✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Bersambung dari SINI.
akhirnya.... akhirnyaaaaa! tamatlah sudah cerita jalan-jalan ke Jepun😂 punyalah lamaaaa nak habiskan. setahun kot baru selesai! almaklum laa... sharing pun seminggu sekali... waduh waduhhh...
berbalik kepada title... jujur cakap... kami sedih sangat nak balik. both nora dan farah cakap, boleh tak kalau tak nak balik? waaa... lagi sedih anies dengar.
ya... memang berat hati nak tinggalkan bumi Sakura ni. tapi apakan daya... hidup perlu diteruskan sambil berdoa, mudah-mudahan ada rezeki anies dan korang yang baca entry ni, akan dapat ke Jepun suatu hari nanti. aminnn...
lepas collect luggage kat hotel, kami terus ke stesen Higobashi dan turun di stesen Nishi Uemeda. then jalan kaki ke stesen Osaka. jarak dari exit Nishi Uemeda ke Osaka station West Gate agak jauh. syukurlah kami tak sesat dalam stesen tu.
lebih kurang 15 minit menunggu, train pun sampai. masa ni hati dah mula terasa sayu. nak menangis rasa seganlah pula. so, menangis dalam hati jelah.
perjalanan dari stesen Osaka ke Kansai Airport mengambil masa lebih kurang 50 minit. pada asalnya kami nak naik train Hello Kitty Haruka. tapi, waktu bertolak terlalu awal. then kami decide naik train biasa je.
kalau ikut plan asal kami nak bertolak lepas subuh. tapi disebabkan bimbang apa-apa terjadi pada pagi tu, then kami decide untuk bermalam je kat airport. lagipun kat Kansai Airport ada ruang untuk berehat. jadinya ia bukanlah satu masalah besar kecuali cuaca sejuk.
tiba di Terminal 2, kami terus cari port untuk berehat. bukan kami je lelapkan mata kat situ. ada ramai lagi yang berbuat sedemikian. tapi tu laa... cuaca sejuk akibat aircond dan bunyi bising buatkan kami tak boleh nak lena. dah nak dekat subuh barulah dapat lelapkan mata. haihh...
seawal 6.00AM kami dah drop luggage untuk check in. syukurlah Q tak panjang sebab kami naik VietJet. berbanding flight Air Asia. Q nya kemain panjangggg...
lepas drop luggage, kami pergi minum kopi sekejap. then sejam sebelum berlepas kami dah ke departure hall.
Alhamdulillah, flight berlepas tepat pada waktunya. sayonara Jepun. insya Allah, ada rezeki kami kembali lagi.
reserved je tapi tak naik pun...
laluan ke platform airport train...
hari / jam terakhir untuk guna JR Pass sebelum ia expired pada jam 11.59PM. so kami naik JR Kansai Rapid Service dan ni 👆 laa kereta apinya... kereta api ni akan berhenti di beberapa station dan berakhir di Kansai Airport. perjalanan mengambil masa kira-kira 50 minit. harga tambang sehala tanpa JR Pass adalah ¥1200.
antara terminal 1 dengan terminal 2...
kami berehat kat dalam terminal 2...
short video @ tempat kami berehat...
sementara menunggu kaunter dibuka...
boarding time...
flight kami. Vietjet. masa datang pun kami naik Vietjet. Alhamdulillah... smooth semuanya... cuma tu laa... tak ada makanan halal... kalau ada pun vegetarian food. sebab tu sebelum fly kami makan / minum siap-siap.
dalam flight... ramai juga penumpang pagi tu. kami berlepas pada jam 9.05AM...
semakin jauh meninggalkan bumi Sakura...
kalau kawan-kawan nak travel ke Jepun dan perlukan itinerary, boleh PM anies. insya Allah itinerary yang anies buat ni complete. beza cuma pada harga/mata wang je.
dengan ini berakhirlah cerita jalan-jalan le Jepun. terima kasih kerana sudi komen sepanjang perkongsian anies ke negara matahari terbit ni.
kalau ada apa-apa nak tanya, drop je komen korang kat bawah, ya!
daaaa...
Bestnya. Thanks for sharing Anies. Moga sampai kami ke bumi Sakura nanti. Aamiin. Insyaa Allah.
ReplyDeleteAerotrain kat KLIA tu sekarang ni asyik sakit je. Seronoknya dah menjejakkan kaki ke Jepun.
ReplyDeleteSelamat kembali ke tanah air (padahal dah setahun). Mungkin dah plan nak keluar ke mana-mana pula dah ni kan. Nampak kemas sahaja public transport negara Jepun ni.
ReplyDeleteCik untuk makanan dalam pesawat tak bisa request ya?
ReplyDeleteTak pernah pergi lagi japan ni
ReplyDeleteseronok sgt di Jepun ya sampai rasa xnak balik
ReplyDeleteParece que tuviste un buen viaje. Te mando un beso.
ReplyDeleteRumput tetangga memang nampak lebih hijau sis, temannya jadi gak mau pulang😁
ReplyDeletesemoga saya bisa jalan jalan juga ke Jepang hehe seru ya
ReplyDeleteTahniah Anies. Banyak info yang dikongsi sepanjang kembara di bumi Sakura.
ReplyDeleteSaya pun kalau tulis entri jalan-jalan oversea, memakan masa juga. Kalau simpan lama-lama, lupalah pula jalan ceritanya kalau tak buat catatan perjalanan.
standard la tu entry bertangguh bertahun. saya punya entry pegi jepun tahun 2018 sampai sekarang tak habis2 lagi. entahlah rasa macam tak sambung dahla kot xD
ReplyDeletenanti try pergi hokkaido pulak main salji! laah sekati je request kan? hahaha
Alhamdulillah. Selamat sampai ke tanah air.
ReplyDeleteHello! Wonderful photos from Osaka! I like very much vegetarian food. I wish you very nice wekend, regards!
ReplyDeleteBiarlah setahun pun janji habis ceritanya. Biasa lah tu bila seronok mengembara tak nak balik hihi.. cubalah cari kerja di bumi sakura mana tau ada rezeki :D
ReplyDeleteOh naik Vietjet ker? Best tak? buat la review sikit sebab tak pernah lagi naik Vietjet ni huhuu :D
ReplyDeletetrain kat KLIA tu rasanya dah setahun kot.. ntah bila la nak selesai kerja-kerja menaik taraf..
ReplyDeleteTidur airport macam di jepun ok jer selesa tak perlu tidur hotel. sama macam di Dubai huhuu..
Boleh jimat dan kalau jenis boleh tidur tak kesah apa yg berlaku kiri kanan mmg seronok la hihi..
best kan Japan. akak suka kyoto. insyallah anies boleh je pegi lagi nnt. akak tu lah sekali tu kot. kes takut tak sempat sampai airport pun buat kami stayed kat hotel yg hampir dgn airport. pun tu terlepas first train. kelam kabut check in. kenangan ye.
ReplyDeletemacaaaam seru sangat ke jepunnnn, ketemu captain tsubasa tak?
ReplyDeleteSemoga lepas ni ada rezeki Anies kembara ke Jepang lagi 😊
ReplyDeleteLepas ni nak study balik trip Jepun dari mula. Baca sekali harung 😁
ReplyDeleteJepang nih tak bosan2 memang divisit. Saya masih ada plan utk balik ke sana, nak eksplor Hokkaido dan sekitarnya saja. Tp mungkin setelah main trip Mongolia dan Turkmenistan saya selesai lah. Karena ke jepang nih butuh budget besar juga. Apalagi jika saya bawa anak2.
ReplyDelete