✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Bersambung dari SINI.
lepas puas habiskan duit, ahli rombongan kami kembali semula ke Restoran Karim Champa (boleh baca di SINI) untuk makan tengah hari. kata our tour guide, kami kena makan banyak-banyak sebab lepas ni, susah nak dapat makanan halal. tambah pula kami akan berada di suatu kawasan yang tak boleh bawa makanan dari luar.
so, apa lagi? masing-masing makan macam tak ingat dunia😂😂😂 lepas makan, kami solat jamak dan kemudian naik bas semula untuk ke VinWonders.
FYI, VinWonders - ketika anies berada kat sini, namanya adalah Vinpearl Land. tapi pada bulan April / Mei 2021 (kalau tak silap) namanya ditukar ke VinWonders. walaupun dah tukar nama, tapi 'pulau keriangan' ni tetap tak surut dengan pelancong, baik dari dalam negara mahu pun dari luar.
VinWonders ni lebih kurang macam Pulau Sentosa, Singapore. bezanya, kat sini tak ada Universal Studio. selain resort mewah, hotel lima bintang, pantai yang cantik, VinWonders turut dilengkapkan dengan taman tema, mini zoo, taman bunga, restoran, padang golf dan macam-macam lagi.
kiranya, kalau dah datang sini, tempoh sehari memang tak cukup untuk jelajah keseluruhan tempat. memang perlu bermalam barulah puas kot! ehem! (sambil menjeling blogger Salbiah M)
tapi kami berada kat sini tak sampai pun 10 jam. rasanya dalam 6 - 7 jam je kot. tiba sini pun dah tengah hari. jadinya, apa yang ada, tu lah yang kami nikmati. tambah pula datang dengan warga pencen. so faham-faham jelah...
berbalik ke tajuk, sebelum ke VinWonders, semua pengunjung harus menaiki cable car. ni kerana VinWonders terletak di sebuah pulau bernama Vĩnh Nguyên. ni pulau original tau! bukan pulau buatan.
selain cable car, kalau korang jenis yang gayat, korang bolehlah naik high speed boat. kalau nak lebih adventure, boleh try naik canoe. tapi kalau naik high speed boat atau canoe, maka secara tak langsung korang akan terlepas untuk menikmati keindahan laut dan pulau Vĩnh Nguyên ni.
dari stesen pelepasan sampai ke arrival hall, masa yang diambil cuma 10 minit je. waktu menunggu pun sekejap sebab cabin cable car nya sangat banyak.
ada satu tip anies nak share kalau korang berhasrat nak naik cable car ke VinWonders ni: JANGAN BALIK sejam / 2 jam sebelum ditutup. kenapa? sebab queue.... panjanggggggg gila!!! kami dah kena on the way balik. beratur je dah ambil masa sejam lebih!!! nak tercabut kepala lutut dibuatnya!!! ingat tau!
okeylah, macam biasa anies akan share beberapa keping gambar untuk tatapan korang. oh ya sebelum tu just nak habaq, cerita kat VinWonders ni agak panjang. so anies bahagikan kepada beberapa part. manalah tahu kalau ada rezeki korang ke sini nanti, bolehlah belek-belek blog yang tak seberapa ni.
lagi satu, harga tiket masuk ke VinWonders ni anies tak tahu sebab ia dah termasuk dalam pakej pelancongan kami. korang boleh check harganya kat Klook.com ya.
kaunter tiket. memang lengang sebab kami sampai dah tengah hari. kalau kami sampai waktu pagi, mesti sesak kat sini.
tiket & pamphlet. biasa laa tu. ambil pamphlet bukan baca pun😂😂
ahli rombongan kami - di departure hall. semua penumpang harus naik tangga (sebelah kiri gambar) untuk menunggu cable car.
tak sempat nak snap gambar masa kami naik cable car sebab bila cabin sampai, masing-masing terus naik. laju sangat masa tu. so bila dah berlepas barulah dapat snap gambar. cantik kan warna biru laut ni? high speed boat yang anies maksudkan di atas, tu... nampak tak boat warna putih sebelah bawah gambar?
stesen pelepasan/departure hall dari jauh. gayat tak masa ni? personally anies tak rasa apa-apa pun sebab bila tengok laut yang membiru tu, rasa tenang je...
sebenarnya kan... masa ni... anies tengah mengantuk yakmat!!! tu laa akibatnya makan tak ingat dunia sebelum kami ke sini... serius! dia punya mengantuk tu, rasa nak rebah je kat lantai cabin cable car ni 😂😂😂
cable car semakin menghampiri VinWonders. agaknya sekarang projek ni mesti dah siap. korang rasa, hotel ke... kasino?
video pendek khas untuk korang.
dah sampai arrival hall. 10 minit perjalanan terasa sangat jauh bagi budak yang mengantuk tu😂😂😂
welcome to Vinpearl Land atau nama barunya, VinWonders Nha Trang.
okey...tu jelah perkongsian untuk hari ni. tinggal sikit je lagi cerita jalan-jalan kat Nha Trang ni sebelum anies sambung dengan entry jalan-jalan yang lain. insya Allah.
thanks for reading & comment.
daaa
Baru tau kewujudan VinWonders ni hehe. Mcm best je naik cable car menyeberang laut.
ReplyDeletejujr ckp ms dtg sini, sy pun baru tahu kewujudannya hehehe
Deletetgk leaflet tu nape tah teringat legoland hihi.. cantik suasana dgn langit biru naik kete cable
ReplyDelete😁😁😁nak g legoland ke tuuuu
Deletesyok nyer ....moga ada rezeki datang sini
ReplyDeleteaminnn mudah-mudahan ada rezeki cik tim sekeluarga datang ke sini
Deletewow cantik menarik tempatnya mesti best naik cable car rentas laut
ReplyDeleteya kak! laut membiru tu memang menyenangkan...
Deletebestnya jalan jalan tempat orang.. cantik pula tu pemandangannya
ReplyDeletepemandnagan laut tu ya betul... mmg cantik! boleh jd ralit menatapnya ;-)
DeleteWhat a wonderful view! Have a nice day!
ReplyDeleteKapan ya, saya bisa ke sana.
ReplyDeleteinsya allah tak lama lagi tu akan sampai ke sana...
DeleteIni semacam theme park lah Yaa... Naah saya penggemar berat themepark kak. Apalagi kalo di dalamnya ada wahana ekstreme, lebih suka ❤️.
ReplyDeleteKalo lihat transportasi kesananya, saya prefer cable car juga. Tapi pengen pun coba boat. Kalo yg naik canoe apa tak lama sangat sampainya ? 🤣
ya betul mcm theme park. mungkin sekarang lg byk permainan ekstrem disediakan
Deletekalau naik canoe mungkin esok baru sampai 😂
Wah kak anies bener2 jalan yah hehe perkongsiannya seru2 banget,,,
ReplyDeleteGak sabar ingin tau lanjutan jalan2nya
biasa sahaja, mas... ini cerita 2 tahun lepas. baru sekarang sy share hehehe
DeleteParece que se divirtieron te mando un beso.
ReplyDeletejauh tak jarak naik dgn tmpat sampai tu? aduh..laut semuanya?
ReplyDelete10 min je cik nor. ya betul. kelilingnya laut. means, (naik) dari daratan ke pulau...
Deletetengok dari jauh je cable car. kalau datang ramai baru seronok pergi. sebut casino teringat Macau
ReplyDeleteeikk mcm nk ajak je g macau?🤭
DeleteHaha. tunggu AA buat promo lagi lah. Boleh gi Eiffel lagi
Deletebla laa agaknya promo tu yek?😂
Deletememang nk ke sini sbb cantik!! hahaha. teringat naik cable car kt taiwan. rindu
ReplyDeleteboleh cuba nnt. naik cable merentasi laut pula😀
Deletelaut biru tak apa.. hehe kalau kotor nk selfie pun xboleh
Deletewalaupun dh tukar nama tp tak tukar board atas gunung tu. nama vinpearl pun dh pakai bertahun
ReplyDeletetak silap nama vinpearl masih kekal sbb ada related dgn mgmt company
Deleteok lah tu. memang nha trang popular dgn vin pearl
DeleteMenarik.. Biasa kete cable ni kat bawah kawasan hutan aje kalau tempat kita. Sana bawah dia air laut. .
ReplyDeletebetul tu. dia ikut cable car pulau sentosa agk nya
DeleteCantik tempat ni... br 1st baca ttg tempat ni... naik cable car merentasi laut mst best
ReplyDeletetak dinafikan scenery kat sini mmg lawa... tak silap sy ni satu2 nya cable car yg melintasi laut yg ada di vietnam. yg lain melintasi hutan/gunung (@ Pansifan di Hanoi & Ba Na Hill di Danang)
DeleteIndahnya pandangan dari atas, laut terlihat tenang dan boat-boat yang melayang,,,
ReplyDeletebetul tu. sgt menyenangkan laut yg membiru
DeleteHehe tidak sangka warga pencen ambil pakej naik label dan ada taman tema.
ReplyDeleteKalau sayapun sudah tidak minat. Apapun cantik pemandangan.
Tidak sabar tengok aktiviti Anies
kn ikut NA kalau tak ikut diorg nak g ke mana?😁
DeleteBestnya kereta kabel merentasi kawasan macam ni, macam-macam boleh tengok
ReplyDeletebetul tu. sbb selalu kereta kabel melintasi gunung/hutan je kan mcm kat langkawi tu
Deletealamak! cantiknya pemandangan :)
ReplyDeletesubhanallah...
This comment has been removed by the author.
Deleteyap betul mmg cantik sgt laut yg membiru
DeleteCantik betul pemandangan dari atas..
ReplyDelete