Pages

Friday, 2 February 2024

Hakodate, Jepun: Yukura Shrine

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Bersambung dari SINI.

sebelum beredar dari Chiyogadai Park, farah tanya: "kita nak pi mana lepas ni?" then anies jawab: "apa kata kita naik tram sampai stesen hujung? kalau ada apa-apa yang menarik kat sana nanti, kita singgah. kalau tak, kita patah balik."

cadangan anies disambut dengan anggukan daripada nora dan farah. then, kami melintas jalan dan tunggu tram tiba.

perjalanan dari Stesen Chiyogadai ke Stesen Yunokawa mengambil masa lebih kurang 15 minit. sama macam sebelum ni, sepanjang perjalanan kami ralit perhatikan pemandangan pinggir bandar Hakodate ni.

tiba di stesen Yunokawa, dari jauh kami ternampak pagar Torii. terus kami menyeberang jalan dan masuk ke dalam. tiada bayaran dikenakan untuk masuk Yukura Shrine (YS) ni.

korang jangan salah faham ya... kami ke sini sekadar nak bergambar dan rakam video je. tak ada niat lain pun. lagi satu, kami just nak tengok je suasana dan keadaan kat dalam kawasan YS tu.

sebelum ni cuma baca je dalam manga, tengok drama or movie kalau sebut fasal shrine ni. so bila ada peluang, why not kami singgah? jangan risau... insya Allah akidah kami masih sama...

back to the title... sebaik melangkah masuk, benda pertama yang kami notice adalah... kawasan YS yang begitu lapang dan bersih. tanpa berlengah kami terus jalan sampai ke dalam sambil cari spot untuk bergambar dan rakam video.

sementara tunggu farah selesai rakam video, anies ambil kesempatan untuk merayau-rayau. keadaan kat sini sunyi dan tenang. sesekali terdengar bunyi orang sedang berbual dalam bangunan sebelah YS.

sambil merayau tu sempat juga laa anies perhatikan adalah jenis kayu yang digunakan untuk bina YS ni. walaupun tak tahu jenis kayu yang digunakan tapi binaannya tampak kukuh lagi berseni.

kat sebelah YS ada pagar Torii mini. tiba-tiba anies teringat Fushimi Inari Shrine kat Kyoto. so tanpa berlengah terus posing kat sini.

well... sama macam Chiyogadai Park, dah balik Malaysia baru anies Google fasal YS ni. so korang boleh baca kat SINI untuk ketahui lebih lanjut tentang rumah ibadat yang bersejarah ni.

dan macam biasa... anies sertakan beberapa foto yang sempat kami bidik sepanjang berada kat sini!

enjoy!

dah sampai kat stesen Yunokawa a.k.a stesen tram terakhir. nampak tak pokok warna kuning tu? kat situlah lokasi YS. so jom lintas jalan!

pagar Torii ni besar tau! dan sebelum masuk, harus daki tangga ni. tak tinggi pun...

siapa pandai baca, tolong translate kan apa yang ditulis atas signboard tu?😉

korang boleh tengok peta sebelum masuk YS ni. 

ni laa Yukura Shrine... kami masuk sampai ke dalam (kawasan) kecuali dalam bangunan...

pagar Torii... view dari dalam kawasan YS...


maaf laa ya... anies tak.ada info untuk dikongsi menerusi foto-foto di bawah... yang pasti, semuanya berada dalam kawasan YS.









short video kat main entrance YS. video credit: farah.

short video sebaik melangkah masuk kawasan YS. video credit: farah.

short video dalam kawasan YS.

again... 3 of us... before leaving the YS...💚 photo credit: farah.

"each destination becomes a chapter in the book of our lives, and every memory, a stamp on the passport of our experience." #ToriiGate #YukuraShrine #Yunokawa #Hakodate #Japan


well tu jelah perkongsian untuk hari ni. BW tak habis lagi. sabaq naa...

that's all. thanks for reading. happy weekend!
daaa...

37 comments:

  1. Saya pun selalu masuk ke dalam tempat ibadah agama apapun kak. Gereja, kuil, wihara, bahkan Sinagog untuk yahudi . Krn saya hanya penasaran bagian dlm seperti apa, dan arsitekturnya. Tak ada maksud lain. Kalo akidah, insyaallah selalu kuat 😁😄. Lagian, semua tempat ibadah ada 1 kesamaan. Selalu merasa tenang dan damai di dalam. Krn agama apapun tak ada yg mengajarkan keburukan 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab nak elak salah faham
      sekarang ni kan ada orang semua benda dia nak sensitif. jadi kena laa explain awal2. kalau kena kecam tu, maknanya dia malas nak baca🤣

      Delete
    2. Benar, kadang takutnya kita masuk kuil Budha dikira apa, padahal bisa jadi tempat wisata.😂

      Delete
  2. Kuil ini sejarahnya cukup lama ya?...ada pemandian air panas juga di sekitar kuil, dan ada cerita juga di baliknya, itu saya lihat di google.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betul tu.
      saya pun tak sangka lepas baca sejarah YS ini...

      Delete
  3. beautiful view, japan is the best. sangat terawat dengan baik fasilitas, sarana, dan destinasi wisata di sana ya. amazing

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. mereka sangat peka dalam hal sedemikian

      Delete
  4. Pokok daun merah pun ada. Cantik. Angin kuat yek.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya ada kala angin kuat. tp still under control. almaklum laa dkt dgn laut...

      Delete
  5. cantik betul ye YS ni.. seni bina dalam YS memang menyerlahkan lagi tradisi Jepun! teringat cerita anime kimi no nawa!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada berangan jg nak jejaki 'lokasi2' anime... insya allah ada rezeki nnt bleh buat

      Delete
  6. Kat Jepun banyak shrine macam ni kan?. Suka tengok warna daun....macam2 warna.

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyakkk sangat. paling famous Asakusa dan Inari Fukushima shrine...

      Delete
  7. What a nice places, thanks for your sharing

    ReplyDelete
  8. Subhanallah, cantiknya.. meleleh air liur tengok.. Allahuakbar.. indah nian..

    ReplyDelete
  9. Dok ralit nampak pokok2 yang berbagai warna tu, cantik nya.

    ReplyDelete
  10. cantik aweks jepun bertudung hijau tu..krm salam eh..:)

    ReplyDelete
  11. Ko tak feeling macam dalam movie memoirs of a geisha ke, lari2 kt shrine? Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak teringat lgsg. ralit dok belek2 binaan yg ada kat situ...😁

      Delete
  12. Acho que já falei. Seu blog é bonitinho e você muito legal. Adorei. Bju!!!!

    ReplyDelete
  13. Cantik la YS....sesuai sangat untuk sesi fotografi para pelawat terutama peminat budaya Jepun

    ReplyDelete
    Replies
    1. pakai yukata or kimono then bergambar kat sini mmg cun sgt

      Delete
  14. Hai Anies.. Bestnya dia jalan².. Lama ibu tak jenguk sini.. Moga sihat selalu ye.. ;)

    ReplyDelete
  15. Terbit rasa seronok pulak tengok video!

    ReplyDelete
  16. Boa tarde de domingo e bom início de semana minha querida amiga.

    ReplyDelete
  17. cantik view dekat sana , musin gugur lagi cantik kan , tengok dedaun pokok pun happy

    ReplyDelete
  18. Wah mantap, tiga dara mau visit shrine , thanks videonya

    ReplyDelete
  19. Ok cantik cantik.. Biasa kat jepun mmg unik masuk kawasan shrine ni..

    ReplyDelete
  20. Cantik sekali di dalam YS ini Mbak.
    Daun-daun pohon warnanya demikian cantik. Saya terpesona dengan warna-warna dedaunan yang beraneka warna.
    Perjalanan three ladies ini sangat menarik untuk disimak...

    Salam,

    ReplyDelete
  21. Tempatnya cantik juga tapi kalau tempat ibadah ni memang tak masuk sampai dalam. Tengok luar ajer lagi pun kadang2 ada tempat pemujaan kan. Bab ni akak seram sikit.

    ReplyDelete
  22. Cantik view… tenang je tengok pokok2 hijau sekitar kawasan tu. Kena dengan all the seni bina

    ReplyDelete
  23. Anies paling sempoi.

    Shrine kat sana besar-besar kawasannya.

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆