Pages

Tuesday, 30 April 2024

Hatyai, Thailand: Klonghae Floating Market

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Satu daripada tarikan di Hatyai... tak lain dan tak bukan... pasar terapung!

sebenarnya, bukan kat Hatyai je yang ada pasar terapung ni. boleh dikatakan hampir semua kawasan pelancongan di Thailand, ada pasar terapung.

Alhamdulillah... ni pasar terapung ketiga pernah anies jejaki. yang pertama dan kedua, korang boleh baca kat SINI dan SINI.




apa yang menarik kat pasar terapung ni? semestinya tentang makanan! peminat masakan Thai of coz laa tak nak lepaskan peluang untuk merasai masakan Thai yang jauh lebih murah dari tanah air.

tapi betul ke murah? nak kata murah sangat tu... tak ada laa. masih affordable. tepuk poket tanya purse... duit cukup ke tak tu?😂😂

walaupun anies memang suka masakan Thai, tapi bukan semua makanan yang ada kat sini anies nak beli. anies just aim 3 benda je. first, Thai milk tea. second, kerabu 'megi'. third, gajus.

Thai milk tu, sekali sedut je dah habis. nak snap foto pun tak dan😂 kerabu megi tu, anies plan nak makan kat hotel sambil layan drama Thai. gajus pula, dapat sebungkus untuk kunyah kunyah.

Alhamdulillah... semuanya sedap.


kawasan parking sini luas betul. tapi tu laa berdebu teruk... anies tak pasti sama ada kenderaan persendirian kena bayar parking atau sebaliknya. 

sebelum sampai pasar terapung, kita akan jumpa pasar atas tanah dulu😁 mostly kat sini adalah gerai makanan. walaupun jualannya sama sahaja tapi bagi pengunjung luar, ini boleh jadi rambang mata!

haa sampai daa... tengok tu! punya laa ramai umat manusia! kebanyakannya rakyat Malaysia laa... orang tempatan pun ada juga. tapi rasanya lagi ramai orang Malaysia.

masa kami sampai sini, kiranya waktu puncak laa... tu yang ramai tu... sekitar jam 4.00PM.

selain makanan, pakaian, beg, jajan etc turut dijual di sini. organ manusia je yang tak ada 
😂 #ytjt

besar betul kawasan Klonghae Floating Market ni. penat juga nak jelajah dari 1 tempat ke tempat yang lain...




atas jambatan...

kredit kepada kerajaan Thai yang membangunkan kawasan ni dan secara tak langsung merancakkan lagi ekonomi setempat...

deretan 'gerai terapung'...


antara peniaga di pasar terapung...

minuman dalam buluh ni antara yang popular kat sini. auto air jadi mahal kalau guna buluh ni...

anies beli kerabu megi kat sini...

ada persembahan kebudayaan...


cer teka ni buah apa?

beli gajus kat sini. ada macam-macam jenis gajus. seller siap bagi tester. anak seller ni peramah betul...

kerabu megi. pedassss 🔥🔥 yakmat tapi sedappp... berair hidung dibuatnya😁

short video

short video


well tu je laa perkongsian untuk hari ni. hari ni tak dan nak BW. ada jamuan raya... then esok cuti sempena hari pekerja. blog ni pun cuti juga😁

that's all... daa...

30 comments:

  1. Kiteorang je tak sampai2 lagi Hatyai. 2 tahun lepas nak pergi siap beli tiket ketapi ke Padang Besar tapi seminggu sebelum trip dapat tau keguguran terus cancel trip. Smp skrg tak plan lagi nak ke sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo ye ke?
      nnt thai bath turun lg boleh laa plan ke sana... bw kereta je lg sng nk jln2

      Delete
  2. muka Malaysia semuanya yg datang tu.. :D..

    ReplyDelete
  3. Tempat tumpuan pelancong, waktu kemuncak pula tu. Bila dapat apa yang dihajati, rasa puas hati.
    Buah tu tak mungkin tembikai susu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu laa x sangka org seramai tu
      ya betul. tembikai susu✌️

      Delete
  4. Kalau datang sini kena lama-lama sikit. Banyak makanan yang hendak dirasa. Pelan-pelan jalan dari hujung ke hujung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya kak! sejam mmg x ckp. paling tak 3 jam😁

      Delete
  5. Hatyai ni banyak nya attraction. Ehh nak kena pergi cepat ni. Insyaa Allah.

    ReplyDelete
  6. Es un lindo mercado. Te mando un beso.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tailandia es famosa por sus mercados flotantes en todo el país...

      Delete
  7. sonoknya jalan2 sambil shoping pilih2

    ReplyDelete
  8. Kerabu megi tu macam best je.... tapi 'pedas' bukan kawan uncle!

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg best! tang pedas tuuuu yg x tahan. pd hal dia letak chili flakes je

      Delete
  9. aku belum Explore Hatyai, Januari lalu mencoba untuk planning ke hatyai, tapi aku alihkan ke Penang.
    mungkin next time bisa berkunjung ke Hatyai dan ke Klonghae floating ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti datang KL bolehlah ke hatyai. asa direct bus KL-hatyai... nak naik train pun boleh...

      Delete
  10. jajan sambil duduk dan makan di atas perahunya ? kalau gak imbang ngeri juga jatuh ke sungai😀,mie megi tu mie instan ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. penjual jual/masak makanan atas perahu...

      Delete
  11. Ohhhh floating market tapi dia tetap di pinggir sungai ya kak . Saya pikir macam floating market di Kalimantan. Kalo di sana penjual dan pembeli sama2 pakai perahu 😄.

    Penasaran pula dengan kerabu Maggie tuh. Apalagi Kaka tulis pedas. Jadi teringin kan 😂

    Memang ramai hatyai dengan Malaysian yaa. Krn dekat juga kan. Mungkin sama dengan Penang. Tiap kali kesana saya banyak ketemu orang Indonesia hahahaha. Krn dekat juga soalnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya. yg mcm tu pun ada juga. saya jumpa di bangkok
      nnt dtg sini cari resto thai. boleh mkn kerabu megi
      org malaysia prefer hatyai dr langkawi sbb lg murah. bw RM300 pun dah ckp utk ddk kat sn 3 hari.
      penang dkt dgn medan tu yg ramai kot😀

      Delete
  12. Tahu takpe! Datang sini bukan macam Thai sebab ramai warga Malaysia. Meriah kat sini. Eh eh dah ada persembahan kebudayaan pulak ye.

    ReplyDelete
  13. Besar ye kawasan tu. Ni kena standby duit extra ni… mentara jelajah kawasan, confirm perut lapar… habis tour pasar, mau lapar balik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya bsr sgt. seberang sungai pn ada pasar jg (atas darat)

      Delete
  14. Kerabu megi nampak so yummehhh

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆