✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Sinopsis:
Kang Ji-won dan Yoo Ji-hyuk diberi peluang kedua untuk hidup (selepas mati) namun perlu menempuh situasi yang berlaku 10 tahun lepas iaitu tahun 2013.
walaupun diselubungi kekeliruan dan sangsi pada mulanya, namun bila menyedari bahawa peluang itu mungkin tidak akan berulang lagi, jadi Ji-won gunakan sepenuhnya kesempatan itu bukan sahaja untuk penampilan fizikalnya tetapi juga untuk membalas dendam dan mengubah keadaan kerana kenaifan diri suatu ketika dahulu.
Ji-won ada seorang kawan baik bernama Soo-min. namun persahabatan mereka terlerai kerana dikhianati Soo-min ketika Ji-won sakit (tahun 2023).
melalui peluang kedua, Ji-won mahu mengahwinkan Soo-min dengan kekasihnya (suami pada 2023) Min-hwan dan sepanjang proses untuk menyatukan mereka, pelbagai perkara berlaku.
antaranya, rahsia Ji-hyuk yang turut diberi peluang kedua diketahui Ji-won. kemudian, hasil bantuan lelaki itu, mereka 'berjaya' mengahwinkan Soo-min dengan Min-hwan.
meski Ji-won berjaya mengubah keadaan namun dia masih tidak mampu untuk menukar takdir. kanser yang dideritainya (pada 2023) 'berpindah' kepada rakan sekerjanya, Joo-ran manakala Ji-hyuk pula tetap 'mengalami' kemalangan jalan raya.
liku-liku hidup Ji-won belum terhenti lagi apabila bekas tunang Ji-hyuk iaitu Yoo-ra muncul antara mereka.
kemunculan Yoo-ra bukan sahaja menjadi penghalang hubungan Ji-hyuk dan Ji-won, malah turut mengucar-kacirkan orang di sekeliling mereka.
apa punca Yoo-ra lakukan semua ini? bagaimana pula dengan nasib Soo-min setelah dia mengetahui bahawa perkahwinannya merupakan 'perancangan' Ji-won?
official poster. credit
review:
pada mulanya anies tak rancang pun nak tengok drama ni. tapi bila dah 'terbaca' webtoon nya, jadi terpaksalah tengok juga walaupun awal-awal lagi dah pesan kat diri sendiri... jangan kejar on going drama. nanti penat!😂😂
tapi biasa laa... degil kan... lastly tengok juga drama ni sampai habis meski pada episod 11 & 12, rasa nak give up kerana watak Yoo-ra yang 'wood & bibir terlajak filler' tu😂😂
ya, drama ni sangat hype bagi penonton antarabangsa. kat Korea pula, pada mulanya netizen nak boikot drama ni disebabkan skandal Park Min-young dengan ex boyfriend dia. pun begitu, ia berjaya juga dapat rating tinggi di episod akhir.
penonton Muslim juga pada awalnya mahu boikot drama ni sebab dalam webtoon, ada part yang menyentuh sensitiviti Islam. namun setelah itu pihak produksi memberitahu bahawa mereka telah membeli hakcipta dan mengubah banyak perkara untuk drama ni.
secara peribadi, kekuatan drama ni terletak pada pengolahan jalan cerita yang lebih ummph berbanding webtoon atau novel. ada yang cakap pihak produksi lebih banyak ikut novel. sebab tu ceritanya lebih 'padu' dan mantap.
dari segi lakonan, both Na In-woo dan Park Min-young berjaya deliver watak dengan baik meski tak sampai ke tahap terbaik (siapa ikuti drama-drama Park Min-young sebelum ni mungkin faham maksud anies). ya, masih nampak sisi kaku dan try hard daripada kedua-duanya terutama ketika melontarkan emosi.
anies lebih sukakan lakonan Choi-Gyu-ri yang lebih santai dan bersahaja tapi mampu memberi impak kepada jalan cerita. hingga satu tahap, bagaikan tertunggu-tunggu kemunculan pelakon baru ini.
dan tak dilupakan, watak Soo-min lakonan Song Ha-yoon yang banyak 'menyumbang' kepada kecemerlangan drama. bagi anies tak mustahil, Song Ha-yoon boleh dapat award atas lakonannya yang mantap lagi berkesan.
kalau korang sukakan cerita yang tak heavy dan sesekali diselitkan adengan romantik, mungkin drama ni sesuai untuk korang tonton.
so daripada ⭐⭐⭐⭐⭐ anies bagi⭐⭐⭐. BTW, ulasan ni sekadar pandangan peribadi je tau!
drama ni ada 16 episod dan kalau nak tengok online, klik kat SINI ya.
Diorang kata citer ni best..kat Netflix xde plak
ReplyDeleteyap mmg best
Deletetak ada rs nya
sbb ni terbitan tvn
MA pun terjebak layan masa tgh on going lagi pas tu jenuh tunggu..alahai
ReplyDeletehehehe
Deletekita geng!
tengok cerita nie, terasa macam Perfect Marriage Revenged pada awalnya...tp, pengolahannya lain..penat jugak nak tgu habis...tapi, menyampah dekt yoora tu...hahaha
ReplyDeleteVery popular drama, everyone around me watched this drama
ReplyDeleteyou're right😁
DeleteTak tengok lagi ni. Banyak miss drama Korea sebab musafir sana sini. Download pun tapi tak sempat tengok.
ReplyDeletetak pe download siap2
Deletennt musafir lg
bleh tgk atas flight
Uish! Tajuk dia!
ReplyDeletecerita makjang org ckp😁
DeleteHave a nice week! With love. <3
ReplyDeleteTengo ese dorama pendiente. Te mando un beso.
ReplyDeletecerite yg hr tu ldy x tengok lagi.. sudah.. kene tulis dlm buku la kalau mcm ni.. kene hbskan satu2 .. xswempat merempit tengok..
ReplyDeleteberiya ammi jumpa tiap nama pelakon ammi google...rupanya kat belah bawah anies ada letak muka pelakon ahaksss.. punyalah tak kenal nama pelakon
ReplyDeleteTak sanggup dah nak layan drama korea lagi hahaha.. habis kerja rumah banyak tak siap hahahaa
ReplyDeletekalau dapat kembali ke 2013, aku nak pesan kat Gerrard supaya jangan slip. hihihi
ReplyDeletetu laa kejap je ms berlalu... hrp 2023/2024 tidak berulang... rs ngeri tu masih terasa smpi skrg
DeleteSaya baru eps 12 nih. Tapi dah tahu endingnya, soalnya selalu cari ending dulu sebelum nonton. Tak nak kalo ending sad 🤣.
ReplyDeleteYg tentang netizen Korea nak boikot itu saya tahu. Tapi yg ttg sensitivitas muslim baru tahu kak. Apa yg mereka singgung di Webtoon nya ya?
So far suka lah, dan mau nonton ini gara2 ada Lee yi kyung 😅. Pengen tahu bagaimana dia kalo main watak jahat. Ternyata oke laaah. Betul2 annoying sangat 🤣