Pages

Monday, 9 May 2022

Passport renewal

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Pada mulanya anies sangka, tarikh tamat passport pada September 2022. rupa-rupanya... September 2021!😂😂😂 adoiii... bila dah lama tak travel semuanya jadi lupa. kalau dulu, dia punya alert tu, lain macam. kalau 10 kali travel, maka 10 kalilah check tarikh tamat😂😂😂 nasib baik laa ingat lagi kat mana passport disimpan.

sebelum cuti raya, anies ada try walk in ke Urban Transformation Center atau glamer dipanggil UTC. ada terbaca thread kat Twitter, katanya sekarang dah boleh walk in buat / renew passport kat selected UTC. tapi 1st come 1st serve laa... 

bila anies datang, cittt!!! pooodah!!! semuanya dusta belaka😂😂😂. Pak guard UTC tu cakap, kena set appointment online dulu. dah confirm, print appointment tu. then pada tarikh yang dipilih, bawa sekali passport lama & IC. fuhhh...

pada hari yang ditetapkan, anies pun ke UTC sekali lagi. masa set appointment sengaja anies pilih waktu awal yakni jam 8.00 pagi.

ni, anies print directly daripada emel. agak panjang juga laa emel ni... so anies print depan belakang. senang kerja.

sebaik pintu pejabat imigresen dibuka, kami terus beratur untuk ambil nombor giliran. anies punya nombor giliran 1007 (James Bond fav. number) ni disertakan bersama IC, passport lama (buka main page siap-siap) & appointment doc. 


bila dah sampai giliran, proses renewal berjalan seperti biasa. pegawai imigresen tu just tanya nombor telefon dan pengesahan alamat je. then barulah sesi ambil gambar. 

selesai ambil gambar, tunggu turn untuk bayar pula. sekarang semuanya dah guna e-wallet, debit & kredit kad, etc. so tak payah risau kalau tak cukup duit nak bayar.

ini kadar bayaran untuk golongan tertentu.

lepas bayar, tunggu sejam untuk dapatkan passport. anies pun turun pergi sarapan. dalam jam 9.15, masuk semula. tapi baru je nak duduk, nama dah dipanggil!😅


passport lama dah siap digunting. disertakan dengan resit pembayaran. passport lama ni banyak kenangannya. dengan izin Allah jua, anies dapat jalan merata tempat dengan passport ni. Alhamdulillah...

yeayyyy dah dapat passport baru! mudah-mudahan Allah bukakan lagi rezeki jalan-jalan dengan passport baru ni. Aminnn...

okey guys... tu jelah perkongsian untuk hari ni. thanks 4 reading...
daaaa....

46 comments:

  1. pasport juga perlu di perpanjang ya, baru tahu. maklum belum pernah bikin pasport hihih

    kunjungi kami disini Jasa Pengiriman

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya. di malaysia kena renew setiap 5 tahun

      Delete
  2. Renew passport nak gi mana tu? Jangan tinggal dakuuuuu

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah ler dah renew passport... Anies nak ke mana tu?

    ReplyDelete
  4. i must make a new passport as well:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. my old one is now not longer valid xd

      Delete
    2. my old one is no longer valid xd

      Delete
    3. perhaps after deliver your baby you can renew your passport ;-)

      Delete
  5. Uma excelente semana minha querida amiga.

    ReplyDelete
  6. dah tua2 baru terfikir nk buat passport terbang kalau jadi

    ReplyDelete
  7. Suerte con el pasaporte. Te mando un beso.

    ReplyDelete
  8. Saya punya entah ke mana passport. Lama tak ke luar negara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena cari tu... nanti tetiba nak fly payah tu nak cari ;-)

      Delete
  9. passport saya pun rasa nya due tahun ni juga, mls nak renew dulu, taktau nak pi mana skrg ni

    ReplyDelete
  10. wahh.. dh renew passport tu ertinya nk jalan² le tu.. hehehe... selamat hari raya anies!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. rusia... ehh rahsia😀selamat hati raya utk kak mim sekeluarga

      Delete
  11. Sama la... tapi nak renew passport sekarang macam malas sebab belum ada plan nak ke luar negara masa ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. x pe...dah sampai masa nnt boleh renew ;-)

      Delete
  12. world cup Qatar masih sempat nih.. ⚽⚽⚽⚽⚽

    ReplyDelete
  13. tula ada baca nk renew passport kena wat appointment....passport pn lama tk renew sejak2 pkp..last holiday ke Bandung 2018...lamanya tk travel

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah boleh plan ni g jln2.. boleh renew passport😀

      Delete
  14. Melancong ke mana selepas ini? Sibuk sekarang ya.

    ReplyDelete
  15. bye2 anies. hahaha.. nk oversea kena tunggu anak 2 thn ke 3 hahah. lamberttt lg nk renew

    ReplyDelete
  16. Cepat juga proses dia.. Semoga lepas nie bolehlah Anies jalan-jalan dan berkongsi..

    ReplyDelete
  17. Weee!!! Semakin jauhlah terbangnya! Langkah makin panjang untuk travel :)

    ReplyDelete
  18. selamat travel anie.. nak pi mana tuu

    ReplyDelete
  19. Setahun awal dah tu expired Anies. Macam tu lah kan kalau tak kemana mana. Ingat ingat lupa. Senang renew kat UTC.

    ReplyDelete
  20. pi UTC sabtu lepas memang ramai yg renew passport. fewww

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆