✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Bersambung dari SINI.
lepas snorkeling, speed boat kami terus bergerak ke destinasi terakhir iatu pulau Sibuan. perjalanan ke pulau ni sekejap je. dalam masa 10 minit kalau tak silap, kami dah sampai.
apa yang menarik kat pulau Sibuan ni? selain pasir pantai yang putih, laut yang membiru, pulau ni juga dihuni sekumpulan orang laut. anies tak sure sama ada mereka orang tempatan atau PATI (pendatang asing tanpa izin).
di lokasi yang sama, kami nampak polis marin dan askar sedang bertugas. al maklumlah pulau Sibuan ni dah kira hampir sangat dengan sempadan Filipina. sebaik kami tiba, sekumpulan kanak-kanak terus dapatkan kami.
ah, sudah! apa nak buat ni? kami datang dengan tangan kosong. sambil melambai (tanda isyarat kami tak bawa apa-apa), kami pun turun. tanpa berlengah, anies terus terjun dalam laut. nak mandi puas-puas! alang-alang baju dah basah, baik mandi terus.
lama jugalah kami berada kat sini. mama dan mak cik sempat beli air kelapa. pak cik pula sempat merayau keliling pulau.
BTW gambar tak banyak sebab tangan basah. dan tak ada siapa nak tolong ambilkan gambar. so ni jelah foto yang ada.
kira-kira hampir 4 petang, kami pun naik speed boat dan beredar meninggalkan pulau Sibuan.
ahhh sedihnya... lepas ni entah bila dapat datang ke sini lagi. moga-moga ada rezeki boleh ber honey moon kat Mabul pula. jeng!
speed boat kami bergerak menuju ke Pulau Sibuan.
yeayy... dah sampai...
antara tarikan pulau Sibuan... ada pasir pantai yang halus, putih dan panjang persisirannya...
menara tinjau milik anggota keselamatan...
memang syok sangat dapat bermandi-manda kat sini. tambah pula cuaca tak panas.. air laut pula jernih. boleh nampak ikan bilis berenang-renang kat kaki...
pak cik tengah menyelam... masa ni kami dah naik speed boat. cuma belum beredar je lagi dari pulau Sibuan. penandu speed boat bawa kami ke tengah laut...
siapa nak snorkeling sekali lagi, dipersilakan...
kat sini memang ramai yang snorkeling sebab lautnya tak dalam. berbanding pulau Mantabuan... tu betul-betul tengah laut!
sebelum beredar meninggalkan pulau Sibuan...
Alhamdulillah... akhirnya selesai aktiviti island hopping kami. walaupun 3 pulau je tapi rasa sangat berbaloi. kalau ada rezeki anies nak jelajah pulau-pulau yang ada kat Semporna ni. sebab setiap pulau ada keunikannya tersendiri.
oh, ya kalau korang ada plan nak ber'island hopping' kat Semporna tapi prefer bergerak sendiri, ni nombor telefon Semporna Paradise Travel & Tours untuk korang hubungi: +60 11-7030 5153
nak buat island hopping ni kena ada agent sebab kita akan masuk ke Taman Negara dan ia perlukan permit. tanpa permit, korang boleh dianggap sebagai penceroboh dan dikenakan denda.
well tu jelah perkongsian untuk hari ni. thanks for reading.
daaa...
p/s kawan-kawan, anies belum sempat BW sepenuhnya. apa-apa pun terima kasih kerana tinggalkan jejak di sini. really appreciate it🙏🫰
Lautnya jernih dan biru kehijauan..pasirnya putih...kalau disana menyebutnya sekumpulan orang laut..kalau di sini ada suku Bajo yg memang hidupnya di laut karena pandai menyelam
ReplyDeleteya air lautnya sangatttttttt cantik.
Deletedi sabah ada etnik yang dipanggil Bajau. sebahagian daripada mereka ada yang hidup mereka (di laut) sebagai nelayan dan mereka antara penyelam yang mahir
sonoknya bermandi manda di laut pulau Sibuan indah
ReplyDeleteya kak. dah lah jernih sejuk pula tu
Deleteso amazing trip!
ReplyDeleteyes dear. this has been one of my best trips ever
DeleteHello Annies :)
ReplyDeleteYour trip seems to have gone very well. Thanks for sharing. Have a good day :)
this is one of my unforgetable trips😀
DeleteWonderful place
ReplyDeleteindeed!!
DeleteBello lugar te mando un beso.
ReplyDeleteEn efecto!
DeleteOrang yang suka laut dan berenang memang sesuai. Hehe saya tidak pandai berenang. Tapi kalau menghayati kejernihan air laut dan pemandangan memang seronok.
ReplyDeletex pe x reti berenang yg penting kita rasa relaks je bla tgk laut
DeleteCantiknya ada, suka laah kalo island hopping macam nih. Walopun Fanny terkadang suka mikir dulu kalo nak snorkeling kak. Maklum lah, takut berenang di laut begitu 😄. Jadi terkadang hanya melihat ajalah.. suami dan anak2 yg suka snorkeling 😅
ReplyDeleteitu yang rasa tak.mahu pulang. sebab cantik sangat
Deletenanti ada rezeki bolehlah datang ke semporna. syurga maritim
Cantiknya.. pengalam ohsem ini..
ReplyDeleteya sha sgt cantik dan memukau👍
DeleteAla.. typo pula.. #pengalaman
ReplyDeletethats ok✌️
Deletecantiknya air pun jernih.. memang best la mandi2 kt pulau ni
ReplyDeletemmg best serius! laut jernih pasir halus... sbb tu kalau dah penah dtg, sure nak dtg lg!
Delete