✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Salam Aidiladha everyone! macam mana sambutan hari raya korang? best ke tak? harap-harapnya meriah walaupun kita meraikannya dalam cuaca yang panas dan tak menentu.
kat kampung anies cuaca mendung sejak dari pagi tapi tak membahang. dalam hati memang berdoa sangat-sangat... jangan hujan or jangan panas membahang. sebabnya kalau salah satu berlaku, confirm tak keluar rumah punyalah...
kat tempat korang pula macam mana? okey ke tak cuacanya?
Alhamdulillah... tahun ni sekali lagi dapat solat sunat aidiladha kat masjid. sama macam tahun lepas, solat bermula jam 8.00 pagi disebabkan ada program sembelihan korban sejurus selepas solat.
usai solat kami ziarah kubur atok, abah, ayah dan mak cik... al-Fatihah buat insan-insan yang telah mendahului kita...
short video. kejadian pada malam raya... 1 kampung blackout. syukurlah masa tu anies dah siap masak. bila dah gelap macam tu kami decide untuk tidur awal. lebih kurang pukul 11 lebih baru ada letrik semula...
kalau dah nama hari raya, memang tak sah kalau tak ada juadah raya, kan? tahun ni ada macam-macam makanan. yang masak, lain. yang orang bagi lain. pendek kata memang tak putus makanan. Alhamdulillah... antara juadah yang ada👇👇
sup gear box. fresh punya gear box. ambil kat tempat sembelihan then balik terus prepare buat sup. sup light (tak banyak rempah) macam ni anies suka sebab boleh hirup banyak kali😂
isteri pak imam masjid bagi mama seloyang besar roti paun. cicah dengan teh tarik panas memang terangkat oiii...
ayam pencen masak ungkep. anies cakap kat mama kat rumah ni dah lama kita tak makan pedas kan? so anies buat pedas sikit. tapi cousin cakap, tak pedas pun... adoi... kena letak sekilo cili kot?😂
kuih lopes. kuih wajib ada baik masa aidilfitri atau aidiladha... sesiapa pun datang, pasti akan cari kuih ni dulu...
sayur campur goreng ala ala sambal jawa...
bakar kaki lembu & kambing untuk buang bulu. ni👆kami buat masa raya kedua. opah anies ada buat korban kambing. lepas daging siap dibungkus kami pun bakar kaki-kaki ni. yang kaki lembu tu orang masjid bagi mama. lepas bakar, tapak kaki dibuang dan bulu dikikis sebelum direbus...
tu je laa cerita aidiladha kami. 'skripnya' lebih kurang sama je dengan raya yang lepas.
cerita raya korang pula macam mana? jom share!👇
linda pun suka sup yang light2 je..tak suka yang berempah...
ReplyDeleteKampung Anies di negeri mana tu?
ReplyDeleteKami di utara dah macam musim hujan - dah berminggu mendung/gerimis/hujan lebat.
Dah lama tak makan kuih lopes, jarang jumpa orang jual.
alhamdulillah meriah rezeki aidiladha
ReplyDeleteSelamat Hari Raya Aidiladha Anies dan family. Tempat saya pagi tu mendung je, agak bahang sikit. Banyak tu juadah raya. Di kampung abang ipar saya di Sabak Bernam pun blackout malam raya sampai pagi raya. Bergelaplah orang kampung buat persaiapan raya. Mujurlah masa tu Anies dah siap masak kan. Kalau tidak jenuh juga nak masak bercahayakan lilin.
ReplyDeletethank you!
ReplyDeletesedapnya sambal jawa tu....
ReplyDeleteSemua sedap, sup gearbox, ayam ungkep, kuih lopes, sambal Jawa.
ReplyDeleteAik? Uncle pun cerita 'gear box' la hari ni! sama!
ReplyDeleteRica comida. te mando un beso.
ReplyDeleteSelamat merayakan hari raya Idul Adha untuk Mbak dan keluarga.
ReplyDeleteYang saya rasakan Hari raya Idul Adha tak semeriah Idul Fitri, Mbak. Sanak keluarga yang tinggal berlainan kota hanya sebagian saja yang pulang.
Salam,
Kaki2 kambing tak boleh makan ke? SituI takde isi ek mcm kaki ayam?
ReplyDeleteSelamat Hari Raya Aidiladha.. kita tak balik kg pun beraya.. raya di rumah je.. tapi alhamdulillah dpt membantu dua buah masjid dlm aktivti qurban kali ini..
ReplyDeleteKaki Lembu tu ok kaki kambing blm pernah lagi lihat bagaimana ia diproses huhuu
ReplyDeleteMeriah sambutannya.
ReplyDeleteKami sederhana sahaja.