Pages

Tuesday, 3 September 2024

August for blogger Carneyz

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Alhamdulillah... masuk bulan baru, tradisi yang satu ni masih dapat diteruskan. anies pun tak tahu sampai bila ia mampu 'bertahan'. kalau boleh memang nak buat sampai bila-bila tapi tu laa kan... what happens in the future... we don't know...

tapi bak kata orang, selagi ada masa dan kesempatan ni, hargailah. agar tak menyesal di kemudian hari... haa... gituww...

bermadah-madah pula mukadimah kali ni. padahal niat asal nak terus perkenalkan blogger pilihan bulan lepas...😁


well... rasanya ramai dah kenal pemilik blog ni, kan?


anak jati Sarawak yang sekarang ni menetap di KL bersama keluarga; merangkap ibu kepada 2 cahaya mata perempuan plus ibu kepada 2 anak bulus... siapa lagi kalau bukan... blogger Carneyz!💃💥💞

sekadar mengungkit 'sejarah'... anies tak ingat sejak bila kami mula kenal dan lepas tu saling berBW. rasanya sekitar tahun 2022 kot? kalau silap blogger Carneyz tolong betulkan ya...

dan macam biasa laa... bila kita saling berBW secara tak langsung kita dapat 'buat kawan', bertanya khabar etc walaupun sekadar di alam maya.

tapi kan... meskipun sama-sama duduk dalam area KL... namun kami masih belum ditakdirkan lagi untuk berjumpa secara f2f. pada hari raya beberapa bulan lepas blogger Carneyz ada jemput anies datang ke rumah tapi masa tu anies balik kampung pula... barangkali rezeki nak jumpa sila baca: borak bagai nak rak tu akan 'muncul' lepas ni kot? insya allah... ada sesiapa nak join sekaki dua?😂

last but not least... terima.kasih banyak banyak kepada blogger Carneyz sebab sudi singgah sini. so, kawan-kawan yang baca entry ni, kalau tak follow lagi blog Carneyz or nak berkenalan dengan empunya blog, nanti klik kat SINI ya!

blog Carneyz ni lebih kepada perkongsian peribadi. tak ada specific theme. biasanya apa yang dia lakukan bersama keluarga, itulah yang dikongsikannya terutama tempat-tempat makan menarik kat sekitar KL so warga KL yang bosan makan (tempat) benda sama je, acu pergi ke tempat-tempat yang blogger Carneyz pernah singgah tu. mana laa tahu kena dengan selera dapat makan free kan...

oh lagi satu sebelum terlupa. to blogger Carneyz: nanti saguhati tu saya pos kat alamat yang diberi tempoh hari tu ya!

well... that's for today.
thanks for reading...
daa...

15 comments:

  1. Dah lama tak baca blog review kwn blogger yg lain...

    ReplyDelete
  2. Tahniah Carneyz utk blogger of the month... Ehhh.. Iye je ayat nie... Hihihi

    ReplyDelete
  3. Saya lumayan sering ke blog nya..begitu juga dia sering berkunjung ke blog saya

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah dan Tahniah Carneyz. Memang suka baca blog Carneyz.

    ReplyDelete
  5. Te deseo un buen mes de septiembre y te mando mucho animo y mi cariño Parece un genial blog.

    ReplyDelete
  6. Kak anies peramah, rajin buat kawan online 😁

    ReplyDelete
  7. ammi pun suka blog carneyz...reviewnya jujur.

    ReplyDelete
  8. Uwaaahhhhh congrats Carneyz 🎉🎉🎉🎉🎉. Saya pikir kakak dah pernah jumpa dengan Carneyz. Ternyata belum yaaa...

    Memang seru lah kalo ketemu. Dan rekomendasi tempat makan yg dibagi Carneyz selalu sedaaap 👍👍🤤😄

    ReplyDelete
  9. ingatkan Yaya tak follow lagi. usha jap follower kat blog dah follow ghupenyer hehe. lama sgt da Yaya xBW.. huhu

    ReplyDelete
  10. Tahniah buat pemilik blog Carneyz. Yelah kan Anies, kita hanya mampu merancang. Selagi ada kesempatan, kita teruskan gitu.

    ReplyDelete
  11. Boleh tak saya tak perasan entry pasal blog diri-sendiri kat sini? 🤣🤣 TQ Anies sudi bagi highlight dekat blog saya. Kalau nak keluar jumpa lepak sama2 tu jom la hehe.

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆