✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Meneruskan azam 2024... Alhamdulillah... masih konsisten lagi. masuk kali ni... yang ke 4 daa...
bekam ni tak digalakkan buat secara kerap. at least selepas 40 hari baru repeat. ni staf ar-rayyan yang pesan. tapi anies buat selang 2 bulan dan kali ni buat bekam kepala je.
lately banyak benda kena fikir. tambah pula cuaca panas. kadang ting tong jugalah dah macam fikir masalah negara kekdahnya
masa buat bekam, terasa darah tu mengalir laju. sebelum ni okey je. kata staf kat situ, "ada banyak angin ni" bila mana dia refer keadaan darah yang keluar tu. memang banyak angin pun. angin malas, angin pus pus, nak pergi makan angin... angin sakit hati pun ada sekali tu😂😂
sesi bekam kepala ni sekejap je. dalam 15 minit dah selesai. sebelum ni anies buat kat belakang kepala. kali ni bahagian depan pula. maaf laa ya... gambar ada tapi tak boleh nak tunjuk... aurat, noks!
usai bekam, start daa dia punya mengantuk. sambil jalan pun terasa terhuyung-hayang. then singgah IOI Mall Puchong, nak makan tengah hari. tapi lepas makan boleh pula dia 'sambung' balik rasa mengantuk tu😂
lepas 3 hari ni, okey dah. tak ada apa-apa kesan yang teruk. korang, kalau rasa takut-takut nak bekam, try dulu buat bekam angin. yang ni tak rasa apa-apa pun. once rasa dah okey cuba buat bekam darah pula.
jangan takut. bekam ni kan sunnah. kalau tak masa kan Nabi SAW recommend kita buat demi untuk kesihatan. cubalah!
bilik rawatan. 1 room per customer. tak campur ya lelaki - perempuan.
lepas bekam, dapat secawan teh hijau panas.
macam biasa, anies buat bekam ni kat Spa Bekam ar-rayyan @ SS27 Shah Alam. spa ni ada banyak cawangan di seluruh negara. just Google je untuk dapatkan details tentang spa ar-rayyan berdekatan kediaman korang.
that's all for today. p/s lambat BW...
daaa
dah google tengok spa bekam ar-rayyan ni ada dekat Kuantan nak cuba juga la
ReplyDeleteammi pernah buat bekam 3 kali je sepanjang usia 45 tahun ni. 2x bekam angin sekali bekam darah. nanti nak cuba book slotlah sebab kalau ikut yg sebenar bukan boleh belasah je pergikan. kalau tak silap ammilah. macam ada hari yang digalakkan, ada hari yang tak boleh buat bekam sebab boleh membanyakkan penyakit
ReplyDeleteOoh…ada bekam angin, bekam darah.
ReplyDeleteTak pernah berbekam sebab takut..haha!
Tapi Anies dah buat 4x, kira okeylah kan berbekam ni.
InsyaAllah nak cuba jugak suatu masa nanti.
Lepas bekam memang akan mengantuk ke, Anies? Ke kalau kita bekam kat kepala je yang buat mengantuk…
ReplyDeleteSaya rasa saya pernah bekam sekali dua je. Tu pun kat betis.
Mudah-mudahan lepas berbekam ni segala-mala angin pus pus dan kawan-kawannya akan hilang 😁
ReplyDeletetak pernah pulak berbekam..kena cuba jugak nie nanti
ReplyDeletebagus tul..bekam MA x pernah try & x berani lagi.. akupuntur pernah dah.. in sya Allah one day nak try jugak ni
ReplyDeleteKak SA nak buat bekam plak la nanti..nak cuba buat bekam angin dulu...
ReplyDeleteKalau bekam kepala ni sama mcm bekam badan ke? Haritu baru tgok kakak saya buat bekam badan yg buang darah2 kotor tu. Takut pulak sbb badan mcm bengkak2..
ReplyDeleteWak tak pernah lagi cuba try buat kaedah perawatan bekam ni
ReplyDeleteWak tak pernah lagi cuba try buat kaedah perawatan bekam ni
ReplyDeleteUncle urut selalu lah... tapi bekam tak pernah!
ReplyDeleteTe mando un beso y cuidate mucho.
ReplyDeleteOrang kata best berbekam ni. Tapi saya penakut darah. Seram nak buat. Kalau berbekam di kepala kena buang rambut sikit kan kalau tak silap.
ReplyDeleteEh sempat lagi tu dia pergi jalan jalan kat IOI. hihi...
Teringin coba, tp msh takuuuut hahahahah. Raka waktu itu sempat, di bagian punggung dia, Krn suka sakit tulang belakangnya.
ReplyDeleteBelum pernah cuba bekam lagi. Ada orang kata lepas buat bekam badan rasa sakit-sakit, lebam-lebam. Takut pulak nak try
ReplyDeletetk pernh lg cuba
ReplyDeleteLepas keluar angin...in shaa Allah ksihatan bertambah baik dan rezeki pun bertambah untuk makan angin di seberang laut...saya doakan...aamiin
ReplyDeleteSeumur hidup baru satu x melakukan bekam.
ReplyDelete