Pages

Monday, 2 September 2024

Roti Mentega Brioche Shokupan Gold by Sunshine

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Sebelum ni anies pernah share fasal roti susu Hokkaido (baca kat SINI). dan... tak sampai setahun, pihak Sunshine dah keluarkan roti baru.

shokupan ni sebenarnya roti berasal dari Jepun. manakala brioche pula roti dari Perancis yang kaya dengan mentega.

atas inisiatif pihak Sunshine mereka menggabungkan kedua-dua roti ni menjadi 'satu' dan pengguna dapat merasakan keenakan kedua-dua roti ni dalam satu gigitan. haa gitu... ayat skema iklan betul!😂

 

balik kerja tak semena-mena singgah 7E. masuk je, terus nampak roti ni atas rak. memang tak tunggu lama laa. capai dan terus bayar! harga pengenalan roti ni adalah RM4.50. harga asal RM4.80 sebungkus. buat masa ni, roti ni boleh diperoleh di KL, Selangor dan Negri Sembilan.

ni laa rotinya. sebaik bungkusan dibuka, menusuk-nusuk bau mentega. sedap sangat! ni kalau bakar sikit then tabur gula... pun sedap! roti Sunshine agak tebal dan memang puaslah makan macam tu je.

cicah dengan teh tarik panas... fuh heaven, mat! sedar sedar roti tinggal 3 keping je. tak cukup nak makan sarapan esoknya😂


korang boleh dapatkan roti ni di kedai-kedai 7E or, stesen minyak Shell or Jaya Grocer. then, buat masa ni belum jumpa lagi roti krim / roti bungkus untuk brand ni. kalau ada nanti, anies update.

that's all
daa..

31 comments:

  1. Yes, saya pun tengah nak cari roti baru Sunshine ni… setakat ni tak sempat grab dah habis.

    ReplyDelete
  2. mcm menarik je ni.. leh try kalau jumpa.. tq for sharing!

    ReplyDelete
  3. wahhh anies tq for sharing, boleh cari nih :)

    ReplyDelete
  4. Belogkiter sejenis suka roti. So insyallah pasti akan cuba juga ni.

    ReplyDelete
  5. Suami akak suka sangat roti ni..every week memang beli kat Jaya Grocer sebab kedai2 biasa takde...

    ReplyDelete
  6. aritu opismate share juga psl roti ni tp tk jmpa lg

    ReplyDelete
  7. I love brioche with coffeee, thanks for your sharing

    ReplyDelete
  8. Best nya roti ni. Tapi kedai runcit sini tak ada roti macam ni. Tak rajin pulak ke aeon atau lotus atau jaya grocer.

    ReplyDelete
  9. Dah try hari tu. Memang sedap. Roti lembut dan rasa mentega tu best.

    ReplyDelete
  10. Sebagai penyuka roti"an...suka nih yang aroma menteganya kuat,pasti gurih dan lembut..cocol teh atau susu hangat...sedaap👍

    ReplyDelete
  11. Belum pernah terjumpa lagi roti ni di kedai. Kalau ada nak try jugak la.

    ReplyDelete
  12. Me gusta el pan, Te mando un beso.

    ReplyDelete
  13. hi anies..jawab kat sini, boleh kan.... 1st of all, sorry sbb MA x byk & jarang guna train masa di bangkok dulu, so x mahir sgt... mostly guna grab je...
    but in term tempat2 menarik yg boleh di cadangkan...
    - Chatucak Market (weekend sahaja) ni.. ada boleh naik train.. BTS train
    - Icon Siam... mall yg interior design nya cantik & ada in door floating market kat bawah mall tu (https://findyouthere.com/how-to-get-to-iconsiam/)
    - Platinum Fashion Mall - banyak jual baju2
    - MBK Mall - ada restoran halal - Yana & boleh beli souvenir2 and worth it la
    Bangkok ni byk mall Central World, Siam Paragon....

    ada 2 train kat Bangkok ni... BTS & MRT
    https://travelhappy.info/bangkok-bts-and-mrt-map/

    pasal air port .. kalau naik MAS, akan turun di suvarnabumi & kalau naik Air Asia akan turun di donmueng. dua2 pun ada train , kalau x silap MA

    and boleh try juga naik water taxi diaorang (public boat service) x mahal pun

    halal rest at bangkok, selain Yana Restauran kat MBK, MA rekomen Usman Thai Muslim rest, kat area sukhumvit

    kalau nak pegi wat..Wat Arun ni popular and Grand Palace

    harap dpt la membantu sikit2 yer.. :-)

    ReplyDelete
  14. Ni roti fav suami kak SA ni...x banyak tempat ada jual kat Seremban...jumpa hari tu kat Jaya Grocer je

    ReplyDelete
  15. Hari tu nampak adik beli dekat kg.. Dia buat umpan mancing weyhh... Hahaha...

    Lepas tu, baru linda pulak nampak.. Tak masuk kafe hosp lagi jenama nie...tp,ok..lembut sedap roti dia

    ReplyDelete
  16. Haritu viral kt twitter hahaha. Manis tak roti ni? Rasa mcm kek ke?

    ReplyDelete
  17. ammi belum pernah beli lagi walaupun tinggal di N.9

    ReplyDelete
  18. Isssh di sini roti seperti brioche atau shokupan hanya dijual di bakery premium. JD tak dijual retail di supermarket. Krn itu agak mahal.

    Roti macam nih dibuat sandwich best 😍😍. Penasaran pula dengan rasanya. Yg susu Hokkaido tuh saya sukaa memang. Apalagi fylly yg memang tak suka nasi. Dia yg paling banyak makan roti milk kemarin yg kakak bagi 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. sana laa shokupan kat sini sebungkus je dah rm10++
      oo ya ke? kalau tau fylly suka sy bawa lbh sikit. x pe nnt dtg sini sy bg lg termsk yg ni😁

      Delete
  19. sedap pla tgok... tapi Yaya xbole da makan makanan ber-karbo ni..huhu org kurang sihat la kata kan..

    ReplyDelete
  20. Roti ni viral jugak kan. Ramai yang membeli dan share cakap sedap. Ini yang buat kita nak cari jugak ni.

    ReplyDelete
  21. Sedap roti ni ..terbau- bau aroma butter tu .. lagi-lagi kalau dapat toast kejap ..lalu cicah dengan air panas .

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆