atau sebaliknya.
kalau pihak LC tak boleh baca / undetected, tak fasal-fasal nanti kita kena patah balik! and 'kes' jadi lagi rumit sebab cop passport cuma diberi sekali sahaja / per day untuk urusan keluar atau masuk sesebuah negara. bila TA cakap macam tu, tiba-tiba rasa seramlah pula....
Alhamdulillah... segalanya berjalan lancar. sekitar jam 8.30 malam kami dah naik mini bus semula dan menuju ke penginapan.
foto tak banyak sebab larangan mengambil foto kat kedua-dua pejabat kastam. so, yang mana ada je anies kongsikan dengan korang. maaflah, foto gelap sebab snap pun curi-curi😂
@ WSR office... kalau korang tak menginap kat Savan Resorts, maka tak perlu ke sini. boleh proceed terus ke MBC...
depan WSR office. hampir sama macam kat Aranyaprathet (boleh baca kat SINI). ada ruang parkir yang luas untuk mereka yang keluar masuk Thai - Laos.
mini bus Savan Resorts yang akan bawa kami melepasi sempadan...
dalam mini bus. nampak je kecil. tapi boleh muat 25 orang, tau!
short video menuju ke MBC... kat MBC ni, yang banyak keluar masuk sempadan adalah lori, treler dan lori kargo. nanti ada masa anies share kenapa kenderaan berat ni pilih MBC untuk keluar masuk sempadan...
menyeberang Sungai Mekong... kata tour guide, yang bercahaya tepi sungai tu adalah restoran / gerai makan...

dah sampai LC. hanya mampu snap dari dalam mini bus je... korang nampak tak anjing warna hitam kat situ?
sebelum kami turun dari mini bus untuk cop passport...
welcome to Kaysone Phomvihane city a.k.a Savannakhet! welcome to Laos a.k.a Lao a.k.a Lao PDR a.k.a Lao's People Democratic Republic! (berapa banyak a.k.a daa😂) Alhamdulillah... akhirnya sampai jua di sebuah lagi negara ASEAN! sebelum ni pernah laa berangan nak pergi Vientiane (ibu negara Laos). tapi rupanya takdir Allah membawaku ke Kaysone Phomvihane dulu. cantik sungguh aturan-Nya! oh ya, nama tugu ni👆👆 adalah Dinasour Circle. jangan tanya anies mana dinasournya😂😂 sorry laa ya foto blur...
sebenarnya kan... ramai orang guna nama Savannakhet. tapi untuk entry kat Laos ni, anies akan guna nama rasmi Savannakhet iaitu Kaysone Phomvihane. nama ni diambil sempena nama presiden Laos yang berasal dari sini.
apa cerita kat Kaysone Phomvihane? nanti anies sambung...
esok anies dah start cuti raya. so kepada semua fellow blogger yang meraikannya... salam Aidiladha untuk kalian... hati-hati semasa pulang beraya, ya!
thanks for reading...
daaa
Baca tajuk memang tak faham lah. hihi...Rumit juga ye prosesnya. Pengesahan, cop jari pastue kena ambil cop lagi. Kalau tak jelas naya nak patah balik. Semua kena check betul-betul.
ReplyDeleteBesar jugalah mini bas boleh muat sampai 25 orang tu. Tapi masih ada ruanglah kan. Walaupun gelap malam tak menghalang untuk kita ambil gambar. Nampak anjing hitam di situ.
ya fiza. cerewetnya banyakkk😁
Deletetu laa sy pun x percaya pd mulanya boleh muat 25 org. tp bla dah kira sendiri baru percaya
Thank you!
ReplyDeleteurw
Deleteenjoyed your trip ;) selamat hari raya haji in advance anisgojess ')
ReplyDeletethanks cik tim
Deletesalam aidiladha sis anissss dear!
ReplyDeletethanks ana
DeleteUncle copy dan paste kat gugel translate judul tu, tau... hehehehe
ReplyDeleteapa maknanya?😁
Deletesaiz minibus tu macam van yg muat 10 orang tu je, tak sangka boleh muat sampai 25 orang!
ReplyDeleteokay tak sabar nak baca cerita laos ni sebab tak tahu apa yg menarik kat sana. dia pakai currency USD jugak ke?
ya sy pun x percaya tp.lps kira sendiri, baru laa percaya😁
Deletetak. laos ada matawang sendiri bernama Kip. tp kat sempadan tahi boleh guna bath or sempadan vietnam boleh pakai USD or Dong
Tajuk tak faham. Hihi. Baca isi baru tau.
ReplyDeletecnp je boleh tahu maknanya😁
DeleteWaaah ke Laos by darat ya kak. Menariiik nih. Saya cuma pernah merasakan via Darta dari Thailand ke Kamboja saja. Cukup sekali terimakasih 🤣🤣🤣
ReplyDeleteya fanny... siap merentasi sg mekong lg😁
DeleteLaos ini salah satu negara Asean yg nomor 3 saya sukaaa setelah Malaysia dan thailand. Kalo saja tiket kesana murah, pasti sering saya datangi.
ReplyDeletex pe. nanti high speed rail siap kita boleh ke vientiene direct dr bangkok ya!
DeleteDulu ke Laos juga dari Malaysia. Naik airasia macam biasa. Tp ke Vientiane dan vang Vieng . Vang Vieng memang best lah. Naik Zipline ekstreme dan hot balon, seruuu sangat.
ReplyDeleteKalo tempat yg perbatasan ini sudah pasti saya belum sempat datangi
ya dulu ada 2 destinasi by AA: vientiene dan luang prabang. sy dah penah buat survey untuk ke sini tp lepas covid, dah tutup ke luang prabang
DeleteBtw, selamat idul adha kak aniiiees. Tgl 7 yaaa. Kami esok tgl 6. Nih lah dah habis masak buat makan esok 🤣. Harus malam2 masak, biar pagi tak kalang kabut 😅
ReplyDeleteawal ya indonesia raya tahun ni. serentak dengan arab saudi
DeleteParece un buen viaje. Te mando un beso.
ReplyDelete¡Un viaje a nuestro país vecino siempre es bueno y divertido!
Deletebestnya dpt berkunjung ke sebuah negara yg jarang dilawati oleh rakyat Malaysia. Salam Aidil Adha, Anies...
ReplyDeletemudah-mudahan ada rezeki cikgu melawat laos suatu hari nanti
DeleteBaca namanya saja pelan" agak susah ..Selamat menikmati cuti hari raya.. Besok jangan lupa bakar sate 😄
ReplyDeletetak sempat bakar sate sebab cuti raya pendek 😁
Deletesalam aidiladha anies mai jalan rumah kak pulak
ReplyDeleteinsya allah kak
DeleteI can't read the title 🤔 but the trip looks so much fun.
ReplyDeleteSelamat Idul Adha!
boleh CnP title tu😁
DeleteSepertinya cukup nyaman naik bus kecil itu tapi bisa memuat sampai 25 penumpang...
ReplyDeleteSelamat hari raya Idul Adha untuk Mbak dan keluarga.
Salam,
ya tampak kecil tapi besar sebenarnya😁
DeleteKalau tidak ada basic bahasa laos, apakah bisa membaca sign di jalam
ReplyDeletedi laos ada dwibahasa. lao & roman (english) untuk semua papan tanda jalan
DeleteSelamat Idul Adha Anies... masih jalan-jalan terus ya.. semoga sehat selalu.
ReplyDeleteterima kasih
DeleteSelamat Iduladha Kak Anies, seronoknya trip to Laos. Negaranya moslem friendly ya
ReplyDeletelaos tak muslim friendly tapi orangnya baik2 belaka
DeleteAlhamdulillah.. Cantik aturan Allah buat Anies..
ReplyDeleteSalam AidilAdha Anies..
alhamdulillah...
DeleteKaget juga, ternyata minibus begitu bisa muat sampai 25 orang ya
ReplyDeleteya bila sy kira, baru sy percaya boleh muat 25 orang
Deletetak sabar untuk baca kisah seterusnya...sejujurnya saya tidak berani ke kawasan begini..
ReplyDeletekalau solo sy pun x berani😁
DeleteBest nya dah sampai Laos. Thanks for sharing trip ni.
ReplyDeletenanti g da nang boleh laa lajak ke laos. dah x jauh pun...
DeleteSejauh 3 km .. siap Menyeberangi sungai mekong lgi tu.. dah la tgh malam huhuu... Boleh pulak terhenti selepas jam 8 malam eh.. bab pandai pandai la hidup tu mmg gerun sekejap hahaha . 😅
ReplyDeletesbb sg mekong tu kan lebar. tu yg jd jauh jaraknya...ya mereka beroperasi sampai jam 8 mlm. kalau buka sy x sure pukul berapa
DeleteBelum pernah sampai Laos tapi dulu pernah berangan hendak ke sana. Moga satu hari nanti sampai juga.
ReplyDelete