✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Bersambung dari SINI.
destinasi pertama kami ni... antara tempat yang sering menjadi tumpuan pelancong di serata dunia... rasanya tak perlu diperkenalkan lagi, kot?
lepas sarapan tour guide (TG) beritahu, kami mesti sampai sini sebelum 8.30AM. ni kerana kereta api akan lalu kat pasar pada 8.30AM dan akan berpatah balik pada jam 9.00AM.
kami tiba tepat jam 8.00AM. then TG bawa kami terus ke stesen Maeklong (jalan kaki). di kesempatan tu dapatlah anies tengok suasana pagi kat sini. kawasan penjaja yang sibuk dan pelbagai barangan dijual setiap hari.
Maeklong Station
stesen Maeklong adalah stesen terakhir untuk kereta api ni. kalau korang datang antara jam 8.00 - 9.00AM, jangan terkejut bila tengok ramaiiii pelancong kat sini.
berebut-rebut nak bergambar kat sini. tu yang tepaksa snap senget😂
@ stesen Maeklong. simple je binaannya... kat sini padat dengan manusia dan kenderaan yang lalu lalang sebab kawasannya sempit...
moh ler pijak landasan ni berjemaah😂 jangan risau. tak bahaya pun. cuma kena hati-hati supaya tak tersadung esp yang pakai 👠👠 tu.
suasana dalam stesen Maeklong. dah serupa food court pun ya😂 rasanya kat sini hampir tiada makanan halal...
us... total: 42 person includes 6 staff of TA... acu cari mana mem besar kau😂😂
Maeklong Railway Market
lepas bergambar kat stesen Maeklong, TG suruh kami masuk dalam kawasan pasar (pasar atas landasan kereta api) untuk saksikan sendiri macam mana peniaga-peniaga alihkan khemah dan jualan mereka sebelum kereta api sampai.
kat area situ juga ada line merah. it means, jangan berdiri/berada kat area line merah sebab itu adalah laluan kereta api. kalau degil juga, selamatlah korang terpelosok bawah kereta api😂
short video - suasana pasar sebelum kami tiba di Maeklong Station.
sebaik turun bas, korang akan nampak kawasan ni dulu sebab ia bersebelahan dengan main road. kiranya ni 'pangkal' pasar laa... masa ni kami tengah tunggu kereta api berpatah balik. anies malas dah nak berhimpit kat dalam kawasan pasar tu. so cepat-cepat lari ke tepi jalan dan standby je kat situ...
ni jadualnya kalau korang nak tengok kereta api lalu kat pasar ni. waktu pagi memang sesak dengan pelancong...
ni laa kereta apinya dan ia bergerak perlahan je masa lalu kat sini. time anies snap foto ni, tak sampai sesaat..."tinnnnnnnn" kemain kuat honnya😂😂 yelah... diorang pun tak nak ambil risiko cederakan orang ramai kan...
short video masa kereta api nak lalu kawasan pasar...
short video - suasana kat pasar...
short video - sebelum & selepas kereta api melewati kawasan pasar...
lagi sekali 📷 sebelum beredar...
Alhamdulillah... akhirnya dapat saksikan situasi peniaga-peniaga alihkan khemah + jualan mereka sebelum dan selepas kereta api melintasi kawasan sempit seumpama ni. situasi ni anies pernah tonton kat Nat Geo. tapi kali ni dapat tengok sendiri depan mata. mudah-mudahan, ada rezeki ke Hanoi kelak boleh alami keadaan sebegini kat sana pula.
well, kalau korang ada rezeki ke Thailand, bolehlah plan ke sini. jarak dari Bangkok ke sini lebih kurang 80KM. ada banyak public transport yang boleh digunakan termasuklah kereta api.
well that's all for today. thanks for reading...
daaa...
best best..MA pergi dulu x check time ketapi tu lalu, so tgk landasan je la..he he he
ReplyDeletealaaa cian nyaaa tak pe lepas ni boleh g lagi...rindu bangkok kannnn
Deletestesen ni popular sebab depa niaga kat tepi tue kan ...banyak kali masuk tv niee... insyaAllah one day will be there ... aminnn ;) cantik kan view kat situ , view org meniaga
ReplyDeleteya betul..
Deleteinsya allah aminnn
cer sambung cite pi Jepun sorang sorang ;)
ReplyDeleteyg tu belum plan lg... tabung tak penuh lg
DeleteTempat wajib singgah rasanya lokasi ni. Kawan-kawan yang ke sana pasti akan share suasana pasar pagi di sini.
ReplyDeletebetul tu alang2 dah smpi bangkok harus singgah sini
DeleteBestnya, keretapi lalu tepi, yang ni trip solo ke.
ReplyDeletebukan.. yg ni ikut rombongan
DeleteLaju tak kereta api tu gerak? Risau pulak tengok.
ReplyDeletems lalu kat pasar slow je. tp lps tu laju
Deletewahhhhh bestnya sis anies dah jejak kaki kat railway market ni! haritu ada tengok kat dokumentari jugak..
ReplyDeletedah tgk kat dokumentari lps ni bolehlah dtg ke sini pula
DeleteLinda estación. Te mando un beso.
ReplyDeletegracias ;-)
DeleteAntara cerita menarik ...bahaya juga jika terleka nak alih khemah jika keretapi lalu..sempat juga tengok mem besar dalam video tu
ReplyDeleters nya x sempat nk leka sbb hon kereta api ni ckp bingit😁
Deletepengalaman indah buat Anies, selalu kak ana tengok kat video2 orang share pasar ni :)
ReplyDeletealhamdulillah... ;-)
Deleteso nice place
ReplyDeleteyes
DeleteAda tak orang melompat naik atas ketapi tu?
ReplyDeleteada kot cuma sy tak nampak kejadian tu...
DeleteSeram juga ya sebenarnya, bener-bener di samping rel kereta.. tapi ini juga yang bikin pasarnya jadi unik dan menarik menjadi tempat wisata
ReplyDeleteRupanya inilah pasar yang mepet dengan rel kereta api. Sangat berbahaya sebenarnya ya
ReplyDeleteRamai nyaaaaa sampai 40an yg ikut 😅😅😅. Kalau saya JD TG, dah pening kepala menghitung peserta hahahahah.
ReplyDeleteDi Hanoi kemarin saya coba coffee train di sana. Tp di Hanoi ada 2 tempat, yg sisi katanya kiri dan kanan, dan 1 nya lagi hanya ada di satu sisi.
Tp trainnya cepat jalannya. Tak ada lambat. Cuma ada staff keamanan. Yg memastikan Orang2 minggir di tempat aman saat kereta akan lewat.
Itupun masih adaaaaaa saja turis nakal kak. Foto2 di tengah. Memang nak pindah alam kayaknya
Hi Anies. Lama dah saya tak datang sini.
ReplyDeleteBy the way, saya rasa macam katak bawah tempurung sebab saya tak pernah dengar nama tempat ni.
Best best.... Selalu tgk video org kalau ini tgk video anies pulak... Bila la nak smpai hatyai ni huhuu.. gigih diorng angkut semua brg niaga pastu susun semula bagai...
ReplyDeleteinsyaAllah nanti kami sampai di sini.. hehe.. plan tu ada anies tp tu lah, jauh juga kalau drive kan...
ReplyDeletePart alihkan barang tu yang seronok tengok kan..pas tu keretapi tu tak kena langsung kat bahagian barang2 tu...expert dah diorang...
ReplyDeleteSeronoknya jalan Thailand! Rindu nak ke sana nak merasa makanan halal kat sana, sedap :D
ReplyDeleteOh inilah tempat peniaga tepi landasan, alih khemah bila keretapi lalu sipi-sipi kedai, menarik dan unik tempat ni.. Best pengalaman dear anies..
ReplyDeleteSaya pernah tengok di Jakarta ada nih kereta yang melintas di antara pemukim an penduduk dan mereka pun berjualan di sekitar rel kereta api, jadi sangat berdekatan dan rapat sekali.. Yah berbahaya, tapi sepertinya masyarakat di sana sudah paham, karena sehari-hari memang begitu, tapi sy lupa di mana, kayaknya temen"blogger dr jakrta mungkin tau lokasinya😁
ReplyDelete