✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Seingat anies, kali terakhir jejakkan kaki kat MATTA (Malaysian Association of Tour and Travel Agency) Fair ni, tahun 2017. masa tu datang pun sebab nak dapatkan tiket kereta api free sebelum fly ke Taiwan.
lepas tu tak jejak dah ke sini. tambah pula lepas diorang pindah venue ke MITEC (Malaysian International Trade and Exhibition Centre). lagilah payah nak datang.
kali ni tergerak hati nak pergi sebab ada shuttle bus free. so, senanglah sikit. tak payah bawa kereta then kena parking jauh-jauh. dah laa kat area MITEC tu sesak giler bila ada acara sebegini.
selain tu, tujuan ke sini sebab nak tengok kot kot laa ada destinasi baru yang dibuka untuk warga Malaysia ni. contoh: ke Nairobi, Kenya.
tapi cari punya cari, terjumpa satu destinasi yang kiranya pertama kali anies dengar: Murmansk @ Rusia.
kalau sebut Lapland, Finland rasanya semua orang dah tahu... ni lokasi popular nak tengok aurora. then Murmansk ni pun kira sama jugalah macam Lapland. destinasi layan aurora...
dan lagi satu, anies jumpa booth tour agency dari Bhutan! you know kan... Bhutan ni agak strict nak terima pelancong. tapi bila dia dah buka peluang macam ni, tiba-tiba anies pula yang excited! yang entertain kat booth tu pun orang Bhutan sendiri! tapi... bila tengok harga pakej dia... fuh! gigil mak, noks! harga dah sama macam pergi Lapland!😂
then anies jenguk-jenguk jugalah pakej ke negara-negara @ Amerika Selatan. pakejnya memang ada tapi tak banyak agensi yang offer. jangan tanya harga. boleh tercekik dibuatnya😂 contoh, 3 negara: Ecuador, Colombia dan Bolivia. RM40K++ ko! fuhhh... jual buah pinggang pun tak lepas ni😂😂
selain destinasi baru, anies juga cari itinerary. ada tour agency yang sediakan itinerary FOC (tapi kena pandai tanya). bila ada itinerary ni, kalau kita nak pergi Mongolia contohnya. just refer je itinerary tu. adjust sikit ikut kesesuaian fulus bajet dan kemampuan. haa... tu laa antara kelebihan MATTA Fair ni😂
dan macam biasa, ada beberapa keping foto yang sempat anies rakam untuk tatapan korang yang tak sempat nak ke sini minggu lepas.
main entrance MITEC. naik shuttle bus kat depan pintu masuk. ko rasa? dari kena parking jauh-jauh sampai ke Masjid Wilayah tu, baik laa kau naik shuttle bus je. dah laa free. tak payah nak fikir jammed, trafik bagai...
lobi MITEC👆👇
nak pergi mana dulu? anies start dari level 1.
LEVEL 1
entrance level 1
kat dewan level 1 ni dipenuhi produk pelancongan domestik. semua 14 buah negeri (wakil) kat Malaysia ni ambil bahagian. tak ketinggalan juga ada majlis perbandaran turut serta seperti Perbadanan Putrajaya. produk pelancongan domestik yang 'paling laku' adalah taman tema. almaklum laa minggu depan kan dah start cuti sekolah.
bagi orang dewasa pula pakej seperti glamping, jungle tracking, hiking etc yang banyak diserbu. berpinar biji mata tengok pakej menginap kat Taman Negara bermula serendah RM150!
ada ruang untuk berehat, buat aktiviti sampingan etc kat sini.
booth makanan dan minuman pun ada... kat luar kawasan MITEC ada food truck.
short video @ level 2
LEVEL 2
entrance level 2.
kat level 2 ni khas untuk mereka yang nak beli pakej pelancongan luar negara. sebut je nak ke mana? pakej ke bulan je yang tak ada😂😂
nak beli tiket flight, nak tanya itu ini fasal tiket, datang je ke level 2. tapi secara peribadi anies tak galakkan korang beli tiket flight kat sini. better tunggu offer. tapi kalau malas nak tunggu, beli je kat sini.
produk pelancongan Muslim pun dah banyak. cari je Muslim friendly travel. banyak dah para agensi tawarkan... pakej yang 'no shopping visit' pun ada juga.
tiket flight domestik ke... antarabangsa ke... semua ada kat sini. $$ je yang tak berapa nak ada😂
masa nak keluar, ternampak artis Nabila Razali tengah diwawancara. dia ni duta Taiwan travel...
ni laa yang anies cakap kat atas tadi. pakej travel ke benua Amerika Selatan. fuhh... yang Mexico tu sedap pergi ke sana time World Cup nanti...
dear blogger JP Alexander: ¿por qué es tan caro visitar tu país? 😅😅
short video @ level 2
LEVEL 3
main entrance level 3
kat level ni, booth terdiri daripada agensi pelancongan dari negara luar seperti Korea Selatan, Jepun, Türkiye, Indonesia dan lain-lain.
contoh, korang nak dapatkan info makanan halal kat Jepun untuk solo travel. so datang je ke sini. ada berpuluh pamplet disediakan untuk korang refer.
Türkiye tourism agency....
kat sini juga booth untuk mereka yang nak cari pakej umrah & ziarah...
insya Allah... mudah-mudahan rezeki tahun depan menyebelahi... doakan anies, ya...
anies naik shuttle bus kat sini. depan Sunway Putra Mall. satu lagi pick-up point kat KL Sentral.
well tu je laa perkongsian untuk hari ni... lambat BW🙏🙏 apa-apa pun terima kasih tinggalkan jejak🫰
thanks for reading
daa
Travel fair seperti ini rutin juga di jakarta. Tp tuhlah Krn ramai saya tak pernah mau DTG. Untungnya beberapa travel selain jualan di booth, juga jualan secara online via IG. JD kalo ada yg tertarik dengan paketnya, saya lgsg contact.
ReplyDeleteMursmanck itu semblpat booming 2 THN lalu di Indonesia kak. Banyak yg kesana. Apalagi travel sini banyak jual paketnya. Travel yg waktu itu saya pakai ke Korea Utara, juga jual paket mursmank. Dan tak mahal sangat dia.
Bhutan pun ada. Kemarin hanya 35juta. Tp tuhlah tabrakan dengan jdwal saya pergi tempat lain.
Yg Cuba memang mahaal yaa. Nampaknya pergi sendiri saja. Kemarin itu salah satu traveler terkenal di Indonesia, trinity, ke Cuba sendiri. Saya nak contoh rute dia. Mumpung visa US saya masih aktif juga.
Alamak, ruginya tak pergi! Ingat nak cari pakej umrah. Lepas tu nak tengok pakej tengok aurora walaupun nak perginya entah bila hihi.
ReplyDeleteEvent yang dinanti² kan oleh kaki travel macam Anies. Memang patut pergi. Bagus juga disediakan bus shuttle free. Siap stop depan pintu masuk lagi. Tak payah pening nak cari parkir kan. Senang kerja.
ReplyDeleteIni pun dah meriah ramai orang. Dengan food truck dan artias lagi. Ada bajet banyak syoklah ni booking.
Best nya Anies. Macam2 pakej ke tempat yg jarang dengar. Alaa ada hal la masa tu tak dapat nak pergi.
ReplyDeleteteringin nak melancong gak cuma duit je x berapa cukup lagi..
ReplyDeleteGenial lugar. Te mando un beso.
ReplyDeleteoh skarang kt MITEC ye...biasa pegi kt pwtc dlu2...pi matta fair syok dlu2 dpt grap mcm2 voucher..harga pn ok ..skarang tk tau la sbb dh lama tk pegi kan
ReplyDeleteTak pernah lagi singgah mana-mana Matta Fair...takut terjebak tiba-tiba nak travel.
ReplyDeleteGenial feria. Te mando un beso.
ReplyDeletemenarik dan membuka mata untuk mengelilingi dunia...mudahan Anies diberi rezeki yang melimpah ruah agar dapat pergi ke mana saja nanti...aamiin
ReplyDeleteIni satu even yang di tunggu para travelers sejati, kalau saya cuman ikut-ikutan liat aja, banyak juga pilihan paket nya.
ReplyDeleteKalau datang sini mmng kerjanya kutip phamplet atau goodies jela xD yg bhutan tu kan, haritu pernah tengok dia punya iklan visit bhutan. Cantik sungguh negara dia. Macam ala2 cina pulak view kat sana. Tapi tak ramai orang malaysia share pengalaman travel pegi bhutan ni
ReplyDelete