Pages

Wednesday, 28 February 2024

Tapai dan daun tapai

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Hari tu blogger LadyBird ada tanya anies fasal daun (pokok) tapai. so, ni jawapannya:

kebetulan masa balik kampung hari tu, singgah rumah sepupu mama sebab ada kenduri.

salah satu hidangan yang disediakan adalah tapai pulut. jarang sebenarnya kalau ada kenduri kecil (kat kampung kami), tuan rumah sediakan tapai. kalau kenduri kahwin tu, lain ceritanya sebab ia memang selalu ada dan ada kala siap isi dalam berkat (door gift).


ni laa tapai. selain guna daun ni, ada kala tapai dibungkus dengan daun pokok getah atau daun pisang. 'tapai moden' isi dalam bekas plastik je. anies tak pasti kat tempat lain pun guna daun ni atau sebaliknya. tapi kat kampung anies, dari duluuuuu lagi kami memang guna daun ni untuk bungkus tapai.

bila dah buka... ya, kalau guna daun tapai ni mesti ada 2 helai daun. tujuannya supaya senang nak bungkus. anies tak tahu nama asal daun ni. sebab dari kecil lagi dah dipanggil daun tapai. so sampai sekarang nama tu kekal macam tu...

uiii sedapnya tapai... kalau betul cara sukatan ragi dan gula memang sedap yakmat tapai ni! kalau simpan dalam peti ais, lagi nikmat rasanya (campur dengan ais krim vanilla👍👍). kalau korang teringin nak buat tapai ni, Google je resepinya. walaupun tak ada daun ni, isi dalam bekas plastik pun boleh. janji sukatan tu betul. kalau salah sukatan, tapai boleh jadi masam (berapa banyak kalau daa...).

pertanyaan daripada blogger LadyBird.



anies tak ada foto pokok tapai. kalau ada nanti anies share, okey!

well tu jelaa perkongsian untuk hari ni. BW tak sempat lagi. busy sikit minggu ni. thanks for reading. daaa..

24 comments:

  1. sedapnya tapai...tp linda tak suka kalau masak sgt

    ReplyDelete
    Replies
    1. yap ada kala berbau. mungkin jg sbb ragi. kalau ragi lama akn ada kesan jg tu

      Delete
  2. ldy tertunggu2 sbnrnye.. ldy bygkan daun tapai tu panjang, mcm yg kami guna untuk bakar ikan.. daun ni ldy x pernah kenal lagi.. mungkin kalau tunjuk kat mak ldy, mak kenal.. tq anies...

    ReplyDelete
    Replies
    1. baca komen ni sy ternmpk2 daun pnjg tu tp x tau namanya...
      sama2

      Delete
  3. Tak silap saya daun untuk balut tapai (nama makanan) tiada nama spesifik. Tiada pokok tapai. Asalkan mana-mana daun tu tak memudaratkan kesihatan, boleh je guna.

    Saya selalu jumpa tapai guna daun pokok getah. Bagi saya daun pokok getah lagi cantik rupanya untuk balut tapai.

    ReplyDelete
  4. 'setantandan' tapai saizr ni uncle sorang je boleh habiskan!

    ReplyDelete
  5. Melihat bentuknya dan namanya, barangkali kalau disini namanya tape ketan, Mbak. Karena terbuat dari beras ketan. Disini ada ketan putih dan ketan hitam, sehingga ada tape ketan putih dan tape ketan hitam. Rasanya manis karena ragi.
    Disini pembungkusnya dari daun jambu atau daun pisang.

    Salam,

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya rasa, dari segi resepi ia kuih yang sama. beza pada nama sahaja. tapi tapai pulut hitam saya belum pernah jumpa lagi...
      ya di sini certain tempat tapai juga dibungkus dengan daun pisang. daun jambu belum.pernah jumpa

      Delete
  6. Menjelang lebaran biasanya banyak yang buat tapi ketan, biasanya kalau di sini di bungkus pakai daun pisang atau daun jambu biji, dan berwarna hijau, maniiis..sedaap

    ReplyDelete
    Replies
    1. rajinnya buat time raya!
      tapai tu warna hijau??

      Delete
    2. Warna hijaunya karena di beri sedikit saja pewarna makanan,tapi kalau tak suka warna, yang alami pun ok

      Delete
  7. zaty tak pernah cuba lagi tapai ni. nanti zaty try tanya nona zaty. kot ii dia tahu cara nak buat heheheheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau kat kenduri kawen selalu ada
      diorg boh dlm bekas kecil transparent tu

      Delete
  8. Parece muy rico. Te mando un beso.

    ReplyDelete
  9. dulu msa memula kawin tgk isteri pada abg sepupu suami guna daun bungkus tapai...la ni dia pakai bekas kecik tu je

    ReplyDelete
  10. Saya kurang suka makan tapai. Kadang tu, tengok suami makan cendol letak tapai, nampak sedap je. Tapi, dia ada bau masam, itu kot yang buat saya tak makan.
    Ha ah. Kat kampung, tapai ni, biasa bungkus begitu, dalam daun. Kat kedai kopi, ada je, tapai atas meja, kat kampung suami.

    ReplyDelete
  11. Sedapnya tapai....kalau nak buat tapai ni pun katanya ada pantang larang juga supaya tapai yang kita buat ni menjadi....

    ReplyDelete
  12. Nak tahu daun apa untuk bungkus tapai ni.. selalu terhidang di kenduri kendara sebelah kampung especially yg di N9 tu

    ReplyDelete
  13. lama tak makan tapai. mak-mak tak bagi, katanya tak elok kalau tengah trying to conceive. huhuhu

    ReplyDelete
  14. Foto pertama itu daun jati. Kalo di sini utk bungkus tapi pake daun pisang atau daun jati. Daun jati biasanya dipakai oleh Orang2 Jawa tengah trutama Cirebon. Kalo sumatera biasanya daun pisang. Lebih mudah didapat 😄

    Ada lagi daun lain, tapi saya lupa namanya.

    ReplyDelete
  15. Kalau buh dalam daun ini, tak kisahlah daun apa pun.. rasa dia lain tau.. lebih umph..
    Tapi kalau dalam bekas pun, Sha makan je.. Janji buh dalam peti ais dulu bagi sejuk..

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆