Pages

Thursday, 16 May 2024

Singgah LiverpoolFC @ Sunway Pyramid, Bandar Sunway

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Bersambung dari SINI (lama betul nak sambung😂)




dapat tahu fasal kedai ni pun melalui X (Twitter). so, alang-alang dah sampai Sunway Pyramid anies terus ke sini.

beberapa tahun lepas, LFC ada buka store mereka kat Lot 10, Bukit Bintang. then... tahu tahu je dah tutup. nasib baiklah anies dan blogger Sal sempat ke sana.

BTW, store LFC ni kepunyaan al-Ikhsan; salah sebuah kedai barangan sukan popular di Malaysia. apa yang anies tahu, al-Ikhsan memang ada dapat lesen untuk edarkan barangan rasmi LFC kat sini.

kalau korang masuk mana-mana store al-Ikhsan, pasti korang akan jumpa satu sudut khas untuk items LFC. tapi kat Sunway Pyramid ni, al-Ikhsan buka satu store khas untuk fans LFC.

apa yang best ada kat sini? of coz laa korang akan dapat beli produk terkini LFC tanpa menunggu lama. sebagai contoh, kit collaboration LFC v LeBron James (pemain bola keranjang LA Lakers. LeBron juga antara pemegang saham LFC).

selain tu, ada pelbagai lagi produk seperti official merchandise, jersi pasukan, memorabilia etc.

dari segi harga... ya, mahal. agak susah nak jumpa barangan yang berharga bawah RM50. kalau ada pun, tu disebabkan diskaun atau barangan tu mungkin dah tak releven lagi buat fans LFC seperti mafla Jordan Henderson yang dijual pada harga RM45 sehelai.

so, anies beli apa kat situ? tak ada beli apa-apa. just singgah untuk cuci mata je dulu. jersi LFC tak ada yang cun buat masa sekarang. tunggu je laa Adidas jadi main sponsor tahun depan.


diorang tak update pun 'wall' ni...

jersi home (merah), away (hijau putih) dan 3rd kit (Pasha ungu)...

jersi retro... jersi untuk kanak-kanak pun ada...

kalau tak nak beli jersi, boleh beli beg...

ni jersi lama tahun 90an dulu. buruk betul design nya. memang sesuai laa dengan prestasi hauk LFC masa tu 😂😂

official merchandise... tak dapat pergi Anfield dapat beli kat sini pun dah cukup...

ni laa kit terbaru hasil kerjasama LFC dengan LeBron... 

ni training kit. bila tengok jersi ni kepala mesti terus teringat Nunez. adehh...


lokasi store ni: Lower Ground 1.28. kalau masuk dari pasar raya Parkson, turun eskalator, akan nampak store ni di sebelah kiri. store ni dibuka setiap hari ya!

well, tu je laa sharing untuk hari ni.
anies ada kerja kena buat. dah selesai nanti baru pulun BW. sabaq na...

thanks for reading
daa..

33 comments:

  1. Baru tau dekat Malaysia ada kedai barangan merchandise LFC. Kelab bola sepak Inggeris yg lain takde ke bukak merchandise store kat Malaysia?

    ReplyDelete
    Replies
    1. dulu ada MU megastore kat dlm lot 10. tp dah x de daa la ni...

      Delete
  2. modelnya keren banget
    saya jadi naksir dan pengen beli

    ReplyDelete
  3. Minggu lepas saya ikut suami ke Al-Ikhsan untuk beli jersi bola Terengganu yang baru. Saya masih hairan dengan orang lelaki yang suka tengok bola, rasanya lepas ni saya akan hairan dengan Anies jugak kot sebab suka layan bola haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe tak ada apa yg diherankan. sy mmg suka bola dr jaman sek men lagi. cuma x terlibat je secara lgsg dgn sukan ni sbb tak ada skill hahahaha

      Delete
  4. Pasukan bola sepak kegemaran suami dan anak nombor dua saya!

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. ada tp certain je x leh semua. rabakkkk poket hahaha

      Delete
  6. Kalau uncle pun 'cuci mata' je kat tempat macam ni... sebab poket kosong!

    Yeay! Dah terima hadiah dari Anies! Entri uncle hari ni!

    ReplyDelete
  7. What a nice gift idea, My brother would be very happy...

    ReplyDelete
  8. BOLEH SHOPING SAKAN BANYAK PILIHAN

    ReplyDelete
  9. Parece una buena tienda. Te mando un beso.

    ReplyDelete
  10. harga mahal sbb kena bayar lesen Liverpool dan sewa premis yg tinggi tu...

    ReplyDelete
  11. Wahhh! Bolehla Anies selalu pergi cuci mata kat sini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau teringin nak bli taj dah tmpt mn nak tuju

      Delete
    2. Tinggal siap RM je… lepas ni boleh buat collection

      Delete
  12. Lama sungguh tak pergi sunway pyramid ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nnt2 free pegi laa. SP ni dah lbh bsr, lbh menarik dan ada mcm2 kedaiiii

      Delete
  13. Sayapun suka sepak bola,walau hanya sekedar jadi penonton saja😁, harga baju lumayan mahal..tapi kalau kualitasnya bagus bisa jadi mahal juga .

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau yang baru memang mahal sebab ia kualiti AAA.
      kalau jersi retro saya tak sure kualitinya....

      Delete
  14. wahhh cantikkk.. dekat penang ada kedai nasik lemak liverpool je 🤣 meh la datang.. sedapp tauuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kami dah penah singgah zaty ms mula2 dia buka dulu...😁

      Delete
  15. Okeeee, saya tak akan ajak suami ke sini 🤣🤣. Bisa habis budget kalo dia tahu tempat ini 🤣😅

    ReplyDelete
  16. mesti peminat liverpool ramai yg dh sampai sini kan

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆