✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Bersambung dari SINI.
sengaja anies up kan entry ke Jepun ni pada hari Isnin sebab cerita jalan-jalan ke bumi Sakura ni bakal berakhir minggu ni. so, kenalah laju sikit kah! kah!
malam terakhir di Osaka, farah dan nora nak makan wagyu. tapi anies tak nak sebab tekak melayu ni nak telan nasi juga. so anies pindah ke restoran sebelah restoran wagyu dan terus order makanan.
area Dotonbori ni banyak restoran halal. korang kena rajin carilah. tak pun refer je influencer muslim Jepun yang buat review makanan halal kat sana.
Alhamdulillah... bila dapat telan nasi, rasa bahagia sangat walaupun bukan beras basmathi😂 kari ayam yang anies order ni pun menepati selera. walaupun portion nya nampak sikit tapi percayalah... mengah jugalah anies nak habiskan hidangan ni.
usai makan, kami terus naik train dan pulang ke hotel untuk bersiap-siap berangkat ke airport.
restoran ni kat tingkat atas ya... tingkat bawah adalah restoran wagyu...
antara menu yang ada...
restoran ni kecil je. ni pintu masuk lepas naik tangga...
nasi putih dijudukan dengan...
kari ayam dan...
...salad. ni menu set. kalau nak order ala carte pun boleh. set ni berharga ¥1200! woi!!! jangan convert to RM lah!😂
suasana dalam restoran. since ramai customer, so anies kena tunggu hampir 10 minit jugalah. jug berisi air kosong tu FOC.
tu je laa perkongsian untuk hari ni. thanks for reading.
daa
Tempat makan kat Jepun ni kecik2 je kedainya ya.....kalau dah tekak kita yang biasa makan nasi pasti nak cari nasi jugak. Kalau hari 1-2 ok lagi...lepas tu mulalah nak makan makanan kita pulak.
ReplyDeleteWah, kari 🐔 dia siap ada telur!
ReplyDeleteRestoran wagyu....bilakah saya nak merasa daging kayangan tingkat tujuh ni hihihii.
Mantap sekali harganyaaa 123 juta rupiah. Kalo disini sudah kebeli mobil second itu mbak, hahaha
ReplyDeleteEntah mengapa negara-negara Asia Timur ni agak kurang berahi untuk dikunjungi, salah satunya sebab takut susah nak cari makanan yang halal. Senang ke?
ReplyDeleteSEDAPNYA JAMU SELERA NASI GULAI DAGING MAHE SIIKIT XPA ADA BAJETNYA
ReplyDeleteParece un buen lugar. Te mando un beso.
ReplyDelete